Orang dahulu selalunya mempunyai ramai anak, ada 9, ada sedozen atau lebih.
"Anak itulah harta kami, harta lain tak ada," luah ibu.
Namun kerana tuntutan ekonomi, seringkali anak ditinggalkan di rumah atau bebas bermain di kampung halaman ketika ibu bapa bertungkus-lumus bekerja di kebun. Adatnya mudah, kakak menjaga adik,abang menjaga kakak dan adik.
"Tolong jeling-jelingkan budak-budak tu ya Yah," pesan orang tua kepada jiran.
Yah mengangguk sambil membalas dengan senyuman, itu rutin harian.
Tidak pernah pula kedengaran kes anak hilang di kampung.
Mungkin di zaman itu, semangat kejiranan lebih utuh manakala ibu bapa membanting tulang empat kerat secara lebih jujur dan ikhlas, jarang mengeluh, justeru tuhan memberkati. Kini majoriti jiran tidak mengenal tetangga, adik tidak betah dengan kakak dan abang pula membuat hal sendiri. Mereka 'hilang' di dunia masing-masing.
Cuba fikirkan.
Salam sdr mazidul...itu lah keadaan yg menakutkan sekarang ni...nak larang anak bermain dan bercampur gaul,kira dah melanggar hak asasi anak anak,di biar bermain plak,hati tak senang...
BalasPadambtol tu..
BalasPadamamat bersetuju, namun apa yang boleh kita buat.. Itu memang dah adat zaman sekarang... Kita tak bolehlah mengharapkan perkara kembali seperi dulu...Dunia berubah, so kita pun kene lah berubah jugak... Tak bolehlah asyik nak duduk dan complain, sedangkam banyak langkah yang boleh diambil... common sense...
BalasPadambetul tu.. tu kes anak ilang.. belum lg kes dera ank sndiri..dunia2..
BalasPadamDulu aku kalau tendang bola petang sampai la maghrib tak hilang pun. Tiada siapa yang teringin nak culik. Gadis sunti pergi kedai Ah Leong pun tiada siapa yang nak rogol.
BalasPadamSekarang jangan harap la. Risiko memang tinggi.Salah siapa? Ibu bapa,anak-anak atau penjenayah itu sendiri?
Baca artikel pasal budak umur dua tahun kena tinggal kat gerai nasi lemak. Sebak saya. Tergamak ibubapa budak ni tinggalkan anak macam tu aje. Baru umur 2 tahun.
BalasPadamSebak..
Sekarang ni budak-budak nak bermain kat luar pun dah tak selamat... persekitaran sekarang yang terdedah dengan kejadian jenayah mengundang risiko kepada nereka untuk diculik, diugut atau dibunuh oleh penjenayah..
BalasPadamdulu2 nak g sekolah pon naik basikal sendiri... takde sapa hantar.. adik g tadika pon naik basikal sendiri. kekadang mak terserempak ngan jiran yg naik motor, diorg berenti n bgtau td tnampak adik kat sana sana...senang hati mak. now ada ke jiran2 nak amik kisah pasal anak kita.. emm mungkin 1 dlm 1000 kut. terutama kat KL nii.
BalasPadamOrang itu tak mahu beranak & kenal kasih anak maka jadilah penculik anak.
BalasPadamOrang itu kalau pun ada anak tak ambil berat tentang anak, anak sendiri pun didera bagaimana nasib anak-anak.
Orang itu tak ingat masa jadi kanak-kanak jika terbiar & didera semasa kecil barulah sedar jenayah ini.
Orang kini lebih pentingkan keluarga & anak-anak sendiri manalah hiraukan lagi anak orang!.
Memang dunia telah berubah.
Kelakar plak.. anak yang ilang tu bleh plak tidur rumah kawan dia 2 malam..
BalasPadamdan parents kawan dia tak rasa pelik pun budak sekecil itu tidur kat rumah dia..
Sebab tu polis berkata, “kita kena prihatin.”
mcm mana nak ambil berat..baru menegur sikit dah bapak dia bawak parang..sarkas betul..
BalasPadampersekitaran sekrg ini menyebabkan pertimbangan akal sesetengah manusia itu agak kritis..
keadaan sekarang memang agak serba salah...
BalasPadamsaya ingat saya sendiri waktu kecil dahulu - saya, abang dan 2 kawan (juga jiran) memang puas bermain ke sana ke mari.. masuk keluar hutan, ke padang permainan bersama... memang tidak pernah terfikirkan bahaya...
tetapi sekarang nieh budak dah pandai - berbeza benar dari dulu.. kalau dulu budak2 tak bawak banyak duit - skrang nie budak2 boleh pegang rm10 pegi ke rumah kawan... ada handphone, ada 'psp'.. ada laptop...
saya pun ada topik mengenai ini di http://ntgravityzone.blogspot.com/2008/08/ice-breaker.html
(tapi ia mengenai open minded nya ibu bapa terhadap anak2 mereka)
:)
cuba rujuk link saya ni budak hilang, maknya tak heran puuun!
BalasPadamSalam... itulah kenyataan zaman sekarang...
BalasPadam* harus sentiasa berwaspada... kena pupuk rasa tanggungjwab sesama mereka (adik beradik)kerana siapa lagi yang perlu diharapkan kalau tidak diri sendiri...
Meowwwww ?
BalasPadam