Hidup Lombok! Hidup Lombok! Hidup Lombok!
Barangkali begitu bunyi teriakan warga Lombok, Indonesia, setakat ini berjaya memujuk sekaligus memperdaya ramai wanita Malaysia untuk mengikut mereka pulang ke negara asal.
Sedang kisah sebilangan wanita dan lelaki Malaysia ditipu menggunakan medium internet mengakibatkan kerugian mencecah 1 bilion ringgit giat dibongkar 999 dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kes wanita diperdaya warga Lombok pula bagai tidak bernoktah.
Beza ketara, wang ratusan ribu ringgit diserahkan wanita Malaysia kepada warga Nigeria manakala jiwa dan raga mereka gadaikan untuk lelaki Lombok.
Terbaru, wanita berusia 51 tahun dilapor menyerahkan secara berperingkat RM70,000 kepada suspek lelaki Nigeria mendakwa berkhidmat dengan Petronas. Mangsa, menyedari tertipu telah membuat laporan polis pada petang 3 Mei lalu.
Jam 5 pagi, hari sama, janda beranak tiga, Harlizah Ibrahim, 36 tahun, berasal dari Terengganu selamat pulang ke Malaysia setelah lebih 2 tahun menderita tinggal bersama suaminya, lelaki Lombok.
Harlizah mendakwa dipujuk lelaki terbabit untuk melarikan diri ke Indonesia sebelum mengahwininya. Dia kembali ke tanah air bersama anak berusia 13 bulan, hasil perkongsian hidup dengan lelaki Lombok terbabit.
"Kepada gadis bercinta dengan lelaki warga asing, elok hentikan kerana banyak susahnya, saya telah tempuh"
Begitu lebih kurang kenyataan Harlizah disiarkan Buletin Utama TV3 malam semalam.
Menggunakan sebelah mata sekalipun saya mampu menulis ringkasan skrip kehidupan wanita pernah melarikan diri bersama lelaki Lombok.
Mereka bertemu di Malaysia, gadis atau wanita tempatan terbabit jatuh cinta berikutan pujuk rayu lelaki Lombok dan kemudian bersama melintasi sempadan negara untuk pulang ke kampung kelahiran pasangan mereka. Tidak lama menetap di negara asing, mangsa kemudian menyedari kehidupan ditempuh tidak semanis dijanjikan pasangan sebelumnya. Miskin, hidup melarat dan terpaksa membanting tulang empat kerat untuk menyara kehidupan di Indonesia. Terseksa, mereka akhirnya membuat keputusan cuba pulang ke tanahair. Sebilangan berjaya manakala segelintir lagi dipercayai tidak.
Terkini, ibu dan ayah Azhlina Azmi, 23 tahun di Machang, Kelantan merayu anak mereka dibawa pulang ke Malaysia. Azhlina, bekas pekerja kilang papan di Padang Tengku, Pahang didakwa dilarikan lelaki Lombok, Salleh, kini dipercayai menetap di Desa Kebun Agung Rantau Pulung, Balik Papan, Kalimantan Timur sejak 3 tahun lalu.
Salleh, pekerja kilang sama manakala Azhlina, akauntan.
Ya, dia akauntan.
Salleh kini dikatakan bekerja di ladang kelapa sawit dengan pendapatan harian RM15 dan Azhlina kini bergelar ibu, bertugas sebagai pengasuh kanak-kanak.
Kalau dilihat, ramai warga Indonesia berhijrah ke negara ini berkhidmat sebagai pengasuh anak warga tempatan tetapi senario dialami Azhlina sebaliknya.
Saya melihat kekuatan daya pujuk warga Nigeria dan Lombok hampir sama. Bezanya, lelaki Nigeria hanya berminat mengikis wang wanita tempatan kesunyian. Lelaki Lombok pula mengheret wanita Malaysia ke negara mereka dan kemudian dihidangkan dengan kehidupan daif.
Ringkasnya, warga asing terbabit berjaya mengumpan sekaligus menipu wanita tempatan hanya menggunakan kata-kata manis.
Tiada modal lain kecuali air liur.
Syabas!
Syabas!
Jika kita amati, kes penipuan terbabit berlaku berulang kali. Terfikir, tidakkah mangsa terbabit pernah terbaca di akhbar berhubung bahana menimpa mangsa sebelum mereka? Jika tidak berpeluang membaca akhbar sekalipun, tidakkah mereka pernah mendapat perkhabaran berhubung tipu helah warga asing terbabit melalui paparan berita televisyen?
