Selasa, Mei 17, 2011

Siapa Bersalah?

Siapa bersalah? Lelaki atau wanita? Atau lelaki dan wanita?

Isu ini sering kita dengar tetapi agak sukar dikupas.


... jika berani lontarkan komen.

15 ulasan:

  1. Saya rasa saya menjadi orang pertama memberikan komen di sana. (bukan pasal berani, tapi memang jenis suka bebel).

    Sebenarnya isu poligami menjadi panas kebelakangan ini rentetan dari hasrat Salih untuk bernikah lagi.

    Malah di Yahoo Group TERBESAR di Malaysia (iaitu Sahabat Interaktif Malaysia — SIM), isu ini menjadi bualan dan bahas yang hebat di kalangan orang-orang intelek dan mereka yang pernah ada pengalaman.

    BERMADU itu memang sentiasa memberikan suatu suasana yang tidak pernah sejukkkk....

    BalasPadam
  2. dari segi positif, jika seseorang suami itu mampu dr segi nafkah & adil dgn isteri2nya....apa salahnya...mmg sy x rasa pahitnya bermadu tp pengalaman lalu telah membuka mata sy...

    *en. mazidul, sy cikgu su@tice su dah tukar link yer...xguna da link http://suzanalelawatty.blogspot.com tp dah bertukar ke domain sendiri iaitu ( http://www.ticesu.com )

    *suami sy sampaikan salam, dia masih di bhgn narkotik, ipd ampang jaya...dia juga tgk blog en. mazidul :)


    ~ticesu~

    BalasPadam
  3. Sokong lebh ramai wanita gaji besar jadi madu.

    BalasPadam
  4. bagus gak bermadu, supaya beban menjaga suami boleh dikongsi dengan wanita lain. masa untuk diri sendiri & anak2 pun lebih, dapat rehat lebih. apa yang penting? KERJASAMA...

    BalasPadam
  5. http://emmazaraa.blogspot.com/2011/04/madu-itu-racun.html

    *sharing of opinion right..

    BalasPadam
  6. selalunya isteri lebih mengenal siapa dan bagaimana suaminya...jika dia yakin dan percaya pada suami mampu berlaku adil dan tetap akan membahagiakan dirinya sebagaimana sebelum, walaupun mempunyai isteri baharu maka tiada masalah dalam poligami.yang menjadi isu besar dan kecoh ialah bila isteri pertama ditipu, isteri baru juga ditipu, kemampuan ekonomi tiada, kemudian berat sebelah atau pilih kasih dsb...Pada saya suami kena tegas dan jujur. Jangan takut bini kalau nak kawen lebih.Isteri berkecil hati memang suatu yg tidak dapat dielak bila berkongsi suami ttp poligami dibenarkan dalam Islam dan tidak wajar wanita menghalangnya.Tapi lelaki kena ingat kenapa wanita selalu marah.Ia disebabkan lelaki juga.Kalau suami pandai ayat bini, cukup syarat takkan bini nak halangnyer...wanita bukan tamak, ttapi cuma takut haknya diabaikan, kasih padanya akan berkurang dan akhirnya dia diceraikan..mungkin dalam sesetengah situasi mrk akan mjadi lebih emosi dalam mpertahankan hak hak mrk

    BalasPadam
  7. Segalanya bergantung kepada ampunya diri. Jika berkahwin kerana nafsu, ia tetap bersalahan dengan tujuan poligami. Nafsu yang tidak terkawal menjadi punca godaan syahwat, akhirnya akan merosakkan diri dan keluarga. Sebab itu rasulullah saw tetapkan max hanya empat sahaja, bukan sembilan.

    Sukar diterima oleh mereka yang berhajat kerana nafsu buas meronta akhirnya menghalalkan cara. Ikhlaskah untuk kahwin dengan janda beranak lima? Atau wanita hodoh? Bantulah keluarga yang susah atau kesaorangan sebagai pembela barulah betul syariatnya. Tak gitu?

    BalasPadam
  8. Mr.Mazidul, saja nak ajak sama2 mengingatkn ttg asal kewujudan nafsu, bagaimana nafsu diseksa di neraka beratus thn kerana kedegilannya.

