Rabu, September 07, 2011

Natasha : Tiada Teguran dan Tindakan Jabatan Agama Atau Pejabat Mufti Perlis? UPDATED

6 September lalu, akhbar Kosmo! Online melaporkan kisah Mohd. Hafizuddin Johari, 20 tahun, disimbah asid di Kangar, Perlis.



Kepada mereka tidak berkesempatan membaca laporan itu, individu di sebelah Hafizuddin, Natasha berusia 28 tahun.

Natasha, pondan bertugas sebagai jurujual kosmetik, dikatakan punca cemburu lelaki sehingga menyebabkan Hafizzudin disimbah asid ketika dia tinggal bersama pondan itu di  Taman Seri Bakau Sabtu lalu.

Baca kisah mereka di sini.

Hebat Natasha sehinggakan mendorong suspek sanggup terjebak dalam kancah jenayah kerananya.

Melalui pengamatan, perwatakan dan bentuk tubuh Natasha kelihatan seperti wanita sedangkan dia lelaki. Cuma setakat ini tidak dapat dipastikan samada dia khunsa, individu memiliki dua alat kelamin atau tidak.

Hari ini Kosmo! sekali lagi memaparkan kisah mereka bertajuk 'Natasha gagal bawa lari kekasih'. Keluarga Hafizuddin dilaporkan menghalang tindakan Natasha untuk membawa dia memulakan hidup baru di negeri lain.


Baca perincian laporan di sini.

Jika benar, Hafizuddin berstatus 'kekasih', timbul pelbagai isu.

Saya dimaklumkan oleh blogger Azhar Abdullah, pada pertengahan tahun 2000, pasukan diketui bekas Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Perlis, JHEAP, Haji Rosley Mat menyerbu restoran terapung di Kuala Sungai Baru.

Belasan pondan ditahan kerana berpakaian seperti wanita di khalayak ramai. Mahkamah Syariah Kangar menjatuhkan hukuman denda maksima, RM2,500 kepada setiap pesalah.

Mungkin pengamatan saya tersasar atau maklumat saya perolehi kurang lengkap tetapi status 'kekasih' seperti dilaporkan oleh Kosmo! membuatkan saya terfikir, lelaki 'berkasih' dengan lelaki? Lelaki 'berkasih' dengan pondan?

Berikutan itu, saya menghubungi pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ditempatkan di Pejabat Mufti Perlis, Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar, 33 tahun.

"Saya ada terbaca kisah itu tiga hari lalu. Macam mana pun saya akan berhubung dengan mufti berhubung perkara ini," ujar beliau.

Beliau berjanji akan memaklumkan perkembangan kes ini kepada saya dengan kapasiti sebagai blogger. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau.

"Bukan apa ustaz, sebelum ini, kalau lelaki berpakaian seperti perempuan, Jabatan Agama mengambil tindakan, mereka ditahan dan didenda. Kes ini, individu berstatus pondan secara terang-terangan tampil di akhbar, masakan Pejabat Mufti dan JHEAP berdiam diri tanpa menjalankan siasatan. Nanti masyarkat beranggapan kita merestui perlakuan itu kalau dia bukan khunsa," kata saya.


Jika Natasha khunsa, dia dibolehkan berkahwin tetapi harus mendapatkan pengesahan berhubung jantinanya dari Jabatan Agama atau mufti. 

KEMAS KINI

Sewaktu komen ini ditulis, saya masih tidak menerima sebarang penjelasan dari Ustaz Ahmad Sirajuddin.

Apapun, JHEAP telah mengambil tindakan wajar, klik di sini.

32 ulasan:

  1. bila baca balik kes natasha ni..
    rasa malu pulak..
    yela, tak sangka ada jugak orang yang sanggup mengaku kat public yang dia suka pondan...

    dunia akhir zaman...

