Selasa, September 20, 2011

Keliru

Seronok.

Seronok memerah otak dan menulis untuk menukilkan fakta.

Terima kasih kepada semua kerana sudi membaca setiap tampalan di blog ini. Terima kasih juga kekadang bekerjasama menyebarkan fakta, mencetak semula sebilangan hasil tulisan saya di blog lain atau di Facebook untuk dikongsikan bersama pembaca. Majoriti berbudi bahasa, terlebih dahulu memaklumkan saya  berhubung perkongsian maklumat itu.

... atau sekurang-kurangnya mengambil inisiatif  mencatatkan kredit kepada penulis tampalan asal namun tidak semua begitu.

Barangkali kerana mereka tidak memahami semua itu dan masih lagi dalam proses pembelajaran dalam dunia penulisan.

Sewaktu meneliti link di blogger, saya terlihat forum ini.

Rasanya, nukilan dipaparkan terbabit dicetak semula dari blog ini tetapi kelihatan bak dihasilkan oleh penulis lain.

Keliru.

13 ulasan:

  1. Salam En Mazidul..SMTI

    First of all..sy mmg penggemar penulisan en mazidul..thanks dgn semua perkongsian dr encik..

    Tadi..di Taman Semarak, Nilai, N9..sy dan kawan2 berjalan2 di pasar malam dn terserempak dgn beggar yg encik pernah paparkan sebelum ni..yg tidak berkaki rupe2nye ade jgk "kaki"

    mcm biase tersenyum manis dan mesra kpd org awam..terus sy teringat.."oh! ni lelaki yg encik mazidul pernah paparkan"

    tak cukup KL..nilai pon die round..aduhhh..pe2pon jgn keliru2..teruskan menulis..salam ;D student USIM

    BalasPadam
  2. saya selalu terjumpa entri saya dicopy paste begitu....copy paste buta2 siap dengan nama penulis tetapi ditampal di blog dengan nama pemilik blog .

    bukan satu bukan dua bukan tiga...berpuluh² , dalam bentuk tulisan dan gambar juga tutorial peribadi yang dihasilkan dari ekperimen peribadi .

    saya juga keliru kenapa dia buat seperti itu... orang lain ada blog, dia pun nak ada blog :p

    BalasPadam
  3. bro.. adalah kat bawah tu dia kata, nukilan mazidul akmal...

    BalasPadam
  4. Julia, memang ada tetapi sekali pandang seperti tidak ada.

    BalasPadam
  5. nak copy paste tak salah tapi biar berkhemah dengan bagi sedikit kredit kepada penulis asal.. bukan main cilok je..

    BalasPadam
  6. salam sdrku. saya dah dapat baju t hitam daripada cikgu mohd hafiz, semalam. memang menarik dan sesuai sebagai koleksi peribadi saya.
    terima kasih sdrku...

    BalasPadam
  7. Bro Mazidul,situasi ini tak boleh nak terlepas sebab di laur sana sangat ramai golongan yang gemar mencuri idea penulisan orang lain,ada sesetengah blog di'setting' takboleh nak dicopypaste,tapi tak pastilah blog Bro Mazidul boleh buat sedemikian atau tak.
    Anggap sajalah Bro Mazidul telah memaparkan hasil tulisan yang mengkagumkan sehingga ramai yang nak palagiat..saya ucapkan semoga Bro Mazidul semakin giat menulis sampai bila-bila.Sabar aje lah ya

    BalasPadam
  8. Sepatutnya dia highlightkan nama penulis asal artikel tu kan? Macam tak ikhlas je tulis jauh dibawah dengan font yang sangat kecil.

    BalasPadam
  9. untuk makluman..'budak comot' adalah salah seorang yang kerap mencedok tampalan-tampalan dari blog lain. kerap kali sesuatu tampalan yang muncul di blog-blog yang popular akan beliau paparkan di forum yang en.mazidul maksudkan.mungkin niat untuk berkongsi maklumat atau untuk meraih populariti dengan kononnya beliau telah memaparkan info yang menarik di forum itu..tapi yang pasti saya merasa amat jelek dengan sikap yang sebegitu.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. nak taip Nukilan Mazidul Akmal Sidik tu sekecil-kecil yg boleh..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.