Ahad, Mei 22, 2011

Siapa Amanda Misbun? Twit! Twit! Twit!

Jam 2.30 pagi, 2 hari lalu, saya ke Restoran Kayu Nasi Kandar di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Pekerja berasal dari India membungkus makanan kelihatan keliru ketika saya membuat pesanan.

Wajahnya juga masam.

"Saya pun penat kerja tapi muka jangan itu macam, masam," ujar saya.

Melihat keadaan itu, juru wang kemudian bergegas menghampiri pekerja terbabit.

"Sorry abang, dia tarak faham Melayu," kata juru wang terbabit.

"Kalau dia tak faham bahasa Melayu, sebab apa dia kerja sini? Macam mana orang mahu order? Berapa kali cakap pun dia tak faham. Ane, tak faham boleh belajar tapi itu muka jangan masamlah, saya takut," balas saya.

Untuk rekod, saya mengenali pemilik restoran terbabit sejak lebih 10 tahun lalu dan itu bukan pertama kali saya menegur sikap pekerjanya.

End of story.

Tidak! Nampaknya ada individu cuba memanjangkan cerita. Entah! Saya tidak mengenali dia, seriously.

Namanya Amanda Misbun. Berikut message Twitter dihantar kepada saya oleh pembaca blog ini.

amandamisbun A♍aNdA ♍!sBuN

 
A♍aNdA ♍!sBuN
amandamisbun A♍aNdA ♍!sBuN

 
A♍aNdA ♍!sBuN
amandamisbun A♍aNdA ♍!sBuN

 
A♍aNdA ♍!sBuN
amandamisbun A♍aNdA ♍!sBuN


13 hours ago

Selama ini saya tidak pernah memohon, meminta mahupun merayu dia menghormati saya. Kalau dia ingin menegur perbuatan saya, tidak salah. Menggunakan Twitter? Itu saya anggap tidak profesional.

Dia memang individu boleh dihormati ke? 

Saya Google nama itu dan terjumpa ini di Media Malaya.com

Orang sama ke? Ya lah, saya tidak begitu ambil pusing berhubung kehidupan artis biarpun ramai saya kenali. Baca komen orang ramai berhubung artikel sama. Ramai rupanya orang sangat menghormati dia, syukurlah, orang baik-baik.

Saya dikhabarkan dia pelakon. Barangkali dia memang orang baik dan sentiasa menjaga penampilan dan tingkah lakunya. Apapun, nanti kita lihat lakonannya di alam siber ini.  

Clap! Clap! Clap! Saya bertepuk tangan dulu.

Amanda ... Amanda ...

36 ulasan:

  1. oooo.. adik beradik haliza misbun la ni e..

    no wonder..

    BalasPadam
  2. amanda ne saje nak dapat perhatian kot. artis suam-suam kuku katakan..

    BalasPadam
  3. Pernah terbaca nama ini dalam satu artikel. Pelakon drama kot.

    Rasanya dia ni adik HALIZA... oh saya tidak terperanjat.

    BalasPadam
  4. pedulikanlah orang macam tu..ramai kat dunia ni yang plastik,kita tak kacau dia,dia pulak yang kutuk belakang..pahala dia abang yang dapat,kan?

    BalasPadam
  5. As salam,...saudara Mazidul.,...pedulikan minah tu,..dan yang seangkatan dengannya,...kerana sikap mcmnilah yang buat pendatang lagi besar kepala!!!...Alhamdulillah,,..saudara bersifat tegas menegur,..tindakan anda patut dipuji!!!jangan risau saya tetap menyokong anda,...lagi satu tolong check/pantau kenapa lelaki Nigeria boleh jadi guard kt.Kepong Ind.Park(KIP)????...habislah macam nih!!!...ada pihak dah dibutakan ke???,..tolong ye!!

    BalasPadam
  6. Sabar jelah En. Mazidul..

    Ini memang sudah lumrah kehidupan.. Setiap apa yang kita buat akan diperhatikan oleh orang lain..

    Terutamanya golongan Public Figure macam En. Mazidul..

    Dalam banyak-banyak orang dah tentu ada yang suka dan ada yang tak suka..

    Tapi kalau kita buat perkara yang kita rasakan betul.. Anggaplah teguran itu sebagai satu perkara yang baik buat diri kita.. Walaupun mungkin kita kurang menyenanginya..

    Entri Terkini Di Blog Saya:
    Aktiviti Makak Dan Mengancau Di Mukah Sarawak
    Domain Laman Web Percuma di Lot.My??

    BalasPadam
  7. as salam..
    mungkin bukan adik haliza misbun.
    lebih elok jika kita dapatkan kepastian dari orang yang ada twitter rasmi amanda.

    memang tak professional bila berbuat begitu.

    haih..macam-macam hal..

    terjemahan mata dan minda kanak-kanak vs. orang dewasa

    BalasPadam
  8. Alahai... Bila seseorang itu hentam dan kita hentam dia balik, bermakna kita juga sama seperti dia.