    Saja nak share pula dgn hadith Rasulullah yg bercerita ttg nafkah sehingga berada dihujung bibir.

    rasanya2, kalo benar2 ikot garis panduan, mmpu ke seorg laki tu nk kawin 2, apatah lagi 4?

    Wallahualam, abah pun berkahwin 2, dan sy tgk arwah mak ok je, tak perasan pula waktu bila mak bersedih! waktu makcik lahirkan anak, mak yg berikn nama,mak juga mengasuh anak makcik sewaktu makcik kerja. semuanya berjln lancar! Alhamdulillah :)

    Segalanya ada pro & kontra!

    BalasPadam
  9. Salam Bro Mazidul

    Apahal letak gambar termenung kat web banner atas tu...?

    BalasPadam
  10. ape nak jadi dgn anak-anak sekarang...belajar belum habis gedik nak kawin.sabo ajelah :(

    ..........

    en mazidul i pernah dgr cerita mcm gini : bila laki kawin lain,isteri pertama sgt tertekan pada awalnya...tp bila mengenang anak-anak dia akan relakan walaupun tak REDHA.

    bila laki nak kawin lagi utk kali ke3,bini pertama dah MANGLI so bini ke 2 pulak meroyan.tapi bini ke 2 jugak takmo mengalah so dia pun relakan walaupun tak REDHA jugak.

    dan seterusnya sehingga laki nak kawin kali ke 4 semua isteri TERPAKSA redha sbb semua telah pun mengalami perasaan yg sama apabila laki diSUKA olih pompuan lain kecuali isteri pertama yg terpaksa dilukai berkali-kali.

    adilkan disini.

    selepas laki mati maka semua isteri dan anak-anak berebut segala harta yg ada so siapa yg nak peduli serta sedekahkan yasin.bila bab mcm gini ramai org lelaki tak pernah pun fikir sbb yg penting keseronokkan berBINI ramai dan mayb menjadi kebanggaan bila dipuji melangit!

    *cerita dari kawan i yg laki dia pun kawin berkali-kali sehingga pencen pun masih lagi 'miang' hok3..

    BalasPadam
  11. Hidup bemadu ni banyak pancaroba, saya telah mengalaminya sendiri. Dengan suami pertama saya tidak dimadukan tapi suami mempunyai perempuan simpanan. Perasaan dan nafkah batin diabaikan. Setelah lama bersabar dan berdoa, akhirnya saya ambil langkah menamatkan perkahwinan kami. Dengan suami kedua, saya ada dua org madu. Kami tak pernah gaduh, tapi saya tau mereka makan hati dek cemburu bila suami amat senang berada dirumah saya sehinggakan mereka mencadangkan suami kahwin kali keempat untuk menyakitkan hati saya. Tapi suami tak berbuat begitu sbb mungkin dia teringatkan perbincangan kami sblm berkahwin dulu. Saya kata..."poligami adalah hak lelaki tapi kebebasan diri saya adalah hak saya". Saya tak marahkan madu saya kerana mereka tak pernah melalui apa yg saya lalui kerana suami saya baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Sehinggakan tak terasa yg suami saya dah 3 tahun meninggalkan kami....

    BalasPadam
  12. Kenapa nak cari siapa salah..bg saya siapa pun tak salah...masing2 dah tau risiko berpoligami nak teruskan jugak.. sila lah...satu je org perempuan kena ingat.. suami adalah sandaran utk kita dptkan syurga... buat apa saja hatta senyum pd suami pun dah ada ganjaran pahala yg besar...suami bkn milik kita...letakkan cinta Agung kita pd Allah, Rasul then br pd suami...br kt dpt hidup dgn tenang walaupun bermadu...jgn tanya apa yg suami dah buat pd kt tp tanya apa lg yg boleh kt buat utk suami...utk bekalan disana kelak..disitulah kehidupan yg kekal abadh..

    BalasPadam
  13. Kita di lahirkan dengan agama Islam. Bila dari kecil setiap didikan itu kemas berada dalam simpanan jiwa dan hati kita. Kita akan katakan, hidup ini pinjaman, semuanya pinjaman dan bukan hak kekal kita. Sebab itