Khamis, September 15, 2011

Bersama Siti Sarah Di SMK Segambut

Jam 11 pagi tadi saya tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut berikutan dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar.

"Ada surprise sikit," ujar Hajah Zahariah Abd Karim, Guru Penolong Kanan.


Hajah Zahariah di kiri manakala Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Wan Samsudin Wan Sulaiman, 48 tahun, di kanan.

 

Melihatkan kibaran bendera dan senyuman pelajar sekolah serta guru menyambut ketibaan, saya berasa bak Yang Berhormat tetapi malangnya saya bukan ahli politik.


"Berseluar pink itu, nurse ke?," gurau saya.

"Bukan, ahli Persatuan Puteri Islam," balas Wan Samsuddin.

Saya kemudian dibawa ke dewan terbuka sekolah terbabit.


Ratusan pelajar lelaki dan perempuan dari tingkatan 1 ke tingkatan 5 kelihatan ceria. 

Jam 11 pagi doa dibacakan oleh Ustaz Wan Ahmad Fakhurrazi untuk membuka Majlis Penutup Sambutan Kemderdekaan Ke 54 Hari Malaysia Peringkat Sekolah 2011.


Berikut gambar 2 pengacara majlis bertugas, Siti Marian Saidun dan Ahmad Fahmi Amran.


Lagu Negara Ku kemudian dinyanyikan oleh semua. Lihat penghayatan pelajar.


Hebat!

Acara kemudian diteruskan dengan ucapan Hajah Zahariah dan Wan Samsudin.


Sebaik selesai ucapan kami bergerak ke kolam berhampiran lalu melepaskan 2 ekor ikan sebelumnya dimuatkan di dalam bekas kecil, simbol kebebasan.


Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Yang Dipertuan Agong dibacakan.


Pelajar bangun pada awal pagi, sebilangan mereka pastinya kepenatan menjelang waktu tengah hari. Namun ahli Persatuan Kadet Polis masih kelihatan segar dan bertenaga.


Barangkali kerana tubuh mereka lebih sihat berikutan kerap berkawat. Pengawas kelihatan bersemangat biar pun terpaksa berdiri, begitu ahli persatuan lain duduk di belakang.


Tepat jam 12 tengah hari, saya dipersilakan ke pentas.


Lazimnya, ini antara aktiviti utama saya. Di waktu terluang saya berada di sini atau di sini serta kerap memperkatakan fakta berhubung ini.

"Cermah selalunya membuatkan pendengar bosan. Jadi anggap sahaja ini sesi story telling. Kalau saya bercakap membosankan dan membuatkan semua mengantuk atau tertidur, angkat tangan, beri tahu, saya berhenti," usik saya.

Mesej saya sampaikan mudah, sebelum melakukan sesuatu tindakan, setiap pelajar harus berfikir secara waras atau merujuk kepada kelompok lebih dewasa seperti guru dan keluarga jika keliru. Dalam erti kata lain, usah menjadi 'wira kecundang' hanya kerana bertindak secara semberono sendirian.

Contohnya, kes menunggang motosikal tanpa lesen. Kita semua akur, majoriti remaja gemar melakukan perbuatan mencabar dan dianggap berani agar mereka dianggap wira pada pandangan mata rakan sebaya. Namun malang tidak berbau, jika terbabit dalam kemalangan jalanraya, mereka bukan lagi wira tetapi wira kecundang sekaligus menyusahkan guru dan ibu bapa.

Melihat pelajar duduk, saya cuba menyamakan aras bersama mereka buat seketika.


Hemat saya, untuk berkongsikan informasi bersama remaja, kita harus menyelami jiwa muda itu dan bercakap dalam 'bahasa' mereka.

Jam 1.30 tengah hari, saya terpandang 2 pelajar berbisik di sebelah kanan khalayak. Lalu saya memanggil seorang dariapda mereka kehadapan sebagai peneman. Untuk membuatkan dia berasa lebih selesa, saya meminta dia menjemput seorang lagi kawan baiknya menyertai kami.

