"Mazidul, saya berada di London," ujar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Saya menghubungi Pengerusi Lembaga Tabung Haji itu kira-kira jam 3.15 petang tadi.
Melalui maklumat disalurkan oleh pengadu, sebilangan hotel melarang kakitangan wanita beragama Islam menutup aurat. Pihak pengurusan mengeluarkan larangan secara lisan.
Klik di sini.
"Saya menerima laporan berhubung pihak pengurusan hotel milik Melayu kaya tetapi diuruskan oleh bos bukan Islam, tidak membenarkan kakitangan hotel menutup aurat, bertudung," ujar saya.
"Hotel TH, tidak ada masalah. Setiap kakitangan beragama Islam disyaratkan menutup aurat. Tiada pula saya menerima laporan, jika kakitangan wanita bertudung, prestasi kerja mereka menurun," ujar beliau.
Alhamdulillah.
Secara peribadi, saya tidak melihat sebarang kepincangan jika kakitangan hotel wanita beragama Islam memilih untuk menutup aurat. Hotel bukan pusat hiburan. Tanpa mendedahkan sebahagian paha dan rambut, pelanggan tetap datang menginap.
Jika dilihat, pekerja hotel berbintang lima di negara Arab, menutup aurat.
Di Malaysia? Sebilangan pekerja wanita bertugas di kaunter hadapan atau di ruang makan mendakwa tidak diberikan pilihan mengamalkan kebebasan beragama. Bagaimanakah mungkin mereka bertudung sekiranya pihak pengurusan hotel tidak menyediakan pakaian seragam muslimah?
"Isteri saya pernah bekerja di hotel dan polisi hotel itu mewajibkan kakitangan wanita memakai skirt pendek. Dia tiada pilihan. Jadi saya nasihatkan dia berhenti, tidak sanggup membenarkan paha isteri saban hari menjadi santapan mata lelaki. Memakai stokin panjang berwarna hitam juga dilarang," ujar pengadu lelaki beragama Islam, saya temui di Johor Bahru, Johor.
"Polisi hotel dibuat oleh manusia dan boleh diubah," balas saya.
Terfikir, pihak manakah sudi membela nasib mereka?
"Isteri saya pernah bekerja di hotel dan polisi hotel itu mewajibkan kakitangan wanita memakai skirt pendek. Dia tiada pilihan. Jadi saya nasihatkan dia berhenti, tidak sanggup membenarkan paha isteri saban hari menjadi santapan mata lelaki. Memakai stokin panjang berwarna hitam juga dilarang," ujar pengadu lelaki beragama Islam, saya temui di Johor Bahru, Johor.
"Polisi hotel dibuat oleh manusia dan boleh diubah," balas saya.
Terfikir, pihak manakah sudi membela nasib mereka?
Selalu kita pandang serong pada pekerja hotel rupanya semua tu tuntutan tugas.
BalasPadamKalau sy..peduli apa sy bos tak bg pakai tudung. Dia nk marah, marah la. Sy terus resign! Byk lg peluang kerja lain..*based on experience ye*. Sy tak takut hilang kerja asalkn aurat terpelihara
BalasPadamtidak menjadi masalah jika berpegang kepada "tali Allah"
BalasPadammaka tak timbul masalah tuntutan tugas, arahan, atau macam ayat atas tu, tak sanggup paha isteri jd santapan mata lelaki lain katanya.. (lebih tepat lg, "saya lebih takutkan Hukum Allah")
tuntutan tugas bukan syarat sah kita boleh buka aurat..
BalasPadammungkin mereka yang terlibat itu tiada pilihan lain..nak berhenti kerja nanti terjejas pula pendapatan setiap bulan..mungkin juga pekerja itu sendiri yg rela berkeadaan sedemikian...mungkin pihak atasan boleh beri pilihan, samada berpakaian menutup aurat atau tidak..jadi pekerja tidak tertekan..dan insyaallah prestasi kerja makin meningkat..
