"Complex Manager sudah keluar ke Kinrara," ujar petugas wanita di Giant.
Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Security Manager?," tanya kami.
"Complex Security Manager bercuti," balasnya.
Saya dan kru 666, Razali Harun ketika itu berada di pintu masuk Giant Hypermarket. Turut bersama kami, 'Lina', 27 tahun.
Cermin kereta Lina dipecahkan penjenayah pada awal malam 9 September lalu. Berikutan itu beberapa barangan berharga disimpan di but belakang kenderaannya, bernilai ribuan ringgit lesap dicuri.
"Di mana mangsa memakir kereta dia?," soal saya kepada Razali.
Untuk rekod, Razali menemankan mangsa ketika dia membuat laporan di pejabat pengawal keselamatan Giant.
"Di sini," balas Razali sambil menunjukkan lokasi kenderaan diparkir sewaktu kejadian.
"Bro tengok, cermin pun ada tertinggal lagi," sambungnya.
Pantas saya merakamkan gambar cermin kereta berkecai bertaburan di atas lot parkir.
Hakikatnya, mangsa tidak memakirkan kenderaan di tempat tersorok atau gelap. Fakta, kenderaannya diparkir kira-kira 1 meter dari dinding bangunan Giant.
Lihat gambar lokasi terbabit, saya rakankan dari premis KFC di tingkat satu.
Tumpukan perhatian ke kereta MyVi putih diparkir di tepi sekali. Itu kenderaan sebenar sebelum ini dipecahkan cermin. Berdasarkan gambar di atas, kenderaan itu mampu dilihat secara jelas dari dalam bangunan.
Persoalannya, tidakkah lokasi itu dianggap selamat untuk pelanggan Giant memakir kenderaan?
Jawabannya, tidak.
"Bagaimanakah perasaan puan kalau cermin kereta diparkir di sini dipecahkan?," tanya Razali.
"Mesti saya marah," balas wanita itu.
Kami berkunjung ke hypermarket terbabit sekadar ingin menyingkap fakta berhubung kejadian.
"Selepas dua minggu kejadian, adakah pihak pengurusan Giant menghubungi awak untuk memaklumkan perkembangan terkini kes itu?," tanya saya.
"Tidak," jawab mangsa kecewa.
Sebelum ini sikap buruk sebilangan kakitangan Giant cawangan sama terserlah, baca di sini dan berikutan itu pihak pengurusan pusat membeli-belah itu, menghantar emel permohonan maaf, klik di sini.
Sebelum ini sikap buruk sebilangan kakitangan Giant cawangan sama terserlah, baca di sini dan berikutan itu pihak pengurusan pusat membeli-belah itu, menghantar emel permohonan maaf, klik di sini.
"Bukan apa bro, kita berjumpa dengan pihak pengurusan Giant sebagai pelanggan. Kita hendak tanya, apakah antara langkah pencegahan dilaksanakan pengurusan Giant selepas kejadian itu supaya pelanggan lain tidak menjadi mangsa," kata Razali.
Mujur 4 kakitangan Giant, termasuk 2 pengawal keselamatan kami temui memberikan kerjasama baik kepada kami bertiga. Mereka berusaha menghubungi Pengurus Kompleks dikatakan berada di Kinrara pada jam 3 petang tadi.
"Are all of you decision makers?," tanya Razali.
"Tidak," balas mereka secara sopan.
"That is why we want to speak either to your manager or GM," celah Razali.
"Sejak kejadian itu, kita minta pihak pengawal keselamatan memperketatkan kawalan," ujarnya.
Dia juga memaklumkan kawasan meletak kenderaan tidak keseluruhannya dilengkapi kamera litar tertutup, CCTV.
"Baik, selepas 2 minggu kejadian berlaku, adakah you berusaha menghubungi mangsa? Dia kehilangan barang berharga. Salahkah kalau pihak pengurusan menelefon pelanggan ini, just to say sorry di atas kejadian as a courtesy," soal saya.
Dia mendiamkan diri.
"Adakah you bersetuju jika saya katakan pelanggan Giant tidak selamat memakir kenderaan mereka even di lokasi one meter dari dinding bangunan?," desak saya lagi.
"No," balasnya ringkas.
Saya dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bertugas, kes pecah kenderaan, kejadian berulang di pusat membeli-belah itu.
Justeru jika ke Giant Kota Damansara, usah memakir kenderaan di hadapan bangunan. Kenderaan pelanggan berkebarangkalian dipecahkan dan terbukti setakat ini pihak pengurusan tidak mempunyai inisiatif untuk berurusan dengan pelanggan selepas mereka kerugian.
