Masih tidak berpuas hati, lelaki cuba mandi di rumah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menghantar gambar di bawah kepada saya melalui applikasi WhatsApp.
"MB (Menteri Besar) Tidur!! Mana hak kami. Kembalikan hak kami (Daripada penduduk Flora)
Suara rakyat sudah mula kedengaran. Kain rentang itu dipercayai ditulis oleh penduduk Flora Damansara, Petaling Jaya, SELANGOR.
Sejak Mac lalu, bekalan air dicatu, kekadang tidak mengikut jadual.
"Saya harus mengajak semua penduduk di Flora Damansara untuk membawa sabun serta tuala untuk mandi di rumah Khalid di Shah Alam. Tatkala rakyat Selangor menanti bekalan air seperti menunggu buah tidak gugur, bekalan air di rumah MB tidak dicatu. Senang sungguh menjadi MB, urusan harian dia dan keluarga tentunya tidak terganggu. Kami rakyat Selangor masih terus merana," catat lelaki itu.
Klik di sini.
Bukan sahaja rakyat marhaen melaungkan ketidakpuasan hati mereka, malah Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Oii juga mengecam Khalid.
Lebih menarik lagi, seperti dicatatkan di facebooknya, Oii percaya, catuan air tidak dilaksanakan di Kediaman Rasmi Khalid.
Biarpun bermastautin di Pulau Pinang, sesekali Oii tidur di rumah miliknya di Subang Jaya. Menurut Oii lagi, setiap kali bermalam di situ, bekalan air dicatu sehingga memaksa dia 'mandi kerbau'.
Justeru dia mendesak Khalid dibuang daripada memegang jawatan MB.
Kalau pemimpin parti sekutu Parti (kononnya) Keadilan Rakyat sudah berpandangan begitu, tidak munasabah jika majoriti pemimpin dan penyokong Barisan Nasional hanya diam seribu bahasa.
"Kita semua seharusnya bersatu menghantar isyarat jelas kepada Khalid. Rakyat sedang terseksa. Wanita dan kanak-kanak terpaksa mengangkut air. Bengkok tulang belakang insan lemah itu. Tidakkah Khalid berasa belas terhadap mereka? Bertujuan memaklumkan MB Selangor itu, betapa rakyat kini amat tertekan, setiap warga Selangor, mempunyai waktu terluang, harus pergi ke Kediaman Rasmi MB. Penyokong PAS, DAP dan PKR juga memerlukan air, kan? Andai mereka berdiri beramai-ramai di hadapan rumah Khalid, itu sudah lebih daripada mencukupi. Saya telah melakukannya," jelas lelaki misteri itu.

MASA MULA-MULA BERKUASA, Puaka-puaka PR seringkali menaikkan banner "memuji itu dan ini" yang dibuat oleh kerajaan mereka. Disetiap sudut dan sempang sampai terkehel kepala berpusing hendak membaca banner/poster. Apa dah jadi sekarang? Naikkanlah banner memuji "CATUAN AIR" DILEMBAH KLANG. Puaka-puaka PR mana ada TELOR?
BalasPadamNak telur pgi jilat telur bn
BalasPadamNak mandi pgi ke rumah MB
PadamHujan lebat selebat-lebatnya setiap hari, ... TAPI ... air empangan masih menurun. Lantas air dicatu.
BalasPadamMesti ada sebab.
Ada beberapa kemungkinan :
=> Kawasan Water Catchment telah diganggu oleh pemaju-pemaju dengan pembangunan
=> Kawasan tepi sungai juga telah diganggu oleh pemaju halal dan haram
=> Air di empangan entah bocor ke mana.
Hujanlah berhari-hari, kalau kawasan Water Catchment tetap diganggu oleh pemaju, nescaya kita akan menghadapi kekurangan air secara berterusan.
Sesebuah negara maju dan membangun adalah kerana ekonominya.
BalasPadamBerkuasa dan menguasai juga kerana ekonominya.
Tamak dan halobe juga di sebabkan ekonominya.
Hasrat dengki menabur fitnah sebab enonomi juga.
Percaya atau tidak? ada yg membuat keuntungan besar dalam krisis kekurangan bekalan air ini.
Bersabar la sedara-sedara semua, kita tengok sapa yg semakin kaya selepas ini.
Kita tengok siapa yang semakin kaya dalam krisis bekalan air ini.
BalasPadam