Selasa, Mei 31, 2011

Siapa Jahat? Hantu Atau Manusia

Zaman dahulu, jika anak kecil berkelakuan terlalu nakal, orang tua berkata ...

"Anak siapalah jahat sangat macam hantu ni?"

Hantu Kopek menurut cerita diperturunkan zaman berzaman, gemar menyembunyikan mangsa di bawah liptan buah dada dikatakan lanjut dan terlalu besar. Hantu Galah kononnya suka menyakat dan menakutkan mangsa dengan mempamerkan fizikal tinggi, besar dan badan berbulu. Manakala Langsuir dilaporkan taksub ketawa mengilai dan menakutkan manusia sambil berterbangan di atas atap rumah diperbuat daripada pohon rembia.

Kita semua tidak pernah mendengar kes hantu terbabit mecedera, merogol, merompak atau membunuh manusia.

Pernah saya dengar kisah hantu mencekik manusia mengakibatkan mangsa sukar bernafas tetapi sekadar itu sahajalah kisahnya, dia tidak membunuh manusia terbabit.

Jika kini semua keluarga hantu berkumpul, mereka barangkali berada dalam ketakutan. .

Datuk hantu mungkin berkata ...

"Kamu semua baik baik. Zaman dahulu, manusia kata, orang jahat macam hantu. Sekarang? Cuba renung dan lihat kembali, manusia membunuh manusia, manusia merogol manusia, manusia menyamun dan merompak manusia, manusia  menyimbah asid kepada manusia, manusia menipu manusia, manusia ...."

Dia kemudian berhenti bercakap buat seketika setelah penat mengulangi perkataan 'manusia'  dan berkata ...

"Kepada semua anak dan cucu hantu, di sini, datuk nak ingatkan, kamu semua jangan jahat macam manusia!"

Boleh jadi, kan?

22 ulasan:

  1. hahaha...lucu plak bila imejin datuk hantu panggil kaum kerabat dia berkumpul sambil bagi nasihat tentang manusia..

    ye lah..kita pun maklum, di bulan Ramadhan, hantu/jin semua di ikat, tapi, amankah Ramadhan kita bila hantu/jin di ikat?..Dalam bulan yang suci itu, masih ada lagi kes..nenek diragut dan di bunuh, kes buang bayi, datuk rogol cucu..dan macam2 lagi..so, tepuk dada, tanya selera..siapa yang jahat sebenarnya..:-)

    BalasPadam
  2. SMTI...manusia jahat yg menyalahkan hantu!!

    BalasPadam
  3. hehehe...sapalah datuk hantu tu, baik punya tazkirah

    elok kluakan kat you tube tu.. biar manusia hantu tengok

    BalasPadam
  4. jgn jahat mcm manusia...huhuhuhuhu...:)

    BalasPadam
  5. Saya dok terbayangkan datuk hantu duduk dikelilingi cucu-cucunya..terbeliak biji mata cucu-cucu mendengarkan betapa ganasnya manusia sekarang...

    mesti cucu-cucu hantu tu, takut nak keluar bermain suka suka hati..

    Ada satu lagi hantu, hantu Kum Kum....

    BalasPadam
  6. Dari sudut sosial;
    elok Datuk antu Tubuh partai "Perhatu", bela nasib Antu2,
    mana tau ada manusia nyamar jadi antu.

    BalasPadam
  7. hahaha one good entry bro.
    setuju sangat. =D
    smti !

    BalasPadam
  8. baiknye atuk tu... bagi peringatan kat anak cucu... ;p

    BalasPadam
  9. Theheheheee... kelakar!

    Datuk hantu sungguh pandai dan handal mengata perkara yang benar lagi logik.

    BalasPadam
  10. Zaman saya dulu, paling popular tentulah Kacang Hantu...!

    BalasPadam
  11. Manusia la paling jahat .
    manusia melakukan kejahatan

    BalasPadam
  12. SMTI ... boleh jadi kan perumpamaan jugak tuh

    BalasPadam
  13. SMTI..

    hikhikhik.. kelakar bila datuk hantu beri nasihat kepada cucu-cucunya..

    BalasPadam
  14. Kelakar tapi sebagai manusia patutnya kita malu bila hantu lebih baik daripada manusia...

    BalasPadam
  15. salam bro,bleh pinjam post ni? nk share kat pesbuk.boleh ehh?!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.