Gambar berikut saya rakamkan di Kampung Sungai Bill, Slim Village, Perak pada 21 September 2009.
Apakah signifikannya gambar di atas?
Teliti dan lihat nama besar di papan tanda itu, 'Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj, Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia'.
Bagaimanapun, saya dimaklumkan, Dato' Sri Najib tidak menghadirkan diri di majlis terbabit. Beliau digantikan oleh Dato' Sri Azalina Othman pada waktu itu memegang jawatan Menteri Pelancongan.
Melalui Google, kampung tempat kelahiran saya itu kononnya dimomokkan sebagai antara satu daripada destinasi pelancongan oleh Perak Tourism, kilik di sini.
Hakikatnya, indah khabar dari rupa.
Biarpun aliran sungai berair jernih dan dingin menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke Kampung Sungai Bill sejak awal tahun 70 an, prasarana disediakan pihak berkuasa tempatan bak melepaskan batuk di tangga.
Gerai sekangkang kera dahulunya digunakan penduduk kampung untuk mencari rezeki, berniaga secara kecil-kecilan pada hujung minggu telah lama roboh.
Untuk rekod, gambar di atas saya rakamkan pada 22 Mac 2008.
Perhatikan gambar saya rekodkan pada Hari Raya lalu. Tulisan di papan tanda semakin pudar. Kini Dato' Sri Najib bukan lagi Timbalan Perdana Menteri manakala nama Dato' Sri Azalina pula tidak lagi tersenarai dalam barisan kabinet.
Tandas awam sebelum ini digunakan oleh pelancong gagal berfungsi dan terpaksa ditutup berikutan ketiadaan bekalan air. Sedangkan sungai mengalirkan air dari gunung terletak kurang 50 meter dari tandas itu.
Dengan status destinasi pelancongan diperakui oleh Perak Tourism, wajarkah keadaan sebegitu terjadi? Tidakkah Majlis Daerah Tanjung Malim menyedari masalah itu dan terdorong untuk membantu?
Wakaf, meja dan kerusi simen dibina sebelum ini juga uzur akibat dimamah usia.
Tambah memburukan keadaan, di zaman moden sistem telekomunikasi, penduduk Kampung Sungai Bill tidak menikmati kemudahan itu.
Tiada talian Celcom, Maxis dan Digi.
Namun penduduk 2 kampung terletak hanya 3 kilometer dari Sungai Bill, Kampung Sungai Jorong dan Kampung Sungai Dara berpeluang menerima dan membuat panggilan keluar menggunakan talian telefon mudah alih.
Sudah jatuh ditimpa tangga, talian tetap telefon sepatutnya dibekalkan TM juga tiada, klik di sini.
Masalah ini telah saya dedahkan beberapa kali, klik di sini dan di sini namun setakat ini tiada sebarang respon dari pihak berkaitan.
Sejak berkurun lamanya sehingga kini, majoriti penduduk Kampung Sungai Bill, penyokong kuat Barisan Nasional.
Mereka juga ahli UMNO seumur hidup.
Barangkali semua syarikat korporat pembekal talian telefon mudah alih dan TM terlepas pandang berhubung kesukaran didepani penduduk kampung. Untuk rekod, Kampung Sungai Bill terletak hanya 18 kilometer dari Tanjung Malim dan 17 kilometer dari Slim River. Jelasnya, kampung itu bukan tersorok di dalam hutan belantara sehingga kemudahan telekomunikasi dinafikan hingga ke saat ini.
Kami tidak mampu untuk memiliki telefon satelit.
Kasihanilah penduduk kampung, majoriti mereka petani, kerana sukar untuk berhubung dengan dunia luar. Belaslah kepada anak tinggal di bandar berikutan tiada kemudahan untuk berinteraksi dengan orang tua di kampung halaman. Simpatilah kepada pelancong terpaksa berkenderaan sejauh 5 kilometer untuk ke Balai Polis Slim Village sekiranya berlaku kes kecemasan.
Saya yakin, syarikat pembekal talian telefon tahu mengenai masalah sekian lama menjadi rungutan penduduk kampung, cuma mungkin hati mereka belum terbuka untuk membantu menyelesaikan masalah itu.
Tanpa talian telefon, peluang anak kecil dan remaja kampung untuk menikmati kemudahan jalur lebar hanya sekadar impian sahaja. Istilah 'maklumat di hujung jari' tidak wujud dalam kehidupan mereka, generasi bakal terus memperjuangkan konsep 1Malaysia pada masa akan datang.
