"Apakah antara simtom terkena saka?," soal saya.
"Saya bagi contoh kepada abang. Perempuan berusia 27 tahun, tinggal di Cheras, Kuala Lumpur, dia kerap diganggu mimpi pelik, hidup tidak tenteram dan nampak macam tidak waras. At one time, dia cuba membakar rumah boyfriend dia, selalu ponteng kerja dan cuba untuk membunuh emak dia sendiri," kata Adam.
Ahmad Adam Aliff, 24 tahun, pelajar jurusan Komunikasi dan Psikologi di kolej swasta, saya kenali tahun lalu. Melalui pengamatan saya, dia anak muda cukup beradab dan sentiasa bersedia membantu insan memerlukan.
"Sewaktu mula dirawat, dia menjerit, suara bertukar menjadi garau, tenaganya lebih kuat dan cuba terjun dari tingkat 13 di bangunan tempat dia tinggal," sambungnya lagi.
"Kaedah digunakan untuk merawat dia?," tanya saya.
"Ayat ayat Al-Quran," balasnya ringkas.
Dengan izin Allah, setelah dirawat dan dipulihkan, kehidupan wanita terbabit kembali normal. Dia mula berubah sikap dan diterima keluarga dan rakan.
Pembaca dihormati, selama ini ramai menghubungi saya untuk mendapatkan contact number mereka berkebolehan membantu memulihkan mangsa dipercayai mengalami masalah 'ganjil' pada pandangan manusia.
"Adam, awak sudi membantu?," soal saya.
"InsyaAllah bang," ujarnya.
Molek jika saya peringatkan, Adam bukan bomoh. Dia manusia biasa seperti kita semua tetapi bersemangat tinggi untuk menghulurkan bantuan kepada kelompok bermasalah dengan berbekalkan sekelumit ilmu diwarisi.
Molek jika saya peringatkan, Adam bukan bomoh. Dia manusia biasa seperti kita semua tetapi bersemangat tinggi untuk menghulurkan bantuan kepada kelompok bermasalah dengan berbekalkan sekelumit ilmu diwarisi.
Hemat saya, jika dilanda musibah, kita harus berusaha mencari jalan terbaik untuk menanganinya.
Andai sesiapa memerlukan bantuan berhubung kejadian ganjil tidak dapat dihuraikan secara saintifik, sila hubungi saya dengan menghantar pesanan ringkas ke 019 300 7008.
Membantu itu sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai manusia di muka bumi Allah ini.
terima kasih..
BalasPadamada saham
terima ksh..
BalasPadamAlhamdulillah..mmg ramai diluar sana ada masalah.
BalasPadamsemoga mendapat keberkatan Allah Taala..
BalasPadammekaseh..sgt2 bergune...
BalasPadamUsaha murni untuk membantu sesama insan...
BalasPadamVideo Gol Champion League Final 2011 .Barcelona 3 - Manchester United 1
Salam
BalasPadamSMTI
Semoga Allah memberkati usaha abang Maz dan Adam...insya Allah..:)
semoga ramai lagi yg dapat dibantu
BalasPadamusaha yg murni menolong insan yg dalam kesusahan
Alangkah baiknya sekiranya anak-anak muda yang lain mencontohi anak muda yang seorang ini.
BalasPadamTeruskan usaha murni anda.Semoga Allah memberkati kalian berdua.
Terima kasih, amat berguna untuk orang yg memerlukan bantuan.
BalasPadamMinta encik mazidul berikan info mengenai isu bir yg sedang hangat di perkatakan sebab tak ramai yg nak tulis nama hatta letak gambar bir tersebut.
Jika benar haram, kena beritahu pada umat Islam yg lain agar mereka tidak terus membeli minuman tersebut. Tidak perlu takut meletakkan nama dan gambar bir yg terlibat, Dah sah2 haram kan.
Tapi kenapa perlu di sembunyikan isu ini. TQ. En. Mazidul.
Bagusnya dia, masih muda dianugerahkan kebolehan mengubati orang lain. Terima kasih bro sbb sudi kongsi.
BalasPadamSeumur hidup saya tak pernah saya pergi jumpa bomoh atau pengamal perubatan, jauh sekali jumpa psikiatrist...
BalasPadamTapi bila melihat anak muda pun berkebolehan, semoga persepsi terhadap pengubatan seperti ini tidak disalahtafsirkan...
semoga Allah memberkati usaha anak muda ini. Sesungguhnya sejuk perut ibunya. Alangkah bagusnya kalau anak muda kita yang lain seperti Adam..
BalasPadamsmti...saling membantu dalam perkara kebaikan dan kebajikan..
BalasPadamSMTI
BalasPadamSMTI ...
BalasPadamTerima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan ulasan. Kelebihan yg dianugerahkan daripada Allah SWT akan digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan.
BalasPadamhttp://sheild37xs.webs.com/
... tak semua punyai kebolehan seperti Sdr Adam, rakan saya ada beberapa orang yang berkebolehan seperti Sdr Adam seorang ada di sekitar Serdang Selangor & seorang lagi nun jauh di Melaka ...
BalasPadam