Selasa, Mei 03, 2011

Jika Semua Buruh Bercuti Pada Hari Buruh

Menurut Kamus Dewan Bahasa, perkataan 'buruh' bererti orang bekerja dengan mendapat upah. 

Majoriti kita bekerja dan dibayar, kita buruh.

Semalam 1 Mei, Hari Buruh, hari cuti umum untuk semua pekerja.

Namun hakikatnya tidak begitu. Pasar raya beroperasi, maksudnya pekerja tidak bercuti. Sebilangan pusat hiburan juga dibuka, kakitangan bertugas. 

Semalam, kru saya juga membuat liputan di Pulau Pinang.

Bayangkan, Ah Seng berdiri terpinga-pinga di hadapan balai polis, pintu masuk utama berkunci.

"Hari Buruh, balai tutup," kata orang lalu-lalang.

Pada masa sama, Ramasamy duduk di bangku menunggu bas di stesyen berhampiran rumah.

"Hari ini bas tak ada, driver cuti Hari Buruh," jelas orang ramai.

Ali pula sejak awal pagi menunggu di gerai Maniam untuk membeli akhbar.

"Maniam tak buka gerai, surat khabar tak ada hari ini, Hari Buruh," ujar orang ramai.

Kejadian itu hanya sebilangan daripada kekalutan dijangka berlaku.

Lazimnya saya menulis mengenai isu santai dan serius. Kali ini, jom kita bermain dengan imaginasi.

Jika semua buruh bercuti pada Hari Buruh ...

(Kita tengok komen siapa paling kelakar atau menggambarkan situasi teramat kritikal)

19 ulasan:

  1. ...Aik pintu dikunci, macam mana nak melabur? Ahh, ditepi ni pun boleh, tak tahannm...

    BalasPadam
  2. Bagaimana pula kalau semua kakitangan perubatan turut bercuti? Boleh agaknya kata 'jangan bersalin dulu, tunggu esok' atau mangsa kemalangan juga disuruh bersabar.... ;-)

    BalasPadam
  3. Bila buka TV semua channel tulis "Selamat Hari Buruh" start am 00:01 smpi ke jam 23:59 buka radio pun senyap jer.. arghhh!!

    BalasPadam
  4. Ini macam boss2 management ler kena turun padang sebab diorang kena ganti buruh2 sekalian buat kerja semantara.. Sebab hari cuti khas untuk buruh2 aje, bukan untuk boss2 hehe :)

    BalasPadam
  5. minta kebakaran padam sendiri kerana bomba bercuti.....

    BalasPadam
  6. ... maka tol pun tak kutip duit pada hari tersebut sbb pekerja tol semuanya cuti! (kan best kalau diaorg betul2 cuti. heuuu~)

    BalasPadam
  7. Untuk semua pekerja saya (pemandu dan crew lori kompaktor) yang ditugaskan mengutip sampah dari tong-tong sampah dirumah tuan/puan, hanya cuti hari Ahad sahaja yang mereka kenal. Selain hari Ahad tiada cuti buat mereka walaupun hari raya. Begitulah kerja kami memastikan kebersihan terjaga namun tuan puan rumah kebanyakkannya memandang sinis kepada mereka. Bahkan ada yg anggap mereka bagai sampah.

    BalasPadam
  8. yang penting hari buruh patut pekerja jaga TOL cuti
    save duit ...hahhahaha

    BalasPadam
  9. Kenderaan tersangkut dalam highway.. sbb pekerja tol semua bercuti.. haha..

    BalasPadam
  10. salam. abg mazidul, tak coti ke? kongsi belakang bangunan tu penuh orang...buruh kontrak pun coti..

    BalasPadam
  11. masa ni la nak tengok bos-bos besar turun padang...semua kerja kena buat sendiri...

    BalasPadam
  12. pencuri perompak pon akan cuti jugak, sebab Hari Buruh.. hehe

    BalasPadam
  13. hari ni hari buruh,maaf TOL PLUS tutup.tak beroperasi..sila gunakan jalan alternatif...time kasih.

    BalasPadam
  14. Ha! Ha! Ha! Saya pun berharap semua pekerja plaza tol bercuti.

    Tetapi palang kena angkatlah.

    BalasPadam
  15. oklah ada cuti, tanda ingat kat kita pekerja ... kalau takde lagi haru...takde orang ingat sama kita. Kerja-kerja-kerja.

    BalasPadam
  16. alamatnya arwah kena gali kubur sndiri la..

    BalasPadam
  17. 1hb Mei..bersamaan hari buruh..saya dilahirkan..tiap kali besday saya..suma buruh cuti... :)

    BalasPadam
  18. kalau buruh tu pilot.... jam 11:59pm 30/4, bw flight atas awan. jam 12.00 am 1/5 hari buruh... terus masuk tido kat kokpit blkg, FLIGHT TERHEMPAS...

    kalau warden penjara, ramai banduan akan kuar outing pd 1/5 sbb warden cuti hari buruh...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.