Sebagai anak kampung, saya telah kehabisan ikhtiar untuk membuka mata banyak pilhak sekaligus menghulurkan bantuan. Usaha saya laksanakan itu tidak lebih seperti mencurah air ke daun keladi. Daun tidak basah, air mengalir masuk ke tanah.
Barangkali wakil rakyat dan ahli parlimen dipilih rakyat dalam pilihan raya lalu bak buta mata dan hati tetapi saya amat yakin Dato' Sri tidak begitu.
Mungkin jika Dato' Sri berkata ...
"Tolong tengokkan masalah penduduk Kampung Sungai Bill"
Arahan itu sudah lebih memadai untuk merangsang pihak terbabit untuk membantu.
Andai kata Dato' Sri bersuara ...
"Saya ingin meninjau ke Kampung Sungai Bill bertujuan memastikan kehendak rakyat didahulukan"
Kenyataan keramat itu pasti akan membuatkan semua penduduk kampung dan pelancong tersenyum gembira kerana bakal mendapat kemudahan jalan raya, wakaf, tandas dan kerusi serta meja simen baharu.
Untuk pengetahuan, nama Dato' Sri masih tercatat di papan tanda di kampung kami, biar pun kini kelihatan semakin luntur warna tulisannya.
Kepada pembaca mempunyai ruang dan peluang untuk memanjangkan kandungan tampalan ini kepada Perdana Menteri, bantulah.
Sebarkan maklumat ini.
Mewakili penduduk Kampung Sungai Bill, terima kasih saya dahulukan. Jasa baik kalian tidak akan kami lupakan seperti lupanya sebilangan pemimpin kepada rakyat pernah mengundi mereka.
KEMAS KINI I
Jam 11.40 pagi tadi saya dihubungi oleh pegawai Call Center TM.
"Kampung Sungai Bill terletak di bawah selian TM Tapah, Perak. Mengikut rekod kami, talian di Kampung Behrang dan Sungai Dara sudah boleh digunakan kecuali Sungai Bill. Sekarang ini, kakitangan teknikal TM Tapah sedang menjalankan ujian untuk tujuan pemasangan talian tanpa wayar, CDMA Wireless line. Kalau semua berjalan lancar, rumah pelanggan akan dipasang reciever," ujarnya.
Beliau juga berjanji akan memaklumkan saya perkembangan seterusnya.
Celcom? Maxis? Digi?
Masih lagi dibuai mimpi?
Ingat, Dato' Sri Najib pernah melakukan lawatan ke lokasi tidak dijangka oleh media dan orang ramai. JIKA benar 'Rakyat didahulukan', InsyaAllah, tindakan bakal dilaksanakan cuma mungkin belum tiba masanya lagi.
Terima kasih kepada semua pembaca sudi memaklumkan Perdana Menteri berhubung masalah ini melalui Twitter dan Facebook beliau.
KEMAS KINI II
Saya dimaklumkan kakitangan network Celcom Northern Region sedang meneliti masalah dikemukakan.
Terima kasih.
Syabas entri ini Bro Mazidul.
BalasPadamDiharap mendapat perhatian yang sewajarnya
smti...huhuhu.
BalasPadamBro Mazidul,
BalasPadamIzinkan saya bawa tampalan ini ke blog saya.
Telah tweetkan pada Dato' Sri..
BalasPadamCuba lapor dan adu pada SKMM...
BalasPadamas salam..teringat dulu masa kecil pernah ke sungai bil ni berkelah bersama keluarga..memang indah tempat ni..sayang kalau terbiar begitu sahaja.
BalasPadamkg saya di Batu 8, Behrang Ulu, sama juga talian telefon tiada, talian celcom/maxis/digi pula, kena berdiri di luar pagar baru dapat.
BalasPadamanak saya berusia 2 thn, kalau tengok bendera malaysia, logo 1M, nampak DS Najib di tv sungguh gembira sekali..1 malaysia..1 malaysia dilaungnya...
tapi dah 6 perdana menteri bertukar..masalah tetap sama
smti....insyaAllah, akan saya cuba sebarkan tampalan ini... :)
BalasPadamsmti
BalasPadamda panjang kan link entry ni ke fb PM - smga dapat perhatian sewajarnya....
SMTI.
BalasPadamSaya dah tweet link entri ni dekat twitter Dato' Najib...
smti.
BalasPadamsg bill bukan kawasan terpencil sampai perlu terima 'perkhidmatan yang tiada perkhidmatan' sebegitu.
saya pernah ke sg bill dan mmg takde line. harap2 lepas ni nasib sg bill dan penduduknya akan lebih terbela.
liputan yg sangat terbaek! :))
BalasPadamEn. Mazidul,
BalasPadamBerkasih pada sayang,
Meminta pada yang ada.