    Entry Terkini: Rompakan Di Restoran Mamak Seksyen 15 Shah Alam Ketika Waktu Sahur

    BalasPadam
  2. kat malaysia ni penguatkuasaan sangat lemah, usaha2 untuk mengembalikan ke'jantanan' dan ke'perempuanan'golongan2 pondan /pengkid ni macam tak wujud je...sebab tu makin berleluasa...perlu ada usaha yang meluas....
    yang dah memang lahir semulajadi lembut(lelaki)/keras(perempuan) tapi sedar diri jantinanya, itu lain cerita..itu layak dapat award lg..

    BalasPadam
  3. bro mazidul salam raya dari selisik...
    tentang bab pondan ni bro kena byk membaca terutama dlm bahasa BI.kalau dlm tulisan kita susah nak dapat tulisan berpegetahuan yg tepat,fakta perubatan advance dan apa lagi ikhlas...

    untuk ringkasnya aku boleh bagitahu mereka yg jadi pondan ni bukan ingin dilahirkan begitu utk di hina,mereka dijadikan tuhan seperti lelaki berada di tubuh perempuan,atau seperti perempuan berada di tubuh lelaki,perasaan itu timbul secara semula jadi dalam diri mereka,tak semestinya kena ada perubahan organ kelamin..tetapi doktor pakar khas dlm bidang tersebut boleh tahu selepas cek dna,hormon dan sebagainya....
    jadi jgnlah menghina mereka,nak salahkan masyarakat kita 100% pun tak betul kerana pendidikan dan pandang serong kerana kurang pengetahuan..biasalah mentaliti dunia ketiga termasuk tiada support dari agamawan yg juga rendah pengetahuannya dlm bab sains kemanusian...
    untuk pengetahun pembaca mereka ni ada 2 golongan satu yg diceritakan di atas tadi,memang tak boleh buat apa dah,itu yg kalau berani mereka tukar jantina terus seperti yg di lalui oleh (arwah)bekas pengarah jasmin ahmad@zulkifli dan yg kat ganu tempoh hari pun dah arwah,atau majoriti yg tak berani hingga ke akhir hayat...kita biasa dengar perkahwinan gay/lesbian di barat majoriti mereka golongan inilah,kadang mereka lawan perasaan semulajadi berlainan jantina sejak muda dan berkahwin beranak pinak tetapi lepas dah lama baru sedar ingin kembali hidup seperti apa yg tuhan ciptkan untuk mereka...
    sebenarnya dalam islam benarkan mereka tukar jantina selepas di sahkan doktor pakar dengan berbagai kajian detail....

    golongan kedua pula adalah asalnya memang lelaki/perempuan tetapi 'dirosakkan' sejak kecil/remaja dlm sex songsang oleh mereka yg terdekat akhirnya terbawa2 hingga ke dewasa,mereka ni boleh di ubati dgn nasehat saikology dan bimbingan agama.

    begitulah lebih kurang.

    BalasPadam
  4. atau kurangkah didikan agama yang diberikan oleh pihak ibubapa hingga kedua makhluk Allah itu tersasar jauh?

    BalasPadam
  5. Bana, saya memahami Bahasa Inggeris dan banyak membaca.

    Thanks.

    BalasPadam
  6. Satu soalan untuk Banawangi...

    Adakah Allah SWT tidak peka dengan naluri lelaki dan wanita ketika DIA menciptakan manusia?

    Terima kasih.

    Maaf ya Bro Mazidul, tumpang tanya soalan, saya ni kurang mengerti benda2 nih, ngaji Inggeris tak tinggi...

    BalasPadam
  7. mmg sy pon kenfius biler tgk laporan kisah ini kt tv3...

    BalasPadam
  8. Kepada sdr Mazidul syabas kerana berani membawa isu ini terus kepada pejabat mufti...teruskan..

