Khamis, Mei 05, 2011

Romance Scam (Updated)

Saya menerima emel berikut.

'Salam Mazidul.

Saya rasa gembira apabila mendapati dalam laporan 999 dua minggu kebelakangan ini mewar-warkan berita penangkapan warga Afrika, khususnya dari Nigeria yang semakin menjadi-jadi penipuannya.

Saya tertarik terhadap kes ini kerana saya telah lama mengikutinya,  erana hampir jadi mangsa malah sering melayari internet untuk mengetahui taktik terbaru mereka. Namun apa yang menjadi keutamaan saya adalah untuk memberi makluman kepada warga wanita Malaysia bagaimana untuk mengesan Mugu, gelaran untuk scammers dari Afrika ini. 

Sebenarnya modus operandi mereka sangat mudah dikesan i.e: cerita mereka hampir sama. Contohnya, isteri sudah meninggal dunia, kerja engineer, ada anak (watak yang digunakan untuk meminta bantuan) dan paling nyata, bentuk tatabahasa Inggerisnya. Misalnya, mereka suka guna 'am' contoh: 'am an engineer, am 40 years old, am single/divorced/widower (alasan untuk tatabahasa teruk, kononnya mereka dibesarkan dil uar negara/ibu atau bapa adalah rakyat asing) Mereka juga biasanya tidak suka  menggunakan   capitalization contoh: i worked in kl. Mereka juga cepat guna perkataan honey, sweetheart, baby, sweet etc kerana mereka biasanya menipu ramai wanita serentak dan tidak dapat 'to keep track' siapa yang ditipu itu. Saya juga suka mengesan scammer dengan menggunakan IP tracker! Paling mudah ialah jika email itu guna website yahoo.

Jika saudara Mazidul melayari website www.romancescam.com saudara tentu dapat  melihat betapa teruknya nama negara kita dikaitkan dengan romance scammers ini sedangkan yang melakukannya kebanyakannya bukan rakyat negara ini. Sedih, geram, malu dan bengang saya dibuatnya.

Akhir kata, thanks for all the good work and keep it up!

Pepe'

Terima kasih kepada pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil  Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kerana sudi bekerjasama dengan 999.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada semua kru saya, bertugas tanpa perasaan takut dan jemu, membantu pihak polis membongkar kes penipuan warga asing di negara kita.

Berkebetulan pada masa sama, saya menerima emel dihantar individu mendakwa bernama Laila Mohd Faisal, kononnya dia kini menetap di United Kingdom. Bertujuan melihat rentetan kaedah penipuan in progress, saya paparkan setiap emel diterima berserta respon saya kepadanya.

Bak kata pepatah Inggeris, it needs a thief to catch a thief.

Baca, bermula di sini.

7 ulasan:

  1. patut jangan di bagi masuk geng pak hitam ni.. menyampah nengok kat kawasan ampang..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Bro,

    Masalah ..impact drpd permasalahan yang lebih besar. Warga Asing ~ bukan pelancong!

    Kenapa?

    Selfish/tamak: kita lebih mengutamakan keuntungan daripada keselamatan dan masa depan generasi akan datang. Kita abaikan pembangunan dan kematangan sosial.

    Kita lebih suka mengambil jalan mudah. "Tiada rakyat tempatan mahu bekerja." - "..as long as we survive!"

    Di mana rakyat Malaysia?

    Masih mengejar Wawasan 2020? Technology? Robotics? Aerospace? Biotech? Itu dulu. Time seseorang mengimpikan majority rakyat Malaysia menjadi tenaga pakar berkemahiran tinggi handling automated production machines. Pekerja asing hanyalah tenaga pakar (bukan buruh) datang ke negara ini, membolehkan kita belajar dari pengetahuan mereka.

    Kestabilan ekonomi cuma akan terjadi sekiranya kitaran wang dalam negara flows smoothly. Dari sini, pembangunan boleh dijalankan melalui budget/estimation yang lebih accurate.

    "Belilah barangan buatan Malaysia" (buatan pekerja asing).

    Apa dah jadi?

    Jadilah macam nie.. warga asing yang ntah sape2 (bukan pelancong) bebas menggunakan segala apa yang ada, membuat onar dinegara ini.

    Mereka bukan pelancong!

    Sekiranya saya mempunyai banyak kuasa, setiap warga asing (bukan pelancong/tenaga pakar) akan dihalau pulang (at their own cost). Pengambilan tenaga asing (bukan pakar) akan dimansuhkan 100%. Industri yang tidak mampu survive tanpa pekerja asing, gagal mencari alternative dan menjejaskan aliran tunai dalam negara akan dibungkus.

    For now, saya mempunyai hanya sedikit kuasa - Kuasa beli. eg: minimizing all usage of local/foreign products/services that using foreign workers - walaupun kedai makan... hey, I'm still alive!

    Kita kekurangan tenaga pakar, kita kekurangan tenaga buruh - sebenarnya, kita kekurangan industri yang bersesuaian dengan human resource yang kita ada (ruj atas: "budget/estimation yang lebih accurate")

    Adakah pihak berkuasa tidak ada kuasa memeriksa warga asing (bukan pelancong)? Asal nampak je, terus check (kecuali pelancong yang dalam bas pelancong).

    "Mereka hanya mencari rezeki.." - Walaupun dengan cara menipu/memalsukan dokumen perjalanan/tukar nama atas sebab kesalahan lampau. Adakah kita mampu memalsukan document hanya untuk bekerja dinegara luar? Siapakah kenalan mereka? Kawan kita mencerminkan diri kita.

    "Tapi.. mereka beragama Islam!" - Pencuri, perompak, penipu, perogol rakyat negara ini juga ada yang beragama Islam.

    BalasPadam
  3. Bro Mazidul..cuba pula bongkar kes penipuan di email2 yang mendakwa mereka individu wanita melayu menetap di luar negara dan mencari rakan kongsi atau orang tengah untuk memasarkan konon produk baru ke malaysia. Projek yang ditawarkan kadang2 termasuk research, MOU, batu permata dll yang bernilai million dolar.

    Saya selalu menerima email sebegini. Termasuk email2 scam bank2 tempatan. Siapakah dalang semua penipuan cyber ini, apakah hackers tempatan atau juga mat gelap??

    Terima kasih provide ruang untuk bersama berkongsi maklumat dan membanteras jenayah :)

    BalasPadam
  4. Lanun sedang melayan seorang PENIPU bernama LAILA MOHD FAISAL di email lanun yang dia mengatakan akan datang malaysia dan bla bla. memang ayat dia baby lar, love lar, dear lar, macam macam lari

    lanun saja layan dia, nak tengok apa lar ayat dia yang seterusnya, memang ayat dia nampak sangat penipu, tapi takpa.. lanun cuba lagi..tengok apa reaksi dia..

    nak tahu rentetan kisah email tu boleh blog lanun..


    Part 1Laila Mohd Faisal Perangkap Mangsa Melalui Email


    Part 2 : Laila Mohd Faisal Perangkap Mangsa Melalui Email Part 2

    BalasPadam
  5. Bro - Part kerja sebagai 'Engineer' tu yang lemah tu, merosakkan kredibility sesetengah Jurutera asli. koh koh koh

    BalasPadam
  6. Pemblog sebaiknya sering menguar-uarkan si Mugu ini; kerjaya mereka ini sejak berzaman masih terusan aktif.

    Saya juga tidak terkecuali menerima e-mel si Mugu ini; terbaru tidak hanya dari kalangan orang Afrika tetapi dari negara lain seperti Hong Kong.

    Fikirkan satu saja; ingat senang-senang ke.. orang nak kasi berjuta RM kepada orang yang tidak dikenali. Kita nak pinjam duit dengan Along pun silap-silap kena belasah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.