Dalam perbualan, kami melontarkan cadangan kepada pengawal keselamatan.
"Kejadian pecah kereta di Giant ini bukan berlaku sekali. Kalau boleh sampaikan kepada pihak pengurusan cadangan kami supaya ditampalkan notis di tiang, 'Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan', sebagai peringatan supaya semua pelanggan tahu dan bertindak lebih bijak. Selama ini, pelanggan berasa tempat parkir selamat untuk mereka meletakkan kenderaan, walhal tidak," ujar saya.
Mereka bersetuju tetapi tidak berkuasa untuk mengimplementasikan cadangan itu dengan kadar segera.
"Logik atau tidak? Pelanggan datang membeli-belah di Giant, kereta dipecah, Giant senyap, no actions taken to prevent the incident," kata saya lagi.
Kenyataan Pengurus Kompleks kedengaran kelakar.
"Probably we can meet up on Monday," katanya.
"What is the meeting for Sir?," soal saya.
"For me to get the details of the incident," balasnya.
Walawei!
Dua laporan telah dibuat oleh mangsa pada hari kejadian. Laporan pertama di pejabat pengawal keselamatan Giant dan kedua di Balai Polis Kota Damansara.
Dua laporan telah dibuat oleh mangsa pada hari kejadian. Laporan pertama di pejabat pengawal keselamatan Giant dan kedua di Balai Polis Kota Damansara.
"Saya juga pergi juga berjumpa pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya di belakang Balai Polis Mutiara Damansara," celah mangsa.
Hairan, selepas 2 minggu kejadian berlaku, hati Pengurus Kompleks baru terbuka untuk mengambil tahu perincian kes berlaku di premis di bawah seliannya.
Insiden sebelum ini berlaku di hadapan banguanan, bayangkan risiko jika pelanggan memakir kenderaan di ruang bawah bangunan.
Berikut gambar saya rakamkan pada jam 3.44 petang tadi.
Saya terdengar perbualan kakitangan Giant bersama Pengurus Kompleks ...
"Encik Mazidul Akmal TV3 ....," ujarnya melalui telefon.
"Biar saya jelaskan. Kehadiran saya dan mereka ini tidak ada kena mengena dengan TV3. Kami datang ke sini sebagai pelanggan. My house is just across the road dan saya memang kerap datang membeli-belah ke sini," kata saya.
Benar, nama saya seringkali dikaitkan dengan syarikat penyiaran swasta itu tetapi saya juga mempunyai hak sebagai pengguna. Barangkali fakta itu tidak terlintas di benak fikiran mereka.
"Last time kereta dia kena pecah, mungkin next time kereta kami atau pelanggan lain," celah saya.
Ternyata kakitangan Giant terbabit sabar mendengar penjelasan kami.
"Complaint is a gift, percuma dan kita boleh memperbaiki keadaan," sampuk Razali.
"Ada tidak kenyataan disclaimer di kawasan parkir? Kenyataan berbentuk 'Memakir kenderaan di kawasan ini adalah tanggungjawab pelanggan ...," tanya saya.
"Ada di pintu masuk," balas pengawal keselamatan.
Saya dan Razali kemudian bergerak ke kawasan dimaksudkan dan berikut gambar dirakamkan di pintu masuk ke Giant.
Bayangkan pelanggan sedang memandu masuk, nampak disclaimer? Tidak. Mari kita terus memandu ...
Nampak? Tidak.
"Laaaa ... ini disclaimernya. Kalau pelanggan memandu masuk, memang tidak nampak, bukan eye level pun. Lagi pun tiada sebab mengapa pemandu perlu berhenti di sini semata-mata untuk membaca disclaimer," ujar Razali.
Bayangkan jika setiap pemandu berhenti untuk membaca disclaimer terbabit, pasti laluan masuk itu sesak.
Jadi apakah gunanya disclaimer tercatat di papan tanda jika tidak boleh dilihat secara jelas? Klik untuk memperbesarkan imej di bawah.
Fakta, mangsa berkunjung ke Giant petang tadi tidak bermaksud untuk menuntut ganti rugi berikutan kenderaannya dipecahkan penjenayah.
Dia dan kami cuma ingin memohon kerjasama pihak pengurusan Giant untuk bertindak mengambil langkah pencegahan berkesan agar kes pecah kenderaan di premis itu tidak berulang kembali.
Berikut cadangan kami sebagai pelanggan kepada Giant Kota Damasanra :
1. Pasang CCTV di tempat memakir kenderaan bukan hanya di pintu masuk utama.
Pelaburan sebegitu pasti memberikan mesej jelas kepada pelanggan, kenderaan mereka selamat diparkir sewaktu mereka membeli-belah di Giant.
