Ahad, hari bersantai. Justeru, saya langsung tidak bercadang membebankan fikiran ribuan pembaca tetap blog ini dengan subjek serius dan berat.
Baiklah, teruskan membaca.
Masih ingat telefon bimbit Nokia model ‘pisang’, ‘butterfly’ dan 'sabun' ?
Ya? Bagus.
Kalau lupa lihat gambar berikut.
Saya yakin, majoriti kita pernah menggunakan telefon itu. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya pernah melihat model telefon bimbit terbabit, kini sudah ‘obselete’, hanya dijadikan hiasan di rak sebilangan premis menjual peralatan telekomunikasi.
Kalau lupa lihat gambar berikut.
Nokia 'pisang'
Nokia 'butterfly'
Nokia 'sabun'
Ring a bell? (baca: kuat bunyi loceng, kan?). Jangan tunjukkan gambar di atas kepada anak kecil, mereka mungkin akan hairan.
Semua model itu, tidak dilengkapi bluetooth, wi-fi, kamera mahupun touch screen tetapi kita berasa bangga menggunakannya suatu ketika dahulu.
Ya, suatu ketika dahulu.
Helloooo! Nokia 'sabun' ada kamera lah! Tengok, anda lupa. Nasib baik saya perbetulkan fakta itu.
Ya, suatu ketika dahulu.
Helloooo! Nokia 'sabun' ada kamera lah! Tengok, anda lupa. Nasib baik saya perbetulkan fakta itu.
Sebahagian daripada pembaca mungkin pernah menggunakan telefon bimbit berjenama selain Nokia. No problem.
Sebagai manusia kita kerap bercerita fasal first love, first night, first job, first car, first house dan mungkin first husband atau first wife.
So, ‘first’ is significant.
Cuba ingat kembali dan kongsikan butiran your first handphone di sini. Mesti ramai tersenyum mengenangkan kisah berhubung telefon bimbit pertama itu, kan?
Handphone pertama saya ialah motorola startac dari mobikom. Rasanya awal tahun 90an. Masa itu kadar panggilan Art900 mahal sangat, GSM belum sampai lagi.
BalasPadamHehehe.. sy tak ingat model hp saya yang pertama. Tapi lebih tua dari Motorola Startec tu. Memang besar, kalah walkie-talkie. Siap ada arial yang panjang. Hampir sebesar botol air telefon tu.
BalasPadamMak saya belikan sebaik sahaja posmen hantar surat tawaran kemasukan ke UiTM. Kira hadiah la tu. Tapi masa tu dh kira bangga tahap gaban dah dpat pakai hp tu sebab masih tak ramai rakan sebaya yang pakai hp tu. Selepas je masuk ke UiTM, sy tgk kawan2 pakai hp semua canggih2, mula la terasa malu hp sendiri pula.
Akhirnya ayah yg mengerti perasaan malu sy tu telah belikan ericsson flip T10 kaler pink. Heheeh... masa tu dah tak segan lagi dah.
Salam pagi minggu BRO MAZ..
BalasPadamSalah satu di atas, saya pernah guna tapi bukan my 1st.
Handphone pertama saya sungguh kelakar (sekarang memang rasa lucu) ialah jenama Motorola yang kecik skit dari bata tu. Wahhh dulu dapat pakai tu dah rasa bangga dan seronok dahhh..
sekarang ni? kalu ada tu, agaknya nak kuarkan dari beg pun malu...
teringt Nokia 2300 pertama saya yg hilang masa balik kg dr kolej.. tertinggl kat kdai mkn masa bas express berhenti.. isk2 sedey sungguh... lps tue sy pon asyik hilang hp jugaklah sbb kecuaian sndiri.. slalu lupa mana ltk brg.. skrg dah mls jugak nk beli hp mahal2 beli yg biasa2 jek.. tak menagis kalo hilang lg hahahha
BalasPadamDvd, Startac kira hebat ...
BalasPadamAzieazah, model orang cakap "kalau anjing nampak, anjing lari"?
Vic, Erickson T10? Mesti secomel awak pada ketika itu, kan? Macam gambar kahwin.
