Klik di sini.
Saya dapati kalungan bunga di bawah telah dilemparkan ke tepi longkang.
Sebelum merakamkan video di atas, saya menemu bual Pengurus Besar Le Shuttle, Zamari Muhyi di Kellie's Castle.
"Lokasi kemalangan mengorbankan Karpal itu, laluan menurun bukit dan lazimnya kenderaan dipandu laju. Banyak kemalangan lain berlaku di situ," ujar beliau.
"Pernah berlaku kejadian ganjil di lokasi sama?," soal saya.
Zamari terdiam buat seketika.
"Berhampiran lokasi Mazidul berdiri di lebuh raya itu, kawasan Rehat dan Rawat, RnR Gua Tempurung. Beberapa tahun lalu, kawan saya tinggal di Tapah, dalam perjalanan dari utara hendak balik ke rumah. Dia kemudian berhenti seketika di tapak RnR itu. Waktu itu RnR belum wujud lagi seperti sekarang ini. Di penghujung waktu maghrib, dia ternampak masjid di atas bukit lalu pergi bersembahyang. Selesai sembahyang dia masuk ke dalam kenderaan dan terlintas di hati dia, di masjid manakah saya sembahyang tadi? Dia kemudian menceritakan kisah misteri itu kepada rakan lain. Memang sampai sekarnag, tiada masjid di lokasi itu," jelas beliau.
Kenalannya itu berusia 48 tahun.
"Ramai ke orang singgah di RnR itu sekarang?," tanya saya lagi.
"Lazimnya hanya bas berhanti di situ. Kalau hendak ke tandas, orang ramai terpaksa menaiki tangga. Kawasan agak menyeramkan," jawab Zamari.
Gambar di atas dirakamkan oleh juruteknik, Muammar Siddiq Ibrahim, 23 tahun.
Kini Kellie's Castle menawarkan Paranormal Night Tour untuk pengunjung berminat. Majalah 3 pernah membuat liputan di ikon pelancongan Perak itu sekaligus merungkai misteri bangunan berusia lebih 100 tahun itu.
Klik di sini.
Terima kasih atas perkongsian ini.
BalasPadamSMTI-95% punca kemalangan adalah akibat memandu laju dan pesalah adalah bukan Islam.
BalasPadamBila balik Perlis suami saya akan pesan berkali2 hati2 di kawasan Gua Tempurung dan Bukit Berapit. Kawasan bukit jadi pemanduan mesti lebih berhati-hati tetapi mungkin suami saya lebih berpengalaman dalam soal jalan2 tersebut.
BalasPadamnak berkongsi sedikit pengalaman saya yg agak menyeramkan jg...peristiwa ni berlaku dlm thn 2011...klu tak silap saya....perjalanan pulang ke rumah dari pulau langkawi. Perginya kami berkonvoi hampir 7 buah kereta..pulangnya kami ke Rembau, hanya kereta suami dan seorang rakannya. Akibat perjalanan jauh...singgah di beberapa tempat lg membuatkan suami dan rakannya mula rehatkan diri dgn tido di Hentian Sungai Perak. Saya dan anak2 terus lena. Sesedar, saya lihat jam pkl 3.00 pg. Saya kejutkan suami...krn mula rasa krg selesa. Suami pun bangun dan meneruskan perjalanan semula. Rakan suami saya ekor kami dr belakang. Percaya tak...keluarnya kami dr Hentian Sg Perak...semasa menurun bukit menuju Terowong Menora ( tak silap nmnya mcm tu..klu salah maaf ya)...kereta yg dipandu suami menjadi sangat perlahan seolah2 sedang menaiki bukit. Sedangkan kami sedang menurun...bayangkan...saya dan suami punya cemas. malah saya sempat marahkan suami...knp bw kereta terlalu perlahan. sangat2 perlahan...malahan lori balak pun boleh memotong kami. Kereta seolah2 ditarik oleh benda yg sgt besar dan berat,. Mulut kami berdua tak henti2 membaca pelbagai surah yg kami mampu ingat pd masa tu. Akhirnya suami saya azan di dlm kereta....alhamdulillah...'dia' seolah2 lepaskan kereta kami perlahan. Wpun pengalaman tu berlaku hampir 15 minit...cuba bayangkan andai kereta kami ditolak terus...masa tu suami dah masukkan gear 4....mau meluncur laju...dan mungkin boleh menyebabbkan kemalangan. Sebab tu apa bila berlaku sebrg xcident di laluan selepas terowong, di lebuhraya utara selatan...saya pasti membayangkan apa yg saya alami itu.
BalasPadam