2. Tampal notis melarang pelanggan meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan biar pun kenderaan mereka diparkir kira-kira 1 meter di tepi bahagian hadapan bangunan.
Tindakan terbabit mesti dilaksanakan pada kadar segera.
3. Berusaha menghubungi pelanggan kerugian dalam kes jenayah berlaku di sekitar premis itu sebelum ini sebagai tindakan damage control sekaligus menjaga imej Giant Kota Damansara sebagai pusat membeli-belah mengambil kira kebajikan pelanggan.
Bukan hanya mengaut keuntungan dari pelanggan.
'Giant' nama besar, bak gergasi.
Jika telinga gergasi dimasuki seranggan kecil, semut api, bimbang gergasi itu pasti tidak berasa selesa.
Jadi kepada Giant Kota Damansara, dengarlah rintihan dan cadangan pelanggan biar pun mereka hanya sekecil semut api.
Kami gagal menemui pihak pengurusan Giant Kota Damansara dalam cubaan pertama itu.
Mereka sibuk.
Mohon semua pembaca menyebarkan isi tampalan itu agar pihak pengurusan tertinggi Giant berpeluang membaca cadangan kami.
Cadangan untuk lebih menjamin keselesaan dan keselamatan pelanggan mereka.
Terima kasih.
Saya difahamkan, pada 27 September 2011, pengurus keselamatan Giant telah menghubungi mangsa dan memohon maaf atas kejadian berlaku.
Digesa di masa akan datang agar pihak pengurusan lebih peka terhadap kebajikan pelanggan.
Kami gagal menemui pihak pengurusan Giant Kota Damansara dalam cubaan pertama itu.
Mereka sibuk.
Mohon semua pembaca menyebarkan isi tampalan itu agar pihak pengurusan tertinggi Giant berpeluang membaca cadangan kami.
Cadangan untuk lebih menjamin keselesaan dan keselamatan pelanggan mereka.
Terima kasih.
KEMAS KINI
Saya difahamkan, pada 27 September 2011, pengurus keselamatan Giant telah menghubungi mangsa dan memohon maaf atas kejadian berlaku.
Digesa di masa akan datang agar pihak pengurusan lebih peka terhadap kebajikan pelanggan.
bukan kat tempat bro aje ada pecah kereta ni. Kat Carrefour Wangsa Maju dah banyak kali dah. Kawan saya kereta dia pernah kena pecah kat carrefour wangsa maju. Security atau management buat tak paham aje. "Park at your own risk" la katakan. Ini perjanjian berat sebelah rasanya sebab kita pergi ke premis tersebut, kita beli barang dari kedai mereka, of course we would expect some level of security from the management.
BalasPadamsusah kalau jadi macam ini... apa-apa pun kita kena berhati-hati. kalau dah marah sangat... kita bawa kereta lama.. pakir kat mana kita suka.. sebab.. 'park at your own risk'..
BalasPadamsebenarnya mazidul...pihak peniaga tu mmg berurusan dengan penjenayah...kalau tidak mereka pasti akan menjaga keselamatan termasuk kenderaan mereka sendiri...
BalasPadammereka dapat untung berlipat ganda dengan perniaga jenis kotor dan bersih ni....semuanya berselindung...sbb tu kereta mewah yg dicuri di Malaysia boleh sampai kenegara luar...siapa yg membuat penghantaran?...mereka lah
Adibdaddy > penjenayah tak kira keta lama pon dirembatnya. Happened to my neighbour keta akhir zamannya kena curi jgk ..hmmmm
BalasPadamsaya bersetuju cadangan yg dilontarkan kepada pihak pengurusan giant,jangan mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memperdulikan keselamatan pelanggan.kalau ini yg berlaku,pasti saya sendiri pun tak sanggup shoping disana.
BalasPadamdekat Tesco Nilai masa baru2 buka dlu pun ada kejadian mcm ni..tp yg peliknya masa tu RELA duk ada jer kat situ..mcm mana boleh terlepas pandang kn??
BalasPadambetul juga. letak di pintu masuk siapanak berhenti baca. mestila semua sibuk nak masuk cari parking. letak di tiang2 ke. buatla notis tu banyak sikit.
BalasPadamsmti
BalasPadamSaya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan abang Mazidul. Sudah saya sebarkan entry ini di twitter.
BalasPadamKereta saya baru kene pecah di dalam tempat parking yang terang benderang.macam biasa tiada follow up call dari pihak giant kota damansara dan bila ditanya pasal cctv tak ada lagi dan hanya ada dipintu masuk sahaja.sunguh mengecewakan..
BalasPadam