    BalasPadam
  9. kurang setuju dengan komen Banawangi "..tiada support dari agamawan yg juga rendah pengetahuannya dlm bab sains kemanusian....."

    golongan agamawan bukanlah jenis yang duduk dekat sejadah 24 jam tak tahu dunia luar langsung..bahkan hari ini ilmu perubataan, ilmu astrologi, ilmu falak dll banyak disumbang dan dibetulkan oleh wali2 Islam seperti Ibnu Sina yang digelar Avicenna di dunia barat
    dan sebahagian golongan alim tidaklah mendedahkan diri mereka dengan pemakaian jubah dan berketayap tapi mereka tetap punya ilmu agama yang tinggi malah menjadi pakar dalam pelbagai bidang..
    tentang jantina::
    ada manusia dilahirkan dengan satu alat kelamin lelaki,ada dilahirkan dengan satu alat kelamin perempuan
    ada yang dilahirkan dengan kedua-duanya sekali; itulah golongan khunsa....dan mereka boleh memilih untuk hidup dengan salah satu jantina bergantung pada minat dan kecenderungan mereka...manakala alat kelamin yang lagi satu eloklah dibuang...
    yang itu saya tak pandailah nak elaborate lebih2 sbb saya bukan bijak pandai mahupun agamawan....
    TAPI manusia yang dilahir sebagai lelaki atau dilahirkan sebagai perempuan telah tersurat didalam hukum Islam haram menyerupai jantina berlainan dari sudut percakapan, pemakaian, tampilan fizikal dan sebagainya....
    yang haram tetap haram, kita tak boleh nak cakap sebarangan; nak halalkan yang haram, masyarakat sedar perkara ini cuma kurang bijak dalam menangani dengan cara mengejek, mencerca, menghina...
    tapi boleh dilihat ramai golongan yang dilahirkan berpewatakan lembut boleh hidup sebagai lelaki sejati, berkahwin dan beranak pinak...
    ada juga kesnya dari lelaki sejati sibuk nak memondan..ape kes???

    BalasPadam
  10. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,i aitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.
    Keterangan/Hujah:
    1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)

    sumber:: JAKIM

    BalasPadam
  11. @Banawangi :
    Maaf, tp sy agak kurang setuju dgn term
    "..aku boleh bagitahu mereka yg jadi pondan ni bukan ingin dilahirkan begitu utk di hina,."

    Bila Bana minta Bro Mazidul byk baca terutama dlm bahasa inggeris,apakata Bana kaji dr segi islamik (maaf, kalo Bana bukan islam)

    Bukankah Allah dh berpesan ; "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku." (QS adz- dzariyat: 56)


    Allah swt berfirman : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah Al-Ankabut ayat 2-3

    Soalannya,kenapa perlu menganggap ianya sbg perasaan/sifat semulajadi dari Allah? Kenapa tak anggap itu sbg ujian?

    Iya, family, masyarakat,kerajaan, badan2 agama, semua pihak patut memberi sumbangan, tp kalo kita tak ubah nasib kita, apa yg kita harap?

    BalasPadam
  12. semua adalah mahluk ciptaannya kenapa dan mengapa bukan kita yg berhak cuma yg maha kuasa yang maha tahu...bukan menyokong tapi perlu memahaminya dan mereka2 ini juga harus faham tiada apa yg boleh mengubah hukum ...haram tetap haram ...

    BalasPadam
  13. Cara berita dikeluarkan di suratkhabar seolah2 berkasih sesama lelaki itu bukan satu kesalahan! :(

    BalasPadam
  14. sorryyyy....saya tengah baca dalam bahasa B.I nih..."....jangan kacau...
    SAYA TAK SETUJU PENDAPAT BANABUSUK...

    BalasPadam
  15. apa jenis manusia yg tergamak menyimbah org dengan asid ni? specis ni mmg gila dan sialan, merosakkan masa depan org lain.
    Berdoa semoga Hafizuddin bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus dan diredhai Allah. Semoga tabah. berat bahu memandang, berat lagi bahu yg memikul.