Gambar dirakamkan oleh guru pelatih, Khirol Izzudin, juga pembaca blog ini sewaktu menuntut di New Zealand.


"Dilaporkan di akhbar, pelajar sekolah turut terbabit dalam kes jenayah. Dua daripada lapan suspek diberkas dalam kes rompakan restoran mamak di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor, 28 Ogos lalu berusia 17 tahun. Kalau kami tidak sayang kepada kamu anak-anak, kami akan cakap, pergilah merompak, pergilah menyamun tetapi kami tidak menyuruh begitu kerana kami sayang kepada kamu semua. Sayang menyayang, cinta dikenang ..," kata saya sambil menyanyikan sebahagian lirik lagu 'Sandarkan pada kenangan'.

Pelajar tertawa.

"Alamak! Macam Jamal Abdillah pula, Siti Sarah ada?," soal saya.

"Ada!!!!!!!!!!!!!," balas mereka serentak.

Ini Siti Sarah.


Sarah berusia 13 tahun seusia anak sulung saya.

"Mak bagi kahwin awal tak?," usik saya sewaktu dia ditemubual.

Semua spontan tertawa, Sarah kelihatan tersipu-sipu malu.

"Untuk anak pak cik laaaaaaaaaaaaah, nak dijadikan menantu," celah saya.

Menyampaikan maklumat kepada remaja harus ada jenaka. Jika kita bercakap secara senada nescaya membosankan mereka justeru ilmu tidak akan 'lekat' di minda mentah itu.

Tepat jam 1 tengah hari  saya berhenti bercakap kerana menepati masa diperuntukkan.

Terima kasih kepada cikgu Abdul Razak Abdul Malek dan Cikgu Muhammad Junaidi Mat kerana sudi menjemput saya di rumah.


Cikgu Razak sempat mendendangkan lagu 'Selamat tinggal bunga ku'. Saya difahamkan beliau dinaikkan pangkat dan bakal berpindah ke sekolah lain dalam jangka waktu terdekat.

Saya paparkan gambar aksi pelajar sekolah terbabit di sepanjang majlis tetapi sebelum itu terima kasih juga kepada semua guru di SMK Segambut termasuk cikgu Linda, berbaju biru kerana berusaha menguruskan jemputan saya ke sekolahnya tanpa jemu.


14 ulasan:

  1. Tahniah dan Syabas!!!Semoga para pelajar dapat menjiwai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu dan bapa mereka...

    BalasPadam
  2. Wow! Wira Kecundang blh difilemkan. Siti Sarah jadi watak utama. Nanti sy kirim sinopsis ceritanya berserta skrip. Cgu Razak

    BalasPadam
  3. Sangat menarik..
    Tahniah & terima kasih kepada setiap individu yg terlibat dlm progam tersebut. :D

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    tetiba rindu nak sekolah balik...Tahniah dengan khidmat masyarakat seumpama tu. anak2 sekolah ni kena ingatkan selalu. sekali salah langkah,kelam masa depan sedangkan mereka masih muda lagi.

    BalasPadam
  5. Ada gaya YB - Yang Berhormat Yang Berkerja Yang Berusaha.

    Diharapkan mereka mendapat sesuatu hari ini.

    SYABAS!

    BalasPadam
  6. keperihatinan kpd generasi pelapis supaya sedar peranan mereka yg akan menjadi anggota masyarakat dlm pembentukan nusa bangsa memang berbagai cara.. tahniah.. semoga usaha spr ini juga sumbangan yg dpt mencetuskan diminda mereka bahawa pada merekalah yg ditaruhkan harapan kesejahteraan negara masa depan..

    BalasPadam
  7. Tak panas ke pengawas itu pakai tie pakai kod ?

    BalasPadam
  8. smti. saya doakan en mazidul jadi yb..... ada bakat ....ada rasa keperihatinan yang tinggi atas masalah orang ramai...sanggup berkhidmat untuk jadi suara masyarakat.......

    BalasPadam
  9. setuju dengan komen en Sam Isma

    usaha yang baik, syabas en mazidul dan pihak sekolah juga

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.