Salam hujung minggu Bro Maz,
BalasPadamMy first handphone dari jenama nokia, model 7720 (kalau tak silap,semakin lupa). Tak besar, tapi sangat berat.Tak ada camera, bukan color screen & of course la takde bluetooth segala bagai. Beli dari gaji pertama tu..:-)
Masa study tak pernah pakai handphone, tak sampai hati nak mintak dari mak ayah. Dapat handphone pertama punya la seronok, hasil titik peluh sendiri. Masa tu sim-pack pun mahal, tak murah gila-gila macam sekarang.
handphone pertama saya NOKIA 3310 warna biru. Kemudian kena curi dari bawah bantal kat UM masa first year.
BalasPadamMasa tu saya tengah tidur. Kena pukau agaknya. huhu
teringat zaman sms raya berkelip-kelip kat nokia 3310 tu..hehe
rasanya dulu pernah pakai sony ericson T10 dgn handset Sagem kaler kuning. Lps starter pack Adam 017, mahal gle dkt rm200. Haha nostalgia sungguh.
BalasPadamMemula pakai T6, T8(adaka), kemudian T10, kilat2 memalam nampak pantulan.
BalasPadamkita pakai Pajer jerr masa bertugas heee..
handphone zmn skrg, semuanya canggih. saya je yg masih guna phone lama, nokia 3310.
BalasPadamfirst hp saya adalah dari model Alcatel pemberian kakak sulung saya ketika saya mula2 masuk matrikulasi dulu...hehe
BalasPadamlepas tu beli yang jenis nokia 3310 dari roommate dengan harga RM200.
Selamat bersarapan, berhandphone & berlappy buat En. Mazidul.
BalasPadamH/P pertama saya jenama Siemens, model jgn tanya la... dah x ingat. Itu pun 2nd hand dpt drp Suami sbb dia beli h/p baru.
Saiz x lah besar sgt tapi berat dekat 200gm agaknyele... la ni org kata belum lagi baling kat anjing, anjing tu dah lari dulu.. hehehe...
Saya bkn peminat gadgets - functions yg standard dah memadai. Tu pasal x pernah kena marah dgn Suami pasal x pernah perabih duit pd h/p... Dan dia tak pernah rasa membazir bila membeli h/p baru sebab sehingga kini sayalah penerima bekas h/p nye buat kali yg ke-3!(baca : walaupun begitu dia bkn Mat Gadgets sbb h/pnya murah2 aje)
Kpd. Mat Gadgets, saya solute anda! Kalo x, banyak la kilang h/p dah tutup. Bagus tu bantu-membantu para peniaga, barulah ekonomi berkembang maju (baca : bercakap bagi pihak peniaga - x kisahlah jual apa asalkan halalan Toyyiba).
hp nokia 100,guna thn 1994.analog lg.no sim/memory card.
BalasPadamMy first HP nokia 232. the best nokia masa tuh..... i got it in a year of 1995, harga dia masa tuh RM 2000++. hakhakhak...mahal gler...skrg kalau 2000 dah boleh pakai ipod kan...
BalasPadam& now i m using nokia express music 5800
hp pertama teman
BalasPadam3310... hilang di asrama...
3315... rosak jahanam
3200... rosak jahanam
3260i... rosak jahanam gak
1100... bg adik
hp china je.. smapai la nie pakai
BroFramestone Blog
Semasa zaman remaja saya, kira dah lahir handphone2 berkamera ini. Agak banyak di pasaran ketika itu.
BalasPadamBut my first handphone was Nokia butterfly if I am not mistaken. That handphone is a 'turun-temurun' a.k.a 'harta pusaka' kind of thing from my mum. Hohoho..proudly have it and due to the its size that is tiny a lilbit, I can bring anywhere around school and use it in the class without gettin caught! heheh..ecspecially when the teacher and prefects suddenly launch a big freakin SPOTCHECK. I can get away very easily..hmm..I mean my phone..hohohoho..
That was the story of my first handphone. Still have it but cant use it. Kind of missin it now suddenly..its blue lamp..
henpon nokia tiga tiga sekupang
BalasPadamSelamat berhari minggu...
BalasPadam* Telefon pertama saya --> ERICSON awal tahun 90an - kini SONY ERICSON
** setia pada yang satu :P
nostalgic nih..hehehe
BalasPadamhenpon pertama saya [suami beli, guna kongsi-kongsi] Motorola PCN600 yg kecik sket aje dari batu bata tp masih boleh berfungsi, siap dgn tempat charge yg bleh duduk tu..
ni jenis kalau baling anjing, anjing tu mati tapi tepon tak mati [bukan takat lari je]
hphone saya pertama 3310 warna kelabu, org kampung saya panggil 33 sekupang. tapi waktu tak ramai kekawan saya pakai hphone, so taklah guna sangat, cuma call fix line kat rumah je.jadi sbb jarang guna saya bg kat anak saya umur 16 ketika itu. dia pun lanyaklah pakai sampai bil bulanan jadi rm90 sebulan (masa tu kira mahal la sbb bil fix line pun rm40-50 sebulan je).lepas tu saya pakai 3315 line prepaid yang saya rasa bertahan selama 3 tahun sebelum saya tukar pakai sony ericsson. memang puas hatilah pakai model nokia terawal nih..
