Sabtu, September 03, 2011

"Orang Melayu dimasukkan ke dalam sangkar babi dan ..."


"31 Ogos 1957,  pak cik berjalan kaki dengan kawan-kawan dari Lake Garden ke Kampung Sungai Muda, Gombak, makan kuaci Cap Helang, masa itu 3 bungkus, 10 sen," kata Zawawi.

"Sebab apa berjalan kaki?," soal saya spontan.

"Masa itu pukul satu, pukul dua, mana ada bas Leng Seng," jelasnya.

Zawawi Sanusi, 76 tahun, anak kelahiran Sabak Bernam, Selangor dan pernah bertugas sebagai juru ukur tanah di lombong bijih besi di  Jorak Tin Mine, Pagoh, Johor.

Saya bertemu Zawawi di rumah terbuka anaknya, Huzaidy dan isteri, Roza Azlin Osman, di Subang Bestari, Selangor.


Ketika negara menyambut hari kemerdekaan pertama, Zawawi berusia 22 tahun.

"Tahun 1969, pak cik ada di Batu 14, Hulu Langat, tidur situ, empat hari curfew, duduk di rumah pangkat nenek. Masa itu di Kuala Lumpur, kedai Cina semua kena bakar. Itu sebab Cina surrender, dia kata, kalau tak bakar, kita boleh lawan punya," jelasnya.

Ketika itu usianya 34 tahun.

"Ramai orang Melayu dan Cina terbunuh masa itu. India dengan Cina kongsi. Masa itu ramai India kena dek Melayu di Sentul," ujarnya.

Biarpun tubuh dimamah usia, Zawawi masih mampu mengingati peristiwa hitam Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.


"Lepas seminggu kejadian, pak cik pergi sana, tidur dalam hutan. Pak cik tengok balai, tempat komunis membakar polis," kongsi ayah 10 anak itu.

Sebelum menemubual Zawawi, saya berpeluang menjamah hidangan nasi briyani lazat dan kambing bakar.

Sila hubungi Elya di talian 012 602 6612 dari syarikat Sakura Enterprise untuk membuat pesanan nasi briyani, dijamin sedap.


Berumur 22 tahun, ketika berkhidmat di Kampung Selancar, Pagoh, dia bertemu jodoh dengan Jarodah Ashaari, berusia sama.

"Macam mana boleh jumpa isteri dahulu?," soal saya.

"Abang ipar saya tanya, engkau tidak mahu kahwin ke? Hendak tetapi belum ada jodoh. Dia kata engkau pilih anak Cikgu Ripin, ada 5 orang, anak dara. Terus saya pilih adik dia. Isteri saya tidak mahu kahwin dengan orang kampung, dia hendak kahwin dengan orang luar," terangnya.


"Hantaran kahwin berapa masa itu?," soal saya.

"Alah! Dua ratus ringgit. Itu pun sudah banyak, boleh buat kenduri. Masa itu 1 sen laku lagi," jelasnya.

"Waktu itu satu sen boleh beli apa pak cik?," tanya saya.

"Duit 1 sen British boleh beli nasi lemak dengan lauk, complete," balas datuk kepada 46 cucu itu.

"Berapa gaji masa itu?," soal saya.

"Dua ratus lima puluh ringgit," jawab Zawawi.

Ketika berusia 8 tahun, Zawawi menuntut di Sekolah Melayu di bawah pemerintahan Jepun.


"Pak cik sempat sekolah Jepun, darjah satu selama 4 bulan sebelum British memerintah balik pada tahun 1945. Jepun sembah matahari, setiap pagi pelajar kena beratur dan menyanyi lagu Jepun," ujarnya.


Sewaktu tiba di rumah Huzaidy, saya sempat merakamkan gambar tetamu dan ahli keluarga.


"Bila British masuk, Cina komunis mengganas. Orang Melayu dimasukkan ke dalam sangkar babi, dihumban ke dalam sungai, zalim. Dia orang cari Melayu di rumah. Bapa saya pun kena," jelas Zawawi.

Pengalaman getir ditempuh warga emas itu, sejarah diharapkan tidak berulang. Sekalung penghargaan kepada Zawawi kerana sudi berkongsi sebahagian daripada pengalaman hitam putih kehidupannya bersama blogger seperti saya.


Apapun, terima kasih kepada Huzaidy dan keluarga kerana sudi menjemput saya ke majlis rumah terbuka dihadiri keluarga dan sahabat handai. Semoga mereka dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah.

11 ulasan:

  1. seronok dapat jumpa org yg merasai 'sejarah' sebenar2nya...

    BalasPadam
  2. Sejarah lama betul2 bersejarah. Kadang2 tak sanggup nak baca - Kasihan & sedih menatap penderitaan, jerih perih & kepayahan mereka demi kelangsungan hidup.

    Orang sekarang selisih faham sikit, sanggup berbunuh, putus cinta terjun bangunan bunuh diri - orang2 dahulu bergelut mempertahankan nyawa, memerdekakan negara. T A B I K!!!

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... masih ada lagi orang yang merasai pengalaman sebenar dan sudi menceritakan kepada generasi baru... SMTI.

    BalasPadam
  4. Teringat lagi saya ketika arwah datuk dan nenek bercerita tentang pengalaman mereka ketika hidup dlm zaman pemerintahan jepun. Memang mengasyikkan dan rasa syukur kerana kita telah MERDEKA.

    BalasPadam
  5. bro mazidul...mntk laluan nk promo skit,hehe..kambing bakar disediakan oleh Jariah Agro Farm, hubungi kami 0132003482 (anas)

    kalau taruh dlm entry blog, lagi masyuk...hehe

    BalasPadam
  6. @Abu Muaz
    Tahun 1950 memang kita belum merdeka
    Tapi perbincangan ke arah pemerintahan sendiri dah lama berlaku sebelum tu. Persiapan untuk memerdekakan Tanah Melayu dah wujud sejak 1948. Kerajaan "Persekutuan Tanah Melayu" dah ditubuhkan pada 31 Januari 1948. Masa ni, dah ada kerajaan sendiri (anak tempatan), cuma belum dapat merdeka. Tahun 1957 barulah "Persekutuan Tanah Melayu" ni merdeka secara rasmi.

    Sudah-sudah la tu menegakkan benang yang basah. Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan

    BalasPadam
  7. Abu Muaz, tidak perlu mempolitikkan entry saya.

    Saya menemubual Zawawi, dia sekadar berkongsi pengalaman.

    BalasPadam
  8. entri ni dibuat dalam suasana sekarang...

    mesti ada maksud kan?

    BalasPadam
  9. Abu Muaz, sudah sudahlah bermain dengan tanggapan.

    Tidak semestinya apa sahaja perkara terlintas di fikiran awak itu benar.

    So, stop it.

    BalasPadam
  10. Jariah, ruang iklan ada disediakan di blog ini.

    Sila berhubung dengan Sabil.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.