Khamis, Mei 26, 2011

Pemilik Ladang Kambing Kebal

"Kamu cuba mencuri kambing saya," ujar pemilik haiwan terbabit.

Itu kenyataan berbentuk tuduhan. Setiap tuduhan akan disiasat dan dibuktikan kesahihannya di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang.

Pada masa sama, individu dituduh mencuri kambing juga membuat laporan polis berhubung pemilik kambing didakwa cuba dicurinya.

"Kamu sehingga kini menjual kambing curi. Kandang kambing kamu telah diserbu pihak berkuasa berbeza berulang kali sejak tahun 2003. Kambing kamu berpenyakit dan jika dimakan pembeli, mereka boleh dijangkiti kuman"

Laporan itu bukan dakwaan kerana penjual kambing telah diberkas pihak berkuasa berulang kali dan kandangnya diserbu dan dikompaun lebih 50 kali atas pelbagai kesalahan, antaranya kerana mencuri kambing. Semua rekod terperinci berhubung tangkapan dan serbuan berada di tangan pihak berkuasa.

Antara rekod lampau lain dimilikinya, Seksyen 8, Akta Senjata Berbahaya dan Letupan, Akta Kastam 1976, Seksyen 15(a)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan rekod kes penyeludupan pada tahun 2010.

Dia juga masih dibicarakan di mahkamah berhubung 3 kes memelihara kambing di premis tanpa lesen.

Dalam erti kata lain, untuk menilai satu berita, kita harus membezakan di antara tuduhan dan fakta. Berita dipaparkan sebilangan media juga kadangkala berbentuk one sided, bukan laporan lengkap.

Undang-undang akan membuktikan samada dakwaan dilontarkan benar atau tidak.

Pada masa sama, operasi kandang kambing itu harus diberhentikan terlebih dahulu kerana pemilik berasakan dirinya 'terlalu kebal', masih terus memasarkan kambing curi, hak milik orang lain hingga ke saat ini.

... juga daging kambing sakit, mampu menyebabkan pembeli tua dan muda, jatuh sakit.

13 ulasan:

  1. SMTI ;)

    Jom meriahkan putrajaya, http://mamaabril.blogspot.com/2011/05/1-million-youth-gathering-putrajaya.html

    bersama kita realisasikannya..

    BalasPadam
  2. nampaknya sama jer mcm kes kedai2 jual CD haram / rumah urut / pusat hiburan / kilang tak berlesen. semuanya kebal dan tak heran ngan surat saman yg diterima!

    apa sebenarnya dengan penguatkuasaan kat malaysia ni? tak paham.

    BalasPadam
  3. sy suka ayat 'Dalam erti kata lain, untuk menilai satu berita, kita harus membezakan di antara tuduhan dan fakta. Berita dipaparkan sebilangan media juga kadangkala berbentuk one sided, bukan laporan lengkap.'

    sbb itu merujuk pd media juga..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Pengembala kambing a.k.a. tokey kambing tu satu pekerjaan yg mulia - Rasulullah SAW pun mengembala kambing.

    Parahlah kalau terbukti mencuri kambing! Bab curi kambing & membiar kambing berpenyakit, siap jual lagi ni buat Suami saya naik angin. Pencinta haiwan ternakan & binatang memang angin satu badan dgn org yg perangai kebinatangan.

    BalasPadam
  6. Jangan patah semangat, buat kerja yang baik memang banyak halangan. SMTI

    BalasPadam
  7. ni cam cerita yg berlaku kat tg malim baru2 ni jer.
    kedai menjual video haram depan bank tu.
    nama jalan tersebut ditahun 70an ialah jalan douglas..
    orang lama tau la cerita ni.
    dah berpuloh tahun kedai tu ujud.
    dulu2 hanya jual kaset jer.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.