Khamis, Mei 19, 2011

Air Mata Untuk Hana UPDATED

Usiaya baru mencecah 14 tahun namun tindakannya mengejutkan keluarga. Hana Munirah Mohd Rashidi dilapor melarikan diri dari rumah di Puchong, Selangor, 2 hari lalu.

Bimbang berhubung keselamatan Hana, ayah dan ibunya, Mohd Rashidi Jaafar dan Anizah Mohd Isa tampil memohon bantuan 999.

Berikut gambar Hana bersama adik bongsunya.


"Gambar ni dirakamkan pada hari sama dia keluar rumah. Dia memakai t-shirt sama, berwarna putih dan berseluar track suit. Saya risau sebab dia tak bawa kad pengenalan dan duit. Kawan dia berbangsa Cina, sebelum ini pernah melarikan diri tetapi pulang semula ke rumah," ujar Aniza.


Berulang kali Aniza menitiskan air mata sewaktu ditemu bual Hazlin Hussain.


"Saya bimbang, bila tak ada duit, kalau ada lelaki offer, nanti lain pula jadinya. Hana sebelum ini pernah cuba dihubungi lelaki dewasa melalui Facebook, ajak dia keluar. Sekarang ini, bila saya hubungi telefon bimbit, dia tak jawab. Macam mana kalau lelaki sama menelefon dia," tambah Aniza.

Hemat saya, Hana masih mentah, tindakannya melarikan diri, meninggalkan keluarga, dibuat berdasarkan keputusan pemikiran cetek.


Hana (kiri) dan Sally (kanan)

Menurut Mohd Rashidi, datang bertongkat ke Sri Pentas, akibat kecederaan di kaki, laporan polis berhubung kehilangan anaknya telah dibuat di IPD Serdang.


Sekiranya pembaca terserempak dengan Hana, sila hubungi keluarganya melalui talian   012-315 3636 atau 019-292 4711. 

Kisah Hana akan disiarkan di 999 malam ini, jam 9 malam.


Tengah hari tadi saya sempat menghubungi anak sulung, Muhamad Afif Faiq.

"Afif jangan lari dari rumah tahu," ujar saya.

Dia mendiamkan diri, barangkali keliru dengan kenyataan saya.

"Kalau lari dari rumah, rugi, nanti siapa nak bagi makan, sebab abang kuat makan," tambah saya.

Dia tertawa.

19 Mei, hari ulang tahun kelahirannya ke 13. Saya juga dilahirkan pada tarikh sama, cuba bulan berbeza. 

Afif, usianya kecil tetapi tubuhnya tidak.


Happy birthday Afif! 

Kemas kini 

Lokasi Hana berada telah dikenal pasti dan rakan remaja terbabit dilaporkan telah pergi ke IPD Sepang.

Ibunya dihubungi 999 malam tadi, meminta rakaman temu bual tidak disiarkan di 999.

Terima kasih.

22 ulasan:

  1. Suka ayat "Kalau lari dari rumah, rugi, nanti siapa nak bagi makan, sebab abang kuat makan," ..


    Selamat ulangtahun Afiff...!!!

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir buat Afiff..

    ingat jangan lari dari rumah sebab..
    "Kalau lari dari rumah, rugi, nanti siapa nak bagi makan, sebab abang kuat makan," ;)

    BalasPadam
  3. Saya baru baca kisah Hanna ni kat paper tadi.

    Dia lari ikut kawannnya tu yang nama Sally tu kan? Sally tu pula ada rekod beberapa kali lari dari rumah, malah saat ini Sally tu pun turut hilang.

    Pengaruh kawan, atau memang sudah lama rancang?

    Aduhhh remaja hari ini. Berdebar dada seorang ibu seperti saya.

    BalasPadam
  4. budak-budak sekarang berani tak bertempat..kesian pula kat mak bapak..


    happy birthday afif..birthday nya sama dengan ayah saya :)

    BalasPadam
  5. Risaunya...

    Sayapun punyai anak gadis dan cukup bimbang kalau dia berfikiran singkat & terpengaruh dgn anasir2 yg tdk baik.

    Buat Ibu & Bapa Hana cubalah spt berikut :-
    (1) Lakukan solat sunat 2 rakaat, kemudian bacalah Surah Al-Qashash (ayat 85) sebanyak 119 kali selama 40 hari berturut-turut.
    InsyaAllah permata hati yg melarikan diri akan kembali.

    Petikan : Merawat Kehidupan dgn Ayat-ayat Al-Quran.

    Buat Adik Afif "Selamat Hari Jadi". Dengar cakap Auntie Liza ni : Afif tak dapat apa2 kalau melarikan diri dari rumah. Auntie nampak dgn mata kepala sendiri betapa kasih, sayang & cintanya Ibu & Bapa kpd Afif. Di luar sana, kasih, sayang & cinta perlu dibeli dgn ringgit & sen, namun Afif memperolehinya dgn percuma seumur hidup. Apa lagi yg dicari Nak...?

    BalasPadam
  6. Selamat Hari lahir Afif. Jangan lari dari rumah ya...Sama juga pesanan makcik pada anak-anak makcik. Anak-anak mama suka makan. kalau keluar dari rumah, tak ada orang nak bagi anak-anak makan seperti apa yang mama bagi.

    BalasPadam
  7. selamat hari lahir buat Afif.. moga jadi anak yg baik dan berjaya dalam pelajaran

    mungkin pengaruh Sally juga tu sebab sally dah ada pengalaman lari dari rumah

    moga Hana menemui jalan pulang semula

    BalasPadam
  8. Meloreyta, yes I did.

    Baca di hujung entry.

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Afif - jadilah anak yang baik buat ayah dan ibu, ya? :)

    BalasPadam
  10. risau nya anak2 zaman sekarang...

    yang kecil, risau bila tinggalkan di taska...yang besar, risau kalau2 dilarikan orang...hurmmm

    Ya Allah...dugaan apakah ini?

    BalasPadam
  11. Takutnya cabaran membesarkan anak-anak zaman sekarang. Para ibu bapa, paksa anak-anak baca akhbar yg mengisahkan tentang pelarian. Biar mereka tahu, payahnya bila mereka mengambil keputusan mengikut rasa hati sendiri.

    BalasPadam
  12. SMTI... he3

    Buat Afif... jgn lari drpd rumah yer. Nanti malam2 tidur kesejukan, takde selimut takde katil. Nak makan apa nanti, kalau kat rumah ibu boleh masakkan yang sedap2. Sekolah pun tak boleh pergi, maknanya takde la jugak duit saku. He3... anyway... eppy belated beday Afif!

    BalasPadam
  13. Jadi, pantaulah anak2 anda..kenalilah kawan2nya dan aktiviti luarnya..

    selamat harijadi afif...semoaga jadi anak yang soleh...

    BalasPadam
  14. SMTI :)

    Zaman sekarang remaja panjang akal. Kalau untuk benda positif takpa, ni untuk benda negatif jugak depa tuju.

    BalasPadam
  15. lari dari rumah satu hal.. yang hilang lagi satu hal. makin hari makin banyak kes macam ni..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.