BalasPadamMazidul, saya tumpang lalu minta kawan2 bloggers disini tengok blog saya dan beri pandangan dalam isu kawin lari ni...http://dotsnodds.blogspot.com
saya hargai pandangan anda jika ada
terima kasih
hp pertama saya ialah NEC ExE. Yang best tu..kalu bateri yg kita sedang guna nak kong, line tetiba putus2...kita bule tukar dgn bateri simpanan dlm tempoh 3 saat tanpa memutuskan talian telefon tersebut. what a wonderful feature :-)
BalasPadambtw...teknologi dah berubah...dah takde talian hp analog kat malaysia skrg neh..
3310
BalasPadam3315
Meowwwww
BalasPadamMeowwwww
BalasPadamSalam,bro maz..
BalasPadam:) Bro wat sy kng balik hp butterfly 2... tpon 1st sy... dpt time form 3... Ad infrared tu,ley main snake ngn mber...
tp skang da rosak hp 2,tkar 5610...
Anyway,nice post... x heavy sgt...
aik sempat lagi bagi sedas pasal gambar kahwin tu. Ni tag team dengan hazrey la ni ye? Nasib saya dah tukar profile photo. ekekekekeke
BalasPadamkak azie - vic rasa mungkin kita pakai hp yg sama la.. Motorola yg kecik sikit dari batu bata tu. hahahahah...
huhuhu..my first hp jenis motorola..model apa ntah..tapi zaman analog lagi..tekan nombor kluar kat skrin kaler merah mcm kalkulator..hahaha..siap kena tarik antenna lagi..kah kah kah..tapi flip woo,mcm SE T10...tapi bila nak call cari public phone..mmg lawaks...
BalasPadammy first fon nokia 3310. hee. mase tu skolah lagi. beli pown sorok2 dr mama. bila da sebulan dua baru berani tunjuk. ade fon, tp xde kredit. fon utk maen game ular. hahaha. ;DD
BalasPadamSaya beli handphone pertama saya pada tahun 1997. Model Motorola Flare di Kotaraya. Dia bagi satu bateri nipis satu bateri tebal. Lengkap dengan langganan talian dengan Celcom (masa tu Celcom masih lagi Cellular Communication Sdn Bhd).
BalasPadamKalau pakai bateri tebal tu, handphone tu akan menjadi sangat "bulky" (ala ala orang kata, baling anjing sure anjing tu koma).
Sayangnya, handphone itu dicuri orang bila rumah abang saya dimasuki pencuri. Masa tu saya dah bertukar handphone baru jadi handphone tu saya bagi pada anak buah saya.. perkara ni berlaku tahun 1999...
my first 3310 yang berlampukan kuning from Ayahbonda, lepas tu tak sampai setahun dicuri di hostel, tapi 'si pencuri' masih ada baik hati meninggalkan simkad:) Haha.Masih bersyukur sebab dulu simkad agak mahal:)Sekarang walaupun dah banyak kali tukar, yang gagah perkasa tetap yang first! banyak kali jatuh dan tak punah2!
BalasPadamhdphone ericson tk ingt model apa.besarnye mcm handphone mudah alih kt umah skrg..bateri leh cabut dri luar..bateri tebal n nipis....tpi time tu glamer ericson t10.... beli time frist gaji masa keje kilang kt pj hahhahaa.... baru lpas spm..hehhehe
BalasPadamHakhakhakhak.. hp batu bata..! memang kelakar gelaran tu, kan?
BalasPadammotorola tapi tk ingat model yg mana...tahun 1999
BalasPadamheheh..