Maka tepatlah rayuan dan harapan tersebut ditujukan kepada Pemimpin Negara yang dihormati.
Dengan segala hormatnya saya menukilkan pendapat yang tidak seberapanya ini :-
Dato' Sri,
Anak-anak mencari rezeki di kota,
Ayah dan Bonda ternanti-nanti khabar berita,
Bukan dah lupa jauh sekali hendak menderhaka,
Malangnya, Blackberry, PDA & iPad tak tercapai taliannya.
Dato' Sri,
Sekali Dato' Sri bersuara,
Pasti bergerak para pelaksana,
Sekali Dato' Sri memberi arahan,
Pasti besar anjakan perubahan.
Di atas segala perhatian dan tindakan, didahului dengan setinggi-tinggi ucapan Terima kasih.
indah berita dr khabar...
BalasPadamrasanya banyak kononnya destinasi pelancongan, kini terbiar.
alhamdulillah...semoga terlaksana "transformasi berjaya, rakyat sejahtera".... :)
BalasPadamSMTI...
BalasPadamkesiannya dengan penduduk Sg Bill
Sewaktu saya berpindah ke rumah saya (new township) beberapa tahun dulu, saya pernah email terus ke Dato Sri Wahid Omar yang ketika itu CEO TM dan memperincikan masalah saya mengenai pemasangan talian telefon TM beserta Streamyx. Saya terima balasan email beliau selepas 4 jam dan talian telefon TM dan Streamyx berjaya dipasangkan di rumah saya sebulan selepas aduan dibuat.
BalasPadamBarangkali, abang Mazidul patut hantar email pada CEO TM juga?
Horrey, TM CDMA bakal datang. Minta sekali perkhidmatan TM Streamix wireless EVDO. Kat Kelantan TM bagi 3 bulan percobaan percuma.
BalasPadamSementara itu coba En Mazidul cari Nokia lama 3210 / 3310. Model ini kuat tarik signal.
Masa kecik2 dulu Putri selalu pergi mandi dekat sungai bil ni kalau balik kampung kat Slim River.. sekarang opah dah pindah baru gajah xpegi dah..
BalasPadamNamanya yg terpahat telah pudar di telan usia, jangan sampai hilang dan dilupakan rakyat!!
BalasPadamajukan terus kepada yang utama adalah lebih baik... kalau tidak...jangan haraplah yang lain itu nak buat kerja betul2....
BalasPadamselalu singgah sungai bil bila balik rumah mertua.. sedih dengan sikap pengunjung yang membuang sampah sesuka hati.. sungai bil kini tak seperti 15 tahun lalu...namun masih segar berbanding sungai congkak di selangor
BalasPadamdiharap pihak bertanggungjwab buat semakan semula permaslahan ini secara menyeluruh (corrective).. dan bukannya sekadar pembetulan sahaja (correction)..
BalasPadamsmti..
BalasPadamkadang2 org2 ni lepas di"ketuk" baru nak gerak. kalau tak kat situ jelahhhh...
BalasPadamRasanya kalau ditubuhkan satu cawangan parti pembangkang, kerja upgred akan lebih cepat. Bukan kerana pembangkang yang buat kerja tapi sekurang2nya UMNO takut sebab ada singan. Kalau dah 100% orang UMNO kat situ kalau tak diberi kemudahan pun undi tetap kepada BN, maka kasi kendian-kendian pun tak apa.
BalasPadamrasa2ny sykt telco pun tiada beroperasi di kwsn tu.yg ada di ulu slim,slim village trus ke sngai dara.
BalasPadamMALAYSIA TERKENAL DENGAN PROJEK 'WHITE ELEPHANTNYA'...LEPAS TU DITINGGALKANNYA JADILKAH TEMPAT SARANG PENAGIHAN DADAH, MAKSIAT, PEMUJAAN DSBNYA. MEMBAZIRKAN DUIT RAKYAT. LEBIH BAIK DIBERIKAN KEPADA MAT2 BANTAL ATAU PENDUDUK PPR. BUAT APA DIGANGGUNYA KAWASAN ALAM SEKITAR DENGAN MEMBINA CHALET ATAU DIJADIKAN KOMERSIL..BIARKAN DENGAN KEADAAN ASALNYA.
BalasPadamAbang Mazidul layak jadi Wakil Rakyat.
BalasPadamsetuju dengan Gary....abg mazidul layak jd YM sg Bill....wartawan lebih layak jadi pemimpin sebab sentiasa dekat dengan rakyat....syabas~
BalasPadam