    BalasPadam
  16. apa sahaja bahasa yg difahami atau dibaca, x perlu utk diwarkan2...maksudnya tetap sama...x perlu memperlekehkan org....ISLAM itu mudah, ALLAH Maha Mengetahui...BI itu Bahasa Inggeris bkn bahasa BI...wahai En Bana, tingkatkan dulu ilmu, baru bleh menghentam org...

    BalasPadam
  17. saya setuju ngan banawangi dan juga komen lain..ade pro and con..islam mmg mengharamkan sama sekali benda2 ni..islam agama yg suci..manusia mmg xsempurna..klu x, xde la kes ayah rogol anak, datuk rogol cucu, ustaz liwat pelajar dll..itu semua nafsu..dan manusia mmg sellau terjebak dgn nafsu..same gak ngan kes natasha ni..sy paham perasaan diorg sbb sy pun same ngan natasha ni..berat mata memandang berat lg bahu memikul..org leh judge dr lua..tpi perasaan tu wujud dgn sendri nyer..same cm jatuh cinta..ade yg bercinta dgn org tua..bdk bwh umo..laki org..semua tu terbit dgn sendrinyer..cuma kite kene pandai kawal benda ni..jgn sampai terlajak jauh dan memudaratkan..perasaan ingin bercinta dan dicintai tu mmg normal tuk semua manusia..jgn salahkan mereka..dia dan hafizuddin tu manusia biase..xlps dr kesilapan..

    BalasPadam
  18. sebab terlalu banyak membaca dlm BI kut Bana berpendapat sebegitu eks... rasanya artikel2 pasal gay/lesbian mmglah banyak dlm BI sebab dipelopori oleh org Barat. Kita yg beriman kepada Allah ni sepatutnya menjadikan AlQuran dan Hadith sebagai panduan, dan apabila kita menghadapi ujian dan dugaan, kembalilah kepada Allah dengan penuh harapan mendapat pertolongan, tapi org2 yang tidak beriman, mereka lebih terdorong untuk melakukan sesuatu diluar tabii manusia seperti hubungan songsang, minum arak etc. Sesungguhnya Islam ini indah sekali.. cuma kekadang kita buta dalam melihat keindahan Islam

    BalasPadam
  19. alaa...kalo dah bapock tu tetap bapock..tak payah la nak bace BI ke Bahasa Sepanyol ke..Bahasa Urdu ke..Allah dah jadikan dlm dunia LELAKI & PEREMPUAN...JANTAN & BETINA...x der istilah jantina dua alam...nape kita nak memahami org yg mcm tu..patutnye kita perlu fahamkan dia dgn HUKUM2 ISLAM...kalo skit2 nak memahami dia naik lemak la manusia2 mcm tu..Aqidah tu jer yg nak kene jaga...

    BalasPadam
  20. Bana, sy pernah terbaca golongan khunsa 1 dalam sejuta penduduk. maknanya kat Msia ni kira-kira 26-30 org shj. Yg lain-lian tu?

    Bagaimana ya nak diterangkan kpd kami yg tak berapa faham ni ttg lelaki yg pada semester 1 msh lelaki sejati, semester 2 dan seterusnya jadi lembut pulak?

    Dah beberapa kali sy terjumpa dan bergaul lelaki yg kelihatan agak lembut dan minat kerja2 memasak, menjahit tapi elok je beranak pinak dan berada di saf lelaki.

    Adakah Allah tak faham apa yang diciptanya?

    En Mazidul, slps Ashraf meninggal dunia, drpd surat pembaca di dlm akhbar ramai pulak yg bersimpati dan seolah-olah menyalahkan hakim yg mempertahan agama Allah. Yg lebih teruknya 'orang lain' pulak yang lebih tahu- mengikut logik akal mereka.

    BalasPadam
  21. To : Bana

    Fikir dahulu sebelum buat kenyataan.