    Satu pengajaran utk saya juga:

    Seorang lelaki telah mengutuk Abu 'Amir al Sya'bi, Beliau lalu berkata-kata kepadanya, "Sekiranya aku benar sepertimana yang maku katakan, maka semoga Allah mengampuniku. Dan sekiranya aku bukan sebagaimana yang kamu katakan, maka semoga Allah mengampuni kamu."

    Maka kalau kita doakan mereka diberi kefahaman oleh Allah mudah-mudahan itu bermanafaat buat mereka, berbanding dengan membuat serangan balas dengan label-label yang kita beri ke atas mereka.

    Maaf jika terkasar bahasa.

    BalasPadam
  9. orang terkenal macam bro memang ramai orang yang dengki... dan biasanya orang yang suka mengutuk macam tu hanya bersandarkan kepada hearsay dan maklumat yang tak lengkap... bro menegur dikatanya berlagak... orang macam ni memang tak payah dilayan, tapi bagus juga bro mendedahkan perbuatannya, biar dia beringat sikit sebelum suka-suka memburukkan orang lain... stay cool bro~

    BalasPadam
  10. Amanda Misbun.
    Pelakon berbakat. =))

    Mungkin niat dia ingin menegur tapi caranya yg tak bersesuaian.

    Di ada di lokasi kejadian? Mungkin dia lebih jelas dengan apa yang dia nampak sendiri!

    BalasPadam
  11. Adik pelakon Haliza Misbun? Tak tau la dia ni pelakon juga ke tak, tapi pernah jugak masuk akhbar mingguan digandingkan dengan kakak dia tu.

    BalasPadam
  12. Some people sometimes cannot differentiate between scold and talking with high voice.

    Ada orang mmg bercakap suara tinggi, tp dia bukan menengking. Tapi orang yang taktau ni, sesuka hati buat andaian sindri.

    BalasPadam
  13. Saya secara peribadi berpendapat, beliau seorang yg murah hati bukan dengan saya sahaja tapi juga dengan org sekeliling saya, tak kedekut ilmu, beretika dan tegas. TEGAS, disebabkan sifat beliau yang sebegini, ramai yang mudah salah anggap. beliau amat "Straight to the point" tak puas hati-TEGUR, jika suka-PUJI. Tak simpan dalam hati. TEGUR x sama dengan mencaci. jika kita ada persoalan yang kita hanya berani tanya dalam hati.. tapi dia tanya betul2 x kisah la siapa org tu.. Org macam beliau boleh buat kita renung dan memperbaiki diri sendiri. apa salahnya jika beliau mahu menuntut "rights" sebagai pengguna kan? Selalunya beliau akan mulakan bicara dengan sopan.. kalau feedback kurang memuaskan atau kurang ajar.. siap la kau.. :) itu Mazidul. Ni bukan bodek, tapi kenyataan dan pemerhatian. Ambil peluang la mengenali beliau sebelum menuduh belakang ye.

    BalasPadam
  14. ntah2 ..amanda tu org yang bawak pendatang2 masuk malaysia...mana kita tau...

    apa2 pun cara mana pun bro buat dgn org2 mcm tu..sya tetap sokong..

    BalasPadam
  15. pedulikan plastic girl,nuff said. SMTI.

    BalasPadam
  16. Salam..
    dia cuba tackle mazidul tu...Nak tarik perhatian...heheheh

    BalasPadam
  17. i think its just personal opinion. thats y she tweet bout it. its the function of twitter anyway. xperlu pn nk kecoh2 hah. not gaining her respect wont cause any harm pn.

    BalasPadam
  18. buat la macam mana sekalipun..kita tak akan dapat nak memuaskan hati semua pihak..

    apa pun bro..tahniah n syabas atas usaha anda..

    BalasPadam
  19. Salam...SMTI...pernah melalui kejadian sama di restoran nasik kandar...

    Link di sini...
    http://anakhajiamir.blogspot.com/2011/03/breakfast-paling-lawak-di-dunia-di.html

    BalasPadam
  20. sori bro, tak payah siarkan komen saya berkenaan amanda misbun yg saya hantar sebelum ni. tq.

    BalasPadam
  21. fuck off amanda! that mamak should respect us as native Malaysian!!

    BalasPadam
  22. salam mazidul..saya ttp respek awak.awak seorang yg berprinsip.tegas.berani n berperibadi tinggi..sekiranya org yg menghentam awak tu org yg belum tahu untuk menghormati diri sendiri..teruskan dgn cara awak..psl mamak tu kalu sy kt tmpt awk sy jgk akan ckp perkara sama..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.