BalasPadam1. eriksen gh688 (gsm) antena bapak beso yop...thn2000
2. eriksen a1018s (dual band) thn2000
3. nokiah 3210 kira hebat masa tu (cover seminggu sekali tuko) thn2001
4. nokiah 3310 thn 2001 sampai 2009
5. nokiah rama rama (company bg) thn 2004
6. nokiah skrin beso... puas belek2 tak jumpa le jenis nya... harga rm350
hp 1st 3210 2nd hand haha pastu pakai 3310,sabun..ngage..haha clssic keke skang pakai sony ericson hehe
BalasPadamhandphone pertama saya jenis OKI... dibeli pada bulan februari 1993... masa tu hanya ada line celcom 010... keh3 mahal gila handphone masa tu
BalasPadamhp pertama combi motorola tp lupa model apa.warna biru mmg cun laa :)
BalasPadammasa tu guna prepaid (timecel skrg maxis ekk)pernah credit tak digunakan sehingga rm100++ sbb asik topup.sistem yg lama tu sgt menyusahkan ekk.selepas sebulan wajib topup walaupun credit masih berbaki.gila betul!
yg kedua nokia yg ada torchlite tu.ada camera weii.lupa jugak model apa dan tukar kpd celcom postpaid.
dan skrg nokia jugak N76 dah 3 tahun lebih kot.masih setia kpd celcom postpaid so senang hati tak risau credit habis :)
sehingga skrg tak berniat nak tukar set sbb dah merasa pakai hp mahal ekeke :p
henset pertama : erricson model T 10.time tu tahun 2003~~~sekarang ni pakai henset CSL~~henset yang ke 32~~haha~~
BalasPadamhp pertama saya adalah ERICSON. Tp model tak ingat la, dlm tahun 1998. Mase tu kat Uitm Lendu sibuk bercinta.
BalasPadamAde gak beberape kali awek hantar massage bergambar tp tak leh nak baca. Sbb saiz screen dia besar macam kalkulator. kena baca dari tepi hahaha.
1st motorola PCN..siap line tmtouch
BalasPadam2nd motorola startac..ada flip tu..simkad besar 017
pehtu siemen..
pastu nokia 3310...
pastu nokia 3220 ke aper ker..ada lampu blink2 kat tepi...
pehtu nokia 3230..
pehtu PDA Hewlard packard
pehtu nokia 5320 xpressmusic
samapai sekarang...
tak taulah saya ini jenis tak suka HP.. tau-tau hilang entah ke mana... nombor pun dah banyak kut! terbuang sebab tak di top up...
BalasPadammungkin kalau org bercinta gila dengan HP ini... mungkin!..
sabun ade bluetooth la...
BalasPadamfon pertama Sagem colour kuning, ada lampu kelip2. HAHA. comel la fon tu.;)
pernah pakai sabun gak dulu, layan gile main game kapal terbang tembaktembak tu. huuuu~
model pisang???? muahaha.. serius tak pernah dengar. tapi nokia punyer brand bagus jugak.
BalasPadamHp...zaman 90an...barang luxuries...setengah2 tmpat jer ader coverage...balik kg...sure out f coverage.
BalasPadamzaman skarang... budak tadika pun dah ader hp... cuma x brani bawak kat skolah....takut cikgu marah...
tak bawak HP... dah rasa macam lupa bawak beg duit... tak senang duduk rasanya.
Nak guna public phone pun dah malu skarang nie.... takut org kata... nie mesti bangla sengkek ni.
hp 1st adlh 3310... masa tu syg sgt dgn hp sebab itu la yg diidam2kan zaman tu...
BalasPadamtak tau jatuh kat tangan sape hp tu skrg.. yg pasti pd masa tu sgt berharga.. skrg ni masih pakai nokia e90..
my 1st hp... tahun 2000, jenama Motorola... tak ingat model apa... yg nih mak bg pinjam (baca: pinjam je) tp simcard saya punye... ekekeke...
BalasPadamTahun 2001, terus beli hp Nokia 3310 (masa tu hp tu mmg tgh top...) kira mahal gakler tp sbb nak sgt... sanggup beli... setia smpai tahun 2007... lama gakler... w/pun masa tu ada byk model baru kat pasaran..
Then tukar Nokia N70... n skrg guna Nokia 5800 express music... tak tauler smpai bile blh tahan hp nih... wakakaka... tp bersyukur sgt2 sbb en. Suami yg belikan hp yg terbaru nih...
fon pertama saya motorola PCN600. bukan dualband, sekarang teknologinya berubah yang amat. tetapi fungsi asasnya masih sama--> call dan sms je. yang lain2 tu nilai tambah kepada fon. Yang peliknya pelajar aka orang muda memang mencari fon yang trendy yang bukan murah harganya, macamana mereka lakukan ye.
BalasPadam