    BalasPadam
  22. setuju dgn komen kakcik. media cetak adalah saluran termudah untuk menyampaikan sesuatu ideologi. kalau surat khabar siarkan dlm bentuk yang menampakkan perkara itu tidak salah, sebilangan pembaca yang pro terhadap isu ni mungkin akan rasa terbela dan bangkit memperjuangkan sesuatu yang salah tapi yang mereka fikir sebagai hak.

    mungkin wartawan patut lebih bersifat kritis dalam menyampaikan maklumat. bukan sekadar deliver untuk org baca.

    BalasPadam
  23. salam.. kena tuleh dalm bahasa BI ke bahasa malaysia nih? hehe.. x penah diguna org istilah cenggitu.. mungkin ilmu BI dia lebih tinggi :P

    saya tak setuju dengan Bana. Sejak zaman sekolah, zaman universiti dan skrg dah bekerja, inilah rumusan saya. Ia samada salah ibu bapa org yg berkenaan atau pengaruh rakan2. arwah sepupu pun tergolong dlm golongan ni, tp mak bapak dia galakkan, ada kes mak nak anak pompuan, dipakaikan budak lelaki ni baju pompuan. dah besar salahkan budak tu pulak?. Rakan2 di universiti dulu, terpengaruh dengan 'senior' yang mengajar diaorg utk 'transform'. kenapa bila diaorg masuk mendaftar, siap ada misai, tp lepas tu jadi lemah gemalai? diaorg ni ada cikgunya, yang mengajar diaorg jadi begini. bukan dia saje2 baca bahan bacaan dalam Bahasa BI kendian diaorg pandai ubah itu, ubah ini..

    Jelik dan loya membaca entry pasal berebutkan pondan berkenaan.

    ape pun, matlamat tak menghalalkan cara. jgn bila dah tua, baru nak menyesal. :)

    just my 2 cent.

    BalasPadam
  24. Salam..saudara mazidul jgn salah faham,saya tak kata tuan atau sesiapa tak tahu BI,cuma yg saya maksudkan kajian mendalam bab khunsa@pondan lebih terperinci dan jauh kehadapan dgn berbagai fakta dan penemuan baru adalah dalam BI, selama ini kepercayaan mereka sama macam masyarakat kita juga....

    mungkin kalau jumpa kajian2 tepat begitu sedikit sebanyak akan mengubah pandangan kita dlm bab khunsa@pondan...
    yang biasa saudara jumpa 'melacur' majoriti adalah golongan kedua yg boleh di pulihkan dengan bimbingan pakar...

    bab fatwa pula memang sudah ada sidang ulama yg benarkan buat pembedahan jika perlu,tetapi bukan semudah abc hanya selepas di sahkan oleh pakar perubatan khas selepas buat uji kaji hormon,stem cell,dna dan sebagainya.

    di sini sebagai contoh saya lampirkan gambar khunsa(18sx)
    hanya sebagai pengetahuan

    http://3.bp.blogspot.com/-D3CYalb8WxQ/Tk-zsrWR7RI/AAAAAAAAADk/xpTE25qF9Yw/s400/CornCake.jpg

    gambar tu antara jenis khunsa,sebenarnya ada macam2 lagi,yg nampak perubahan jasmani dan yg tak nampak.

    sekian.

    p/s
    kalu blk selisik kirim salam pada lan dayak...codename 'bau bacang'

    BalasPadam
  25. Allah hanya mencipta 3 golongan manusia dlm dunia ni.. Lelaki,perempuan dan khunsa.. Itupun nak jumpa khunsa tu tersgtla jarang.. Pondan tidak termasuk dlm mana2 kategori dan apa sekalipun yg berlaku apabila meninggal dunia golongan pondan ini tetap akn dikebumikan mengikut jantina asal mereka meskipun mereka telah melakukan pembedahan tukar jantina yg sesungguhnya HARAM di sisi agama.. Banawangi,Yasmin Ahmad sememangnya di lahirkan seorang khunsa dan setelah di lakukan ujian,kecenderungan arwah adalah lebih kpd perempuan.. Jestru arwah dikebumikan sbg seorg wanita.. Lelaki yg menyerupai wanita dan sebaliknya adalah sama sekali di HARAM walau dgn apa alasan sekalipun.. Tidak timbul soal naluri dlm diri kerana kejadian Allah tu sesungguhnya jels dan sempurna.. Cuma manusia yg kdg2 lupa dan jauh dr Allah.. =)

