Sabtu, Mei 14, 2011

Dengar Klip Audio Ini JIKA Tidak Mahu Tertipu (Nigerian Parcel Scam) - UPDATED

Di blog Journalis Maya saya memaparkan modus operandi, 'Laila Faisal', wanita kononnya berasal dari United Kingdom ingin memerangkap saya sebagai mangsa 'NIgerian Scam'.

Dalam paparan Expose 1 sehingga Expose 10 di blog sama, saya paparkan setiap emel dihantar 'Laila' dan balasannya. 

Status terkini, bungkusan atau parcel mengandungi barangan berharga, kononnya telah tiba dari United Kingdom di KLIA dan 'Laila' berasa tertekan kerana saya masih tidak menuntut parcel terbabit.

Berikutan nombor telefon bimbit saya berikan kepada 'Laila' sebelum ini sukar untuk dihubungi, dia terus  mendesak saya membayar RM2,500 melalui emel.

Pengalaman sama dilalui penghantar emel kepada saya, 'K', cuma sindiket sama menuntutnya menjelaskan bayaran RM4,250.

Terima kasih kepada K kerana sudi berkongsi klip audio perbualannya bersama 2 individu tidak dikenali namun bertujuan sama, mendesak K mendepositkan wang terbabit ke dalam akaun peribadi bukan milik syarikat.

Panggilan pertama dan kedua dibuat warga Malaysia, kononnya pekerja syarikat kurier beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan.

Gagal menyakinkan K, lelaki mendakwa diplomat syarikat kurier kononnya warga United Kingdom pula menghubunginya.

Saya puji tindakan bijak K tidak mengikut arahan kedua suspek sekaligus mengelakkan dirinya terjebak sebagai mangsa.

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum.
    Kejadian seperti ini sama seperti apa yang saya alami tahun lalu. Mujurlah sejak awal saya tidak mempercayai mereka. Akhirnya mereka berputus asa kerana saya sangat degil, malah bertanya macam-mcam dengan mereka.

    BalasPadam
  2. Walaupun selalu kita baca akan pekara sebegini, tapi masih ramai lagi yang terkena... Diharap semua akan lebih berhati-hati. Hasil perlu ada usaha, jarang-jarang akan datang bergolek....

    BalasPadam
  3. org malaysia yang bersengkongkol mesti dikenakan hukuman berat

    BalasPadam
  4. yg terperangkap tu mungkin jenis yg nak kaya cepat...sy ada pengalaman kes begini tapi dengan United Nation..:p

    BalasPadam
  5. Wanita yang tak serik2 ...dengar dan hayati

    BalasPadam
  6. Mereka juga akan menggunakan lagu-lagu romantik dari klip video youtube sebagai alat untuk menyatakan kecintaan mereka kepada mangsa.

    Sehinggakan mangsa lalai dan terjebak dalam permainan cinta mereka.

    BalasPadam
  7. Terima kasih kepada En. Mazidul kerana sudi mendedahkan perkara ini buat seluruh rakyat Malaysia..

    Semoga dengan pendedahan ini akan dapat mengelakkan orang ramai daripada 'terkena' dengan tektik kotor mereka..

    Banyak lagi cara boleh buat duit.. Kenapalah mereka nak tipu duit orang.. huhuhu..

    Entri Terkini Blog saya:
    Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menarik Trafik Ke Blog Anda??
    Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
    Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda

    BalasPadam
  8. Saya pun tengah dan masih berhubung dengan laila mohd faisal yang ayahnya Melayu, maknya british ni. haha. Layan je la.

    Mereka ni pakai skrip yang sama je, kita balas macam mana dan soalan banyak pun takkan dijawab.

    ni emel terbaru laila.

    thanks honey Tue, May 17, 2011 7:11:18 AM

    Honey and only sweetheart , how are you doing today love? baby....it was so wonderful to read your email knowing that you care so much about me....I LOVE YOU SO MUCH honey ....thank you so much for coming into my life......i have never been this happy before.....you are such a wonderful caring lover that i want to be with....Baby...mmmm. .I want to surprise you my

    love.....I want to send you a very nice gift as an appreciation for our relationship...to show you how much I love you and how happy you make me.....you are about to receive a wonderful package from me.. dear. .i felt like flying down to Malaysia because every time I read your email....lovely tears stroll down my eyes..........I LOVE YOU SO MUCH BABY

    BalasPadam
  9. nak muntah baca emel macam tu irfantijari.

    saya pun pernah dapat emel cam ni senang je saya balas f*** u hahahaha

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.