Mustahil tidak pernah.
... jadi mengapakah kes terbabit masih terus berlaku?
kerana CINTA mereka alpa...
BalasPadamkerana CINTA mereka menderita...
minta izin copy artikel ye encik mazidul...
BalasPadambila kewarasan dibenam perasaan inilah jadinya.
BalasPadam... jadi mengapakah kes terbabit masih terus berlaku?
BalasPadamNAFSU.. kononnya bila dilamun cinta.. yg gelap jadi cerah.. yg buruk jadi cantik.. yg susah jadi senang.. KONONnya..
Bila ditempuh sendiri.. MENYESAL.. merayu-rayu nak balik..
Semoga yang dah terkena tu sedar bebetul.. dan yg belum kena tu ambil iktibar..
aiseymen, saya baca tajuk pun dah loya rasanya... masalah jugak ni, warga tempatan ramai, pilih warga asing kaki penipu, lepas tu dah ada masalah, menyusahkan keluarga pulak.
BalasPadamharap ada modul di PLKN nanti untuk menghadapi gejala ini.
BalasPadamcinta itu kn buta, tp kadang2 dlm kes2 mcmni kite yg membutakan mata n hati kerana cinta...
BalasPadamterlalu mengikutkan hati sampai lupa utk berfikir ngn waras...
wanita memang mudah menyerah atas nama cinta, jiwa lembut senang tersentuh
BalasPadamtapi tulah, kenalah berjaga2. jangan biarkan emosi mengaburi logik akal.
terlalu ikutkan perasaan... lupa keluarga dan lupa Tuhan..
BalasPadamterlalu ikutkan perasaan... lupa keluarga dan lupa Tuhan..
BalasPadamKlu kita tetap berpegang kepada kekuatan agama, InsyaAllah kita selamat. Jangan putus berdoa kepada Allah supaya kita sentiasa membuat keputusan terbaik buat diri sendiri dan menyenangkan orang keliling kita.
BalasPadamKuatkanlah hati, jangan layan perasaan bila dititipkan kata2 manis warga asing. CINTA bkn segalanya. Bukalah mata, tengok dunia realiti!
Semoga Allah melindungi kita semua daripada sebarang kesulitan dan bencana yang tidak diingini.
Bro Dul - Ada jugak lelaki Melayu yang bawak lari anak orang dari Vietnam, Burma dan Thailand. Tapi mereka semua hidup senang di sini. Tinggal di condo dan appartment. Ada Internet, siap ada orang gaji dari negara mereka, ada Netbook,iPhone,iPad dan broadband.
BalasPadamAda smartphone boleh call mak ayah mereka di kampung bila bila masa.
Balik kampung 3 bulan sekali atau sebulan sekali, dari KLIA atau LCCT. Siap boleh buat bisness kain baju dam batu permata di KL.
Sebabnya ialah perempuan Melayu mula mula dulu tak pandang orang Melayu sendiri.
Koh koh koh
tu yang i tak faham
BalasPadampadahal dah byk kali isu mcm ni diwarwarkan di akhbar tapi masih ada lagi yang boleh tertipu
eeeh kalau datang sini pun kerja kuli kat ladang kelapa sawit,tak kan kat negara asal anak orang kaya?? fikirlah kat situ..... umpama mcm si raul suami Kris dayanti tu, nak ke dia datang malaysia kerja jadi kuli kalau dah kat timor leste tu dia udah bergelar jutawan???
Cinta itu buta.
BalasPadamNasi lemakbuah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak, buang saudara
kerana kekasih hamba turutkan.
Tahun 2012, tahun melawat Lombok. Bolehlah melawat beramai-ramai.
mari undi di sini http://mari-mengundi.blogspot.com
BalasPadamassalamualaikum saudara
BalasPadamsebagai ibu awal 30-an, walaupun anak masih kecil, hati ini tetap risau bila mendengar, melihat atau membantu anak2 gadis yang dilamun asmara,tak kiralah dengan siapa anak gadis itu mengaku sedang menjalin cinta dhn mana2 jejaka.
dalam konteks tajuk saudara ni, mana2 ibubapa pasti risau bila anak2 gadis mereka dilarikan.
Salam...
BalasPadamDari aspek lain....
Kenapa...Salahkan pihak wanita sahaja..x adil..salah pihak lelaki..ada kemungkinannya...cinta sihir..mungkin juga...sikap masyrakat ...ada kaitan...salah mendidik...juga jadi faktor penyebab..persoalan yang melibatkan hati dan perasaan ini terlalu sukar untuk di rungkai oleh akal fikiran..
