Jam 3 petang tadi saya menaiki keretapi dari Jakarta ke Bogor, 40 minit perjalanan dengan tambang 50 sen. Lihat gambar di bawah betapa ramainya penumpang, setiap gerabak sesak, begitu juga nafas saya.
Semua tempat duduk penuh di sepanjang perjalanan, kaki terasa lenguh. Sangat lenguh. Namun misi merakam dan menemubual 'pengamen', pemain muzik sambil meminta sumbangan tetap diteruskan.
Keretapi terbabit berhenti di 25 stesyen sebelum tiba di Bogor. Dalam keletihan, saya terlihat 3 remaja bergayut berhampiran pintu keretapi, hebat. Malah mereka tersenyum sewaktu gambar dirakamkan. Tindakan mereka itu saya anggap terlalu berani.
Setengah jam kemudian sewaktu keretapi berhenti di satu daripada stesyen, saya terlihat 2 remaja lain berdiri berhampiran keretapi. Mereka juga tersenyum.
Namun tindakan mereka sejurus keretapi bergerak amat mengejutkan saya. Lihat siri gambar pegun saya rakamkan.
"Bang, itu biasa. Setiap minggu ada seorang mati. Purata 5 terjatuh sebulan, semua meninggal dunia," kata Glenn Josh, jurukamera TV3 di Jakarta.
Sewaktu tiba di stesyen Bogor saya rakamkan gambar papan tanda ini.
Barangkali, sikap remaja begitu, mereka 'thrill seekers', gemarkan cabaran dan seringkali mencabar undang-undang, itu detak hati.
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Jakarta, jam 5 petang, saya berbual bersama kakitangan pengurusan keretapi.
"Semalam jam 11 siang, anak berusia 14 tahun duduk di atas atap (baca: bumbung) terkena renjatan elektrik, jatuh, lalu mati," kata mereka.
Di akhir perjalanan, saya baharu faham, sesungguhnya bukan sedikit bilangan penumpang 'berani'. Lihat gambar di bawah sebagai buktinya.
Faham apa saya maksudkan dengan perkataan 'berani'?
memang sangat berani...huhu
BalasPadamtabik habis kat diorang... :)
Mengenai orang naik atas bumbung keretapi ni di Malaysia pun sama saja. Dulu masa saya duduk Padang Tengku, Kuala Lipis, pemandangan ini biasa saja. Biasa masa dekat hari Raya, keretapi dari Singapura ke Kelantan, ramai orang naik atas bumbung sebab tempat duduk penuh.
BalasPadamMalah ada juga yang berlari-lari atas bumbung, biasa saja, mereka dah biasa. Pada mereka itu tak merbahayakan, tak dengar pulak ada orang mati kat negara kita, mereka dah mahir buat camtu.
www.kadikluang.blogspot.com
Perjalanan 40 minit dengan 25 kali berhenti? Macam tak percaya, kan? Mesti laju giler tuh..
BalasPadamFuhhh memang berani, tetapi bagi golongan sebegini, desakan untuk menggunakan pengangkutan sebegitu kerana tiada pilihan lain, sudah perkara biasa, saya rasa..
salam,aksi berani&kehidupan terlalu mendesak
BalasPadamterpaksa berani, berani kerana terpaksa.
BalasPadamremaja nak pecah rekod sesama sendiri, agaknya paling banyak duduk di atap dalam setahun.
Mereka begitu berani apabila ketakutan adalah keseronokan dalam kamus hidup mereka.
BalasPadamSalam Sdr. MAS..
BalasPadamNampaknya bukan di India sahaja ada pemandangan begitu kan? Melihat mereka bergayut di pintu keretapi - teringat pula kepada BMW (Bas Mini Wilayah) satu ketika dulu..
Kakcik terfikir.. Sdr. duduk kat mana masa merakam gambar2 tersebut? Takkan duduk di bumbung juga, kot!
40 minit berenti sbyk 25 kali?adehhh mcm naik bas berhenti-henti ler pulak... :D
BalasPadamnasib sampai jugak kalau tidak puas menghidu segala mcm bau.erkkkk :(
betul betul kaw hahahaha...dorang minum kopi cap kapal api hahahahahaha
BalasPadamisk isk isk...berani MATI betul
mungkin tak mampu nak bayar tambang wpun sekadar 50 sen..
BalasPadammungkin juga malas nak bersesak-sesak dengan org ramai..
mungkin best duduk kat atas tu..angin sejuk..
segalanya mungkin...
echah,
BalasPadamada kira elok sikit dengan perbandingan Keretapi 'LOCAL' dari Gua Musang ke Gemas ke Spore, ada dekat 30 stesyen dalam 3 jam.
Kat atas bumbung adalah seat 1st class..
BalasPadamcuma takde layanan pramugari je..
tak kan ada..
kalo dihidang roti dan jugak air..
roti kemana air pun kemana..
jemm...
~Si kOsOng™~
Salam,
BalasPadamSaya tak berani...serius!
emmm! kita sebenarnya telah lama meninggalkan suasana sesak begini... jiran kita masih bergelut dengan kemalangan & maut di gerabak begini!...
BalasPadamDi Filipina, terdapat satu sukan baru - melintasi lebuhraya antara yang paling berbahaya di dunia. Anda boleh melihat video temuramah dengan ahli "sukan" terbabit di laman web YouTube.
BalasPadamCari di YouTube: Highway Crossing Misfit.