BalasPadamRezeki di tangan Allah.. Itu janji Allah.. Siapa kita untuk nafikan janji Allah? Haruskah kita gadaikan maruah dan suruhan agama demi rezeki yang tidak seberapa? Sedangkan kehidupan kita di akhirat adalah untuk selama-lamanya.. Janji Allah adalah janji yang pasti.. Tak perlu kita risau.. Tegakkan syariat..
PadamSaya adalah penyokong kerajaan...wlbgaimana...masih terlalu byk perkara dimana pihak berwajib tidak melihat...mgkin sama ada terlepas pandang atau buat2 tak pandang.... malaysia adalah negara Islam...apakah acuan saja Islam dan intipatinya diisi oleh bukan Islam...saya melihat semakin tipis hormat org bkn islam kpd org Islam dan melayu di malaysia skrg... soalnya..KENAPA ?
BalasPadamPerkara ini pernah saya lalui dahulu saat saya berstatus gadis, selepas saya menamatkan SPM, kerana boring tiada kerja saya mencuba nasib ingin bekerja di salah sebuah Hotel taraf 3 Bintang, milik kerajaan Negeri..saya hadir untuk ditemuduga, pengurusnya seorang lelaki beragama islam, katanya saya boleh bekerja di hotel tersebut tapi dengan syarat saya harus menanggalkan tudung..tanpa banyak cakap saya batalkan hasrat saya dan meninggalkan pengurus hotel itu. Tak sanggup saya nak menelanjangkan kepala saya sebagai seorang wanita yang telah lama menutup aurat. Syukur Alhamdulillah saya telah mendapat pekerjaan dalam kerajaan yang lebih bagus gaji lima angka.
BalasPadamSepatutnya MAS patut benarkan pramugari Islam menutup aurat...
BalasPadamKetika pihak kerajaan berusaha meningkat imej Islam di dalam pengurusan hotel khususnya penarafan sijil halal bagi makanan dan minuman hotel, langkah tersebut nyata dilihat amat kontra sekali. Apakah kita hanya mahukan hidangan halal tetapi dihidangkan oleh petugas berpakaian tidak sopan atau tidak menepati syariat Islam? Amat tidak wajar sekiranya pengurusan hotel di Negara ini melarang petugas wanita Islam mengenakan pakaian menutup aurat contohnya memakai tudung ketika bertugas. Saya pernah melancong dan menginap di beberapa hotel di Indonesia khususnya di Sumatera Barat yang nyata lebih giat mempromosikan ‘hotel berkonsepkan syariah’. Pengurusan hotel di sana giat mempromosikan ‘Hotel Syariah’ iaitu menepati syariah Islam baik dari segi makanan dan minuman, rekabentuk lanskap, hiasan dalaman hotel, cara pengurusan malah penampilan uniform petugas lelaki dan wanita yang menutup aurat. Amat malang sekiranya pengurusan perhotelan di Negara ini yang nyata lebih maju dan tersohor mengambil langkah kebelakang memundurkan pemikiran masyarakat berbanding sektor pelancongan di Indonesia. Kita amat berharap promosi sektor perhotelan seiring dengan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 agar tidak meminggirkan kepentingan penghayatan syariat Islam.
BalasPadamKerajaan Malaysia terlalu baik... xapalah.. biarlah... berbahasa lah.. berbudi lah... tp biarlah kene pada tmptnya... Islam ditindas pun xpalah,biarlah,jgn jaga tepi kain org... very very typical....
BalasPadamTahniah tuan Mazidul. Semoga pembongkaran demi pembongkaran menjadi jariah di sisi Allah. Sudah smpai masa pihak atasan dan menengah di Malaysia berubah demi kebaikan generasi depan
BalasPadamMemang masih ada segelintir hotel yang begitu. Tak semua. Kasihan kepada wanita2 yang ketika waktu bekerja tanggalkan tudung demi mencari rezeki.
BalasPadamTak faham dgn polisi syarikat2 perhotelan itu. Jabatan Tenaga Kerja kah yang boleh mengubah polisi ini?
Biar saya letak nama hotel tu.
BalasPadamSHANGRI-LA HOTEL.
Semasa temuduga, memang disuruh wanita Melayu menanggalkan tudung untuk bekerja.