Encik Mazidul,
BalasPadamBibik saya pernah cerita, katanya org lelaki lombok ni macam satu kebanggaan kalau bawak balik awek dari luar buat bini.
Dan tambah bibik saya lagi, diaorang ni ada 'ilmu' tundukkan perempuan, biasanya kalau dah terkena memang akan ikut je cakap lelaki tu.
So dalam hal ni, nak salahkan perempuan 100% pun tak juga, kalau dah terkena, kena berubat sebelum parah. Saya percaya ramai tertipu kerana penangan ilmu jahat mereka.
Kerajaan kena tingkatkan usaha mempromosi 'barangan' tempatan yang kualitinya lebih terjamin..... ;)
BalasPadamsalam
BalasPadamsaya berpandangan segalanya bermula dengan diri sendiri, keluaga, masyarakat dan negara...
asasnya-ajaran agama menyuruh kita bermula dengan diri sendiri dan keluarga قوا أنفسكم وأهليكم نارا
dan sentiasalah ingat mengingatkan..فذكر فان الذكر تنفع المؤمنين
justeru diri sendiri haruslah beringat akan had dan batasan dalam setiap tindakan,
jika lalai, tugas keluarga memimpin agar tak terpesong
masyarakat bertanggung jawab menegur agar ahlinya hidup dalam kerukunan...
dan amanah negara (kerajaan) adalah memastikan semua rakyatnya telah diberikan tools yang sesuai dalam menghadapai situasi tertentu...
sayangnya...
bila diri sendiri lalai,
keluarga tidak ambil pusing,
masyarakat pentingkan diri,
negara tidak beramanah,
maka itulah hasilnya...
Entah apalah yg dipandang mereka..bukan nak mengata sesama manusia, tapi dah tau, banyak buruk dari baiknya, tak nak jugak ambil iktibar. Tau pulak balik ke mak ayah. Sepatutnya tak payah ditolong, makin ditolong, makin menjadi, sebab mereka tau, susah nanti minta tolong balik semula ke Malaysia, takut apa, sentiasa ada nak membantu.....
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamKalau dah beringat, kalau dah semat iman, dah hati-hati juga tetapi masih TERKENA, itu memang telah ditakdirkan. Namun, andai diberi nasihat tetapi ditolak ketepi dan buta dek cinta, memang sendiri mencari musibah.
Orang yang ADA NIAT untuk menipu, memang kepakaran dia menipu. Tahu guna ayat yang macam mana untuk kelabukan mata mangsa. Kalau 5-10 tahun lepas, kes begini memang baru dan ramai yang tak tahu, tetapi dengan dunia komunikasi yang canggih masa kini, maklumat hanya di hujung jari. Masalahnya...orang tengah hangat bercinta ni tak ada masa untuk surf maklumat. Itu yang terkena juga walaupun dah banyak kes jadi
Ini baru kes cinta lombok dan nigeria, belum lagi keldai dadah... pendek kata, modal air liur lebih mujarab walaupun tak ada sesen dalam poket.
semua tu dah kena pukau kut? "black" magic diorang power.
BalasPadamberita bergambar sebegitu elok letak muka depan..akhbar
BalasPadampengalaman Anyss 10 tahun..dulu kini dan..
BalasPadamSy pun pelik, byk perempuan ckp laki tempatan xromantik lah, xmemahami lah..tp bila bercinta dgn warga asing, hidup daif, hidup terseksa, br lah minta pertolongan laki tempatan yg baik hati utk bwk pulang ke malaysia.they never learn.
BalasPadamsemuanya kerana cinta abd mazidul... umpama pantun di bwh ni...
BalasPadamCINTA ITU UMPAMA KURAP,
MAKIN DIGARU SEMAKIN SEDAP...
pelik sungguh la kalu org kata org nigeria ngan lombok nie pandai black magik.....black magik nie kenapa slalu berkesan kt org melayu aja....kenapa tk guna black magik nie kt org israel ka,bush ka....pelik3........
BalasPadamuntuk membanteras perkara ini dr berlaku lagi. dlm soall pgmbilan warga indonesia utk dibw msuk bekerja. henti/sekat warga indon dr daerah / negeri lombok. byk lg daerah/negeri seperti jakarta yg jarang kita dgr permasalahan dlm kes ini. begitu juga kmsukan warga nigeria hrus di ketatkn lg kmsukn mereka ke msia
BalasPadam