    BalasPadam
  26. ntah la, bila nak ada undang2 untuk bendung masalah macam ni, golongan gay, nyah, pondan, bapuk dan pengkid ni, diorang bebas buat maksiat, buat masa ni tak de lagi undang2 nak ambil tindakan kut, kalau lelaki dan perempuan bersekududukan boleh panggil pencegah maksiat, kalau sama lelaki, sama perempuan, apa cerita? seronok diorang duk dalam Malaysia, Main Bontot Sampai Mati pun tak pe, tak de sapa2 nak ambik tindakan, melainkan kalau2 tuhan nak bagi penyakit sbg balasan dunia....

    BalasPadam
  27. Walaupun dunia semakin maju, namun dunia sudah di akhir zaman.
    Walaupun peradaban manusia bak peluru, namun masih ada yg ketinggalan, tetap mengundur tak mahu ke depan.

    Siapa yg rugi?

    Saya setuju dengan arahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim di Harian Metro m/s 8 hari ini.

    Usah tangkap muat - Tahan dan siasat.

    BalasPadam
  28. Bana : jgn nak samakan khunsa dan pondan sebab mereka golongan yg berbeza.. Allah menciptakan 3 jenis jantina iaitu lelaki, perempuan dan khunsa.. khunsa itu mereka yg memiliki 2 alat kelamin yg berbeza. jantina mereka akan ditentukan dgn sifat yg lebih cenderung kpd mereka samada lelaki atau pun perempuan. Allahyarhamah Yasmin Ahmad adalah khunsa.. bukan pondan. Pondan adalah golongan yang tak redha dgn pemberian tuhan. sudah dijadikan lelaki tetapi mahu menjadi permpuan. seolah2 menyalahkan Tuhan kononnya perempuan yg terperangkap di dalam badan lelaki.Apakah Tuhan tersalah meniupkan roh seorang perempuan ke dalam badan lelaki? Hmm, pernahkah Tuhan melakukan kesilapan sedangkan Dia Maha Mengetahui? ataupon pondan itu memilih naluri berdasarkan nafsu yang di hasut oleh syaitan? Syaitan bersumpah utk menyesatkan anak cucu adam dan menukar jantina sbg pondan adalah kesesatan yang nyata.. fikr2kan..

    BalasPadam
  29. Kepada cik@encik BANA...
    untuk pengatahuan Khunda tak sama dengan pondan kenapa letak 'khunsa@pondan'?

    BalasPadam
  30. Macam2 dunia akhir zaman ni..tanda2 kecil dunia nak kiamat..orang islam sekarang macam orang zaman jahiliah..makin dilarang,makin ligat nak buat dosa..

    BalasPadam
  31. Salam,
    Apalah pelik betul..
    Kalau dah ditulis dalam Al-Quran tu Haram maka Haramlah benda tu..
    Tak perlu pertikaikan persoalkan mahupun alteration...
    Sebagai Hamba kita kene ikut suruhan dan jauhi larangan..
    Menyedihkan lagi kes Ashraf sampai ada YB yang menyalahkan mahkamah..Apa dangkalnya otak orang Islam itu sendiri..Perasaanla naluri la itu semua mainan syaitan dan iblis..Tugas Syaitan dan iblis ini utk menyesatkan umat nabi Adam dari dulu lagi..Tapi akhir" ini golongan seperti ini sering dapat publisiti murahan,pelik tindakan tu amat perlahan jadi media massa pulak slalu ambil kesempatan seolah" mereka cuba "MINDSET" kita yang bende ni "Its Ok"...Sepatutnya pihak media massa lebih prihatin dalam isu" mcm ni..Jangan kerana duit semua tergadai...

    Cuma pandangan je..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.