Sabtu, Mei 28, 2011

Ilmu Penggerun Harimau Kasanova

"Bang, dia ni di Penang sahaja, ada 25 kes. Modus operandi, sama, pikat perempuan dan kikis duit depa," ujar kenalan dari Pulau Pinang.

Saya terus mendengar penjelasannya melalui telefon bimbit itu.

"Kalaulah kata ada 20 orang tengah marah sangat dan kemudian nak pukul dia tetapi bila jumpa saja, terus hilang marah dan balik macam tu saja," sambungnya lagi.

Itu antara maklumat berhubung suspek, berusia 27 tahun dimaklumkan kepada saya. Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu kini berada di Lembah Klang dan setakat ini telah memperdaya 3 gadis. 2 antara mereka sanggup menyerahkan kereta dan wang tunai lebih RM20,000.

Laporan polis berhubung kegiatan suspek, anak doktor terbabit pernah juga dibuat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Malangnya, laporan itu ditarik kembali keluarga mangsa berusia 17 tahun.

"Dia kerja tidak menentu. Dulu kerja di Mc Donald tetapi jenis tak boleh pakai punya. Masa nak pikat anak saya, dia bawa kereta, belikan anak saya laptop, handphone. Kereta tu rupanya milik mangsa sebelum anak saya. Handphone dan laptop dah jual dah," ujar bapa mangsa.

Saya terfikir, pada usia 17 tahun, mangsa terakhirnya bukan berharta. Dia pelajar bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia. 

Difahamkan, sejak mengenali suspek kira-kira 6 bulan lalu, mangsa dikatakan menjadi semakin degil, sering membantah arahan ibu dan ayah.  Dia juga mula ponteng sekolah dan tidak balik ke rumah pada waktu malam.

Gadis bertubuh kecil itu dilaporkan pernah dipertemukan dengan 2 mangsa sebelumnya termasuk anggota polis wanita berpangkat Kopral.

"Masa tu, dia orang bertiga bersama mengalirkan air mata sebab sedar kena tipu dek suspek tetapi beberapa hari kemudian, dia masih terus menghubungi lelaki terbabit," kata ayahnya.

Jam 12 malam tadi, kenalan berkata ...

"Dia disyaki mempunyai ilmu pengerun harimau dan dituntut sekali dengan ilmu pukau. Kalau suspek ditangkap, kita lemahkan ilmu dia dan pulihkan mangsa. InsyaAllah dengan izin Allah, itu saya boleh buatkan," katanya.

Biarpun masih muda, kenalan saya itu sebelum ini banyak kali membantu memulihkan antara mereka mangsa kerasukan dan kes ganjil lain secara tradisional.

Apapun, kepada pembaca blog ini, khususnya gadis bujang, berhati-hati dengan lelaki kasanova bernama DxNx.

14 ulasan:

  1. Bukan susah sangat! Jumpa orang mcm ni tarik roh dia keluar dari badan! Kita tgk mana kuat...petua atau ilmu!

    BalasPadam
  2. Hukuman sewajar, jgn bagi pesalah senyum..siapakah agaknya yang sudi jadi penjaminnya

    BalasPadam
  3. rasulullah berkata dalam hadisnya bermaksud"diakhir zaman nanti akan terjadi sihir yang lebih hebat dari zaman Nabi Alah Musa"

    kita kongsi sedikit ayat pendinding dan penggerak yg Nabi suruh amal.."Bismillahillazi la ya dhurru,maasmihi shaiunfilardhiwalafissamakkk.wahuwassamiul alim"
    boleh amal kan 3 kali sebelum matahari naik dan sebelom matahari turun...

    BalasPadam
  4. Ala Bro, kasitau je la nama betul dia. Watpe nak sorok2. DxNx tu boleh jadi Dani, Dino, Dana, Dini (tak logik cam nama pempuan), Dunu, Dene, Dena, Dane, and the list goes on.

    BalasPadam
  5. Knowlee, undang-undang tetap undang-undang, saya tidak dapat mendedahkan nama penuhnya kerana dia masih tidak dibuktikan bersalah di mahkamah.

    Tetapi, semua nama awak catatkan tidak tepat.

    Hint, nama macam orang putih lah Sis!

    BalasPadam
  6. Semoga kita terhindar daripada panahan 'ilmu'nya... Allah jua yg lebih berkuasa.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.