Khamis, September 22, 2011

Kemeja-T 666 ON SALE!

Kepada semua pembaca berminat untuk membeli kemeja-T, Penyingkap Fakta, 666, sila hantarkan pesanan ringkas, SMS, kepada Razali Harun di talian 016 231 5812 atau emel ke razarro@yahoo.com.

Sertakan butiran berikut di dalam SMS dan emel dihantar.

1. Nama
2. Alamat beserta poskod
3. Nombor telefon
4. Saiz
5. Kuantiti


Kemeja-T berkain cotton ini dijual dengan harga hanya RM25 setiap satu, tidak termasuk wang pos. Untuk edisi pertama, hanya 500 helai dicetak bersaiz S, M, L, XL dan XXL.

Dapatkan kemeja terbabit sementara stok masih ada.

Penghantaran kemeja kepada pembeli dijangka akan bermula minggu pertama bulan Oktober sebaik bayaran didepositkan ke akaun Maybank 1141-0600-4713. Nombor rujukan pembayaran online diperlukan oleh pihak kami sebelum penghantaran dibuat (jika perlu).

Kepada pembeli menetap di sekitar Damansara, Petaling Jaya, Selangor , sila berjumpa terus dengan Razali untuk membeli secara tunai, COD.

Wang pos, tambahan RM5 ke seluruh Malaysia.

"Tidak menang tangan saya menulis order," ujar Razali semalam.

"Alhamdulillah. Kita jual dengan harga berpatutan, so everybody can wear. Lagi pun, kita bukan membuat busines untuk mengaut keuntungan berlebihan. Semua imbuhan akan digunakan untuk menampung kos tinjauan kru 666," balas saya.

Untuk rekod, berikutan kekangan kewangan, selama ini kru 666 hanya berpeluang melakukan tinjauan di Lembah Klang sahaja. Di harapkan dengan sokongan semua, kami berupaya melebarkan sayap tinjauan ke seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak.

Sekaligus maklumat berhubung tinjauan kes paranormal bakal terus mampu kami kongsikan bersama pembaca di sini.

Sekalung penghargaan kepada Kasturi Syifa' dan Aras Mahligai kerana sudi menjadi pemacu serta pemangkin utama untuk kami berkongsi semangat 'Penyingkap Fakta' bersama semua.

Kerjasama semua amat dihargai.

14 ulasan:

  1. Berapa harga tambahan untuk pos ke Perlis?

    BalasPadam
  2. Hasmizal, RM5 untuk postage tetapi jika kuantiti banyak, InsyaAllah kos itu boleh kami tanggung.

    BalasPadam
  3. Berapa harga tambahan pula untuk pos ke Bandar baru bangi selangor?

    BalasPadam
  4. Wow I'm happy for Squad 666, All the best!!!

    BalasPadam
  5. salam sdr MAS: tahniahlah kerana sambutan baju t yang mampu menampung kos operasi kru 666

    BalasPadam
  6. smti - teruskan usaha anda, saya sokong dari jauh jek.

    BalasPadam
  7. Abg MAS > Car sticker saya rasa lagi satu brg senang nak jual. Mobile ad.
    p/s: Baju ni satu kaler saja ke? Long sleeve tak de ke?

    BalasPadam
  8. Terima kasih kepada anda semua yang menyokong kru 666. Segala jasa dan sokongan anda amat dihargai.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.