Jam 11 pagi tadi saya minum bersama blogger, Zulhazri Abu Bakar, Ezreen Abd Talip dan Boy a.k.a Michael (baca: kenalan baharu) di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Sejam kemudian saya menerima panggilan telefon berhubung kes bunuh, lalu kami bergegas ke lokasi kejadian.
Zulhazri sempat mengabadikan gambarnya (baca: saya rakamkan) di lokasi kejadian (baca: atas permintaan saya). Dia dan 2 rakan sekerja tiba di Petaling Jaya jam 1 pagi tadi untuk menghadirkan diri ke 'Perhimpunan Bloggers' bakal berlangsung esok.
Berikut butiran kes.
Jam 9.30 pagi tadi, mayat lelaki warga Britain, Andrew Micheal Murchia ditemui dalam keadaan berbogel di tingkat atas rumah sewanya di SS2/2, Petaling Jaya, Selangor.
Mangsa, 46 tahun dilaporkan tinggal bersama teman wanitanya warga tempatan sejak 2 tahun lalu, ditikam di leher, senjata tajam ditemui di premis sama.
"Besar anjing dia di dalam rumah," bisik anggota polis kepada saya.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohammed mangsa dipercayai dibunuh suspek dikenalinya kerana tiada kesan pecah masuk di rumah terbabit.
"Walaupun satu tikaman tetapi darah banyak gila," ujar pegawai polis saya kenali.
Tidak hairanlah, beberapa anggota polis mengangkat mayat mangsa dianggarkan seberat 130 kilogram itu bergegas membasuh tangan menggunakan air mineral di hadapan pintu rumah teres 2 tingkat itu.
Teman wanita mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum mayat diusung keluar dari rumah, saya sempat merakamkan gambar pegawai penyiasat, IO bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, ASP Azlinda Roslan. Saya percaya tugas sebagai IO amat mencabar apatah lagi jika menyiasat antaranya kes jenayah samun, rompak, ragut dan bunuh. Semoga ASP Azlinda mampu melaksanakan tanggungjawab dipikul dengan penuh dedikasi.
Tabik Puan!
BRO... HAZREY dah tiba? ZARA? Takda orang sambut dia kerrrr... Kang dia nangis kat bus stand... hehehehe..
BalasPadamBRO... kalu anjing dia tak menyalak, means, dia kenal lah penceroboh @ pembunuh tu, kan?
BalasPadamHmmmm...
nowadays really2 hard to find a safe place.. not even at home. :(
BalasPadamAzie, are you thinking what I am thinking? Nanti kita baca perkembangan kes ini, later.
BalasPadamYup! Hazrey sudah sampai dan menginap di hotel mewah. Semasa menjemput dia di lobi hotel, saya berdebar, takut kereta buruk tidak dibenarkan mengambil tetamu.
Zara, naik bas 3.30 petang, rasanya sampai malam.
Ramai orang hendak jumpa cikgu baik hati ini.
Helo saya duduk di hotel ehh salah rumah tumpangan saja.
BalasPadamBuruk tul posing...
Salam... ingatkan kalau bela anjing (tambah kalau besar) dapat membantu tuan dalam kesusahan...
BalasPadam* semoga perhimpunan esok akan berjaya!
HAZREY... kalu tau waktu posing tu nampak buruk, esok jangan posing lah ek?
BalasPadamTapi bior jer orang snap candid... baru nampak tak buruk.. hahahaha...!
*Psssttt. nak sambung gelak tu besok, bior bergegor Resort tuh..
hari-hari ada orang mati...
BalasPadamhmm....anywhere at any place didnt promise your safety. sangt menakutkan.
BalasPadamsmoga berjaya esok gathering abg mazidul :-)
sy ada kelas tidk dpt hadir. about to regret. hehee
Dua tahun lama tu, mengapa tak berkahwin, tak kiralah teman wanitanya itu orang kita atau bangsa asing.
BalasPadamDi Malaysia ini nampaknya pembunuhan tak jadi kejadian misteri lagi; seolah-olah negara kita ini jika diujudkan Ejen Pembunuh Upahan pasti laris. Terlalu ramai yang dendam & sampai sanggup membunuh.
Keadaan ini kena diperbetulkan segera. Jika dibiarkan tanah air kita pasti tidak lagi tempat selamat didiami.
Janganlah hendaknya lantaran mengejar dunia kita lupa segala. Dunia ini tidak kekal. Nyawa manusia bukan milik kita untuk senang-senang kita cabut.
Hmmm... mcm kenal je mamat yg posing sakan dalam gambar tu. hahahahahhaa... seb baik tak digigit anjing beso tu masa posing.
BalasPadam