Ahad, Mac 14, 2010

Simpang 'Hebat'

Jam 5 petang semalam, saya dan krew 999 bertemu 'source', pengadu di Taiping, Perak.


Terima kasih kepada 'source' kerana sudi tampil berkongsi maklumat dengan kami. Barangkali dia sudah muak dengan apa dilihat dan didengar.

"Premis hiburan ini beroperasi tanpa lesen dan lebih masa, sampai jam 5 pagi. Last year polis serbu 6 kali, this year 4 kali. Di dalam tempat ini ada karaoke, kedai mesin judi, disko dan gerai makan,"  ujar source.

Jam 6.15 petang kami bergerak meninjau premis dimaksudkan di pekan Simpang, Taiping. Pusat hiburan ini tersorok di kawasan kilang dan lokasinya begitu hampir dengan kawasan kampung.


Jam 3 pagi tadi, kami sekali lagi ke lokasi sama. Dilaporkan lebih 50 pengunjung pelbagai bangsa berhibur di dalam premis. Di luar hampir 30 kenderaan diparkir dijaga lelaki India. Saya rakamkan beberapa gambar untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.


Saya percaya Majlis Perbandaran Taiping ada penjelasan berhubung kewujudan premis ditutup jam 5 pagi ini. 'Hebat' pusat hiburan di Simpang!

8 ulasan:

  1. Salam... kalau tidak cepat-cepat ditangani masalah ini - dikhuatiri masayarakat kampung (khususnya yang muda)akan terpengaruh dengan gejala buruk yang berada dekat dengan kawasan mereka...

    BalasPadam
  2. Woww... macam kilang biskut kering je dari luar... rupanya tempat manusia kering hati.

    BalasPadam
  3. Salam pagi minggu BRO MAZ..

    Simpang? Simpang Ampat ker?
    Lama tidak lalu area situ.

    Taiping, Kamunting, Simpang antara bandar yang memang kawasan kilang. Patut ada premis tersorok tak nampak sempat beroperasi lama sebelum disedari.

    Dalm banyak hal, memang maklumat orang ramai sangat penting, dan jangan diperlekehkan...

    Majlis Perbandaran tak bangun tidor lagi agaknya sekarang...

    BalasPadam
  4. Hebat sungguhhhh permis ni..
    ""Premis hiburan ini beroperasi tanpa lesen dan lebih masa, sampai jam 5 pagi. Last year polis serbu 6 kali, this year 4 kali. Di dalam tempat ini ada karaoke, kedai mesin judi, disko dan gerai makan," ....

    yg musykilnya apakah dlm serbuan sampai 6 kali itu pemilik permis didenda di hukum..atau dibebaskan sahaja.. sampai dia begitu berani dan kebal nampaknya...ada kabel besar agaknya....

    BalasPadam
  5. Adat dunia... di mana ada gula, di situ ada semut.

    Yg hairannya disitulah penguatkuasa hilang kuasanya...

    BalasPadam
  6. bilakah agaknya Malaysia nak amalkan Undang2 yang boleh beri org serik nak buat salah kali ke3??

    BalasPadam
  7. 6+4 = 10 kali??? tak kan tahan then lepas kot.. tak ada tindakan langsung?? isk..isk..iskk..

    BalasPadam
  8. dah jd fitrah manusia inginkan hiburan..namun perlu ada batasannya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.