Jumaat, September 09, 2011

'Last nite I sms my 6 th girlfriend ...'

"Selamat petang encik Mazidul, free ke hendak bercakap sekejap?," soalnya.

"Siapa di talian?," soal saya.

"Saya Linda dari syarikat Blah-Blah-Blah hendak menawarkan package percutian kepada encik dan keluarga," balasnya.

"Ops! Sebelum itu, dari mana awak dapat nombor telefon bimbit saya?," soal saya.

"Dari senarai dibekalkan kepada syarikat kami," balasnya.

Saya percaya sebilangan pembaca pernah menerima panggilan sebegitu. Biarpun didesak, pemanggil tidak akan mendedahkan sumber sebenar nombor telefon BIMBIT diperolehi.

Jawaban paling selamat dikemukakan oleh pemanggil ...

"Kenalan encik memberikan nombor kepada kami"

"Kenalan mana satu? Siapa nama dia?," dia disoal kembali.

"Oh! Maaf. Itu saya tidak boleh dedahkan," katanya.

Pada masa sama, sebagai pengguna, kita tidak memiliki bukti kukuh untuk menuduh kakitangan syarikat pembekal talian mudah alih membocorkan maklumat terbabit.

Bagaimanapun, nukilan blogger, Bujai hari ini menarik perhatian saya.

Klik di sini untuk membaca tampalannya.

Komen pembaca tampalan itu, Tiga Bini membuatkan saya tersenyum sendirian.

'Tiga bini said... godamnit!

Last nite i sms my 6 th girlfriend. maybe maxis has already leaked it to my 2nd wife!'

Namun komen dilontarkan oleh Red Apple juga harus diambilkira secara serius.

'Red apple said... if maxis fails to respect customers' privacy, what about other providers like celcom, digi and others.

the govt must go deep into this and stop this illegal practice.

once we breach the stipulated policy, we will start losing customers'

15 ulasan:

  1. biasanya kita akan mendpt panggilan sebegini selepas:-

    1. mendpt kad kredit baru

    2. membuka akaun bank

    3. memperbaharui apa2 cukai e.g keter, moto etc

    pengalaman neh...

    BalasPadam
  2. panggilan dari suara yang tak dikenali seperti ini memang sering saya dapat, mostly dari bank & agen pelancongan. bila ditanya dari mana dapat nombor, katanya dari bank yang kita ada melanggan kad kredit atau dari hotel yang kita stay. bila kita refuse such offer, si pemanggil mula bertukar suara dari sweet kepada menjengkelkan. khidmat seperti ini dipanggil telemarketing. mereka menggunakan hp persendirian untuk 'memancing' mangsa menyetujui offer mereka. perbualan kita akan dirakamkan kerana persetujuan dalan perbualan itu akan menjadi basis untuk mereka mula mengenakan charge terhadap perkhidmatan yang entah apa-apa. sial berhati2 & jangan sesekali mendedahkan maklumat akaun/kad kredit/lain2 kepada individu/suara yang tidak dikenali.

    BalasPadam
  3. mungkin en. mazidul boleh highlight kan pada yg memanggil tentang PDPA2010 - Personal Data Protection Act 2010
    ramai yg tatau kewujudan akta ni
    hanya govt agency yg tidak termaktub dlm enforcement akta ni
    jadi kalo bank ke agensi pelancongan ke semua covered bawah PDPA ni
    saya pon masih belajar lebih ttg akta ni...yg nyata tindakan mana2 pihak mendedahkan maklumat peribadi termasuk no telefon adalah satu kesalahan

    BalasPadam
  4. setiap kali saya terima panggilan "cinta" seperti ini, perkara yang WAJIB ditanya PERTAMA SEKALI ialah : adakah saya menggunakan Kad kredit...
    saya pun terus jawab TIDAK.
    dan saya akan ditanya lagi, adakah saya gunakan DEBIT KAD.
    saya juga jawab TIDAK.
    maka, saya terus di sindir, "tinggal dalam dunia mana, yang apa kad pun tak ada ni"
    Saya pun jawab : AWAK SIAPA nak pertikaikan apa yang saya guna. Sila jangan kurang ajar
    Terus si "dia" yang memanggil memutuskan talian, lalu tamatlah episod kisah cinta yang baru nak berputik....

    BalasPadam
  5. baru je kejap tadi dpt panggilan dari cik Nisha (03-03-20371666) mendakwa dari Syarikat Air Asia. katanya, Syarikat Air Asia nak bagi 30hari insuran percuma. kalau setuju, boleh dapat RM30K jika berlaku kematian. kalau tak nak freebee, boleh beli insuran berbentuk simpanan, siap cover untuk early stage cancer bagai. saya decline baik2, saya cakap kat dia yang saya dah covered by insuran. nasib baik dia tak insist lebih2, kalau tidak, saya cadang nak ayat2kan dia, biar dia meroyan. suka-suki je call HP saya (tah dari mana dia dapat no. HP saya).

    BalasPadam
  6. Abg MAS > Spt Cik Malika, saya pon terkejut apabila telco akan implement 6% service tax commencing 15th Sept. Dah tentu yang guna prepaid or starter pack adalah org yang kurang kaya ie student atau low income to middle income customers. Yang susah disusahkan lagik !!!

    BalasPadam
  7. saya harap abg dapat juga buat siasatan tentang isu SMS perkhidmatan video lucah..macam mana syarikat telekomunikasi boleh biarkan sahaja perkara ini melarat, seolah2 perkara ini tidak membawa apa2 masalah langsung..

    BalasPadam
  8. saya dah terkena jugak abg....geram jek bila dia x paham2 bahasa, saya dah kata saya bz..xder masa...masih nak berceloteh...las2 saya hang-up jek....esoknya, no yg sama call lai...saya buat x tau jek...adala 2, 3 hari cam2...skang dah senyap...

    BalasPadam
  9. pernah dapat panggilan dari seorg laki2, katanya dari card center...hendak mengesahkan kad kredit yg baru saya terima...lalu saya cakap baik2 kat dia...dah ambil kad dari bank ikot procedure, apa lagi yg nak disahkan? dengan marah dia sound saya..."x semestinya kad tu telah disahkan!" & kemudian terus putuskan talian. then saya call bank berkenaan tanya ada ke derang lantik mana2 syarikat tuk validate credit card...jawapan derang, jgn layan...itu SCAM! but dari mana yer dia tau kite baru dapat new card & siap tau no tepon lagi ni??? musykil....

    BalasPadam
  10. Menarik. Tadi baru sahaja salah seorang sahabat saya memberitahu saya mengenai perkara sama yg berlaku padanya.

    Adakah customer tidak lagi mempunyai privacy?

    BalasPadam
  11. pekerja sykt telekomunikasi boring kot asyik sambungkan talian je..apa kata men"celah". maka diorang pun telah melanggar term & conditions.

    BalasPadam
  12. saya selalu jer terima panggilan sebegitu..dan selalunya saya tak akan bertanya dari mana dapat nombor telefon bimbit kerana saya percaya di Malaysia masih mengamalkan data trading.

    BalasPadam
  13. BETUL KATA AKUZLE KEBANYAKAN DATA DIPEROLEHI SEBEGITU ATAU CARA LAIN. KERANA SAYA PERNAH KERJA TELEMARKETING SEBELUM INI. DATA DIPEROLEHI BERSEPAH2 TIDAK TAHU DARI SIAPA PEROLEHI. KITA JUST BUAT CALL AS LONG KITA ACHIEVE TARGET UNTUK SATU HARI TERSEBUT. TIDAK BOLEH DISALAHKAN KERANA MALAYSIA KAN NAK MENJADI NEGARA MAJU WAWASAN 2020 THATS WHY LAMBAKAN TELEMARKETING DIWUJUDKAN UNTUK MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN DAN KEPANTANSAN MARKETING ATAU JUALAN SESUATU PRODUK. SO RAKYAT TERIMALAH PADAH DERINGAN HARI2..JAWAPAN SENANG JE HORMAT DENGAR SAHAJA PRESENTATION MEREKA KALAU TIDAK BERMINAT UCAPKAN TQ AND HAVE A NICE DAY.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.