Kita kerap dihubungi kenalan menggunakan telefon bimbit.
Ada waktunya, keadaan semasa tidak membenarkan kita berborak panjang, lalu kita berkata ...
"Maaf, ada hal sedikit, selepas ini saya call balik"
Hanya lebih kurang 5 saat diperlukan untuk mengungkapkan ayat itu. Sebaik selesai kerja, kenalan terbabit kita hubungi seperti dijanjikan.
Malangnya, bukan semua tergolong di dalam 'kita' di atas. Sebilangan individu lebih cenderung bertindak mematikan bunyi deringan telefon bimbit, biarpun dihubungi berulang kali.
Apa salahnya, hantarkan SMS paling ringkas ...
"Will call back".
Berharga 10 atau 15 sen sahaja.
Apa salahnya, hantarkan SMS paling ringkas ...
"Will call back".
Berharga 10 atau 15 sen sahaja.
Tidak salah jika pemanggil dimaklumkan, kita sibuk, agar dia memahami situasi sebenar. Lebih tidak molek, janji tidak dipenuhi. Pemanggil langsung tidak ditelefon selepas kerja disempurnakan.
Barangkali majoriti pembaca menganggap isu ini remeh. Apapun, hemat saya, tindakan kita untuk menjawab atau tidak menjawab panggilan telefon secara profesional, sedikit sebanyak menggambarkan sikap kita.
Lazimnya, kenalan tidak menghubungi kita semata-mata untuk berborak kosong. Majoriti mereka mempunyai tujuan tersendiri samada untuk meminta bantuan atau membantu kita.
Bayangkan, jika kita dihubungi berulang kali tanpa jawaban, kenalan barangkali beranggapan, dia tidak penting kecuali jika kita benar-benar tidak berpeluang untuk menjawab panggilannya.
Berikut antara kenyataan klise biasa kita dengar.
"Sorry, telefon tertinggal di dalam kereta"
"Sorry, telefon tertinggal di rumah, bergegas pagi tadi masa nak pergi kerja"
"Maaf, tengah mandi tadi"
"Tadi masa awak call, saya tengah driving"
Hanya kita tahu samada kenyataan terbabit disebut secara jujur atau sebaliknya.
Jika ingin menduga status kepentingan kita sebagai kenalan, kawan atau sahabat, enteng.
Andai terserempak kenalan, tanpa kehadiran kita berhampirannya diketahui, hubungi dia sekaligus perhatikan reaksinya.
'Warna' sebenar kenalan itu akan terpapar di hadapan mata.
Usah terkejut jika jawabannya, "Call balik, aku tengah busy ni".
Walhal dia sedang duduk minum kopi bersendirian.
Cubalah.
salam abg mazidul..biasanya kalau dlm meeting org tgh berdiskussi kebiasaanya saya takkan menjawab tp lebih senang dgn bersms sahaja sbb kalau hal penting dlm bersms saya masih lg boleh menjawab jika ada masalah dan pada masa yang sama beri tumpuan pada diskussi atau mesyuarat
BalasPadamSMTI
BalasPadam:) nak try
BalasPadamSmti
BalasPadamTerima kasih The Red Rambutan, sudi menelefon biarpun duduk di menara tinggi
BalasPadamSy bekerja di bahagian food & beverage service, adakalanya memang betol2 tak berkesempatan mengangkat telefon walaupun terasa "vibrate" kerana handphone terletak di dalam poket..selalunya sy call balik bila keadaan dah reda.
BalasPadamBg sy, jangan telefon org bertubi-tubi..ada sesetengah org,bila bekerja,telefon bimbit tidak dibenarkan penggunaannya. Bertubi-tubi maksud sy, call secara terus menerus..selang beberapa saat,call lagi..2,3 saat call lagi.. Yang ni agak no manners jugak. Lebih elok call selang 15 minit mungkin, kalau org dah tak angkat, cuma ada 3 kemungkinan...
1. handphone tak berada bersamanya. Cth : Tgh mandi, bersenam di gym,handphone kat dlm rumah tp dirinya berada di luar tgh siram bunga.. ya,ini jawapan klise tp mmg ada yg betul berlaku terutamanya yg tgh mandi tu.
2. handphone berada bersamanya,tp panggilan tak dijawab sbb keadaan tak mengizinkan. cth : kat stesen minyak.
3. memang tak nak jawab telefon,tak sudi,tak ingin. hehe.
Bagi sy sendiri, sy cuma akan call seseorg jika ada sesuatu yg penting,betul kata mazidul,jarang kita call org hanya utk berborak semata. bg pasangan bercinta atau budak2 belasan tahun,mungkin ya lah kot. Tapi secara profesional, kita patut fikir, ada kemungkinan emergency ke apa,ini penting.
sy selalunya call,tak lebih dari 3 kali. kalau tuan punya badan tak jawab,sy sekadar sms & nyatakan tujuan call secara ringkas.
memang bengang jugak,kalau org tu takde respon yang sepatutnya. bila ditanya .."Owhh sorry waktu tu aku takde kredit" ...jawapan klise lg satu,sedangkan peristiwa tu dah berlalu hampir 2 minggu... 2 minggu takde kredit ye,tak logik jugak...langsung takde inisiatif nak hubungi/tanya kita balik ke sedangkan selalu je bertegur dalam facebook cthnya... ragam manusia..
Salam Dari Miri,Sarawak.
-Aishah Saadi.
SMTI
BalasPadamSMTI...
BalasPadamBro, sama-sam a. Next time Kota cakap banyaaaaaaaak-banyakkkkkkkkk!
BalasPadamPokoknya kita perlu jujur dengan diri kita sendiri sebelum jujur dengan orang lain..
BalasPadamSMTI,
BalasPadambelum pernah lagi la hantar sms cakap tengah sibuk sedangkan tengah seronok layan blog..
tapi ayat2 contoh tu memang selalu sy buat.. dan memang sejujurnya itu la yang berlaku..
smti
BalasPadambetul tu..manusia pelbgai ragam..
BalasPadamSMTI..
BalasPadammungkin dia dah jemu, tak tau cara nak cakap dengan kita.. 'kau jangan call @ msg aku lagi lepas ni'.. itu yang dia buat cara cenggitu.. pelbagai alasan digunakan..
psstt: saya takdelah buat macam tu.. kalau ada miss call saya tak perasan saya akan call balik.. at least pemanggil akan rasa dihargai.. ;)
mungkin dia busy melayan perasaan...
BalasPadamada jugak yang malas nak layan kita
ada juga yang bila nampak no. phone kita terus tengok dan biarkan jer berdering..walhal kita ada perkara penting nak dicakapkan....
SMTI
BalasPadamhahaha..nak try saranan yg last tu...
BalasPadamSaya Membaca Tampalan Ini.. Ini benar-benar terjadi dalam realiti kehidupan sebenar.. Hmm
BalasPadamBerapa kerat orang nak call saya? hehehehe
BalasPadamTapi jarang saya tak jawab kecuali dlm meeting. Pastu sure akan call/sms balik.
Ada orang remeh saja, tapi tanpa sedar ada orang terluka dengan perlakuan kita. Jangan ambil mudah.
SMTI
BalasPadamye x ye kan? nk cube nih! hehe
BalasPadam~ticesu.com~
SMTI :)
BalasPadamSMTI
BalasPadampada pendapat saya, jika orang yang kita hubungi itu tidak menjawab panggilah, hantar sahaja SMS selepas itu menyatakan mengapa kita menghubunginya... selepas beberapa minit, jika tiada jawapan juga, hubungi kembali kerana mungkin dia tidak sedar kita menghubunginya...
BalasPadamSaya pernah terbaca adap menjawab telefon : Sesudah 3x Hello ataupun salam kita terhadap si pemanggil yang menelefon kita tetapi tiada respon daripadanya, maka hentikanlah/off kan telefon anda.
BalasPadamAte, kalau kita mendail seseorang ttp tidak berjawab, saya rasa cukuplah 3x cubaan mendail. Lebih baik sms bagitau tujuan kita. Contoh : Assalam, saya ada hal nak tanya/bagitau tp nak dengo suara awak juga, pukul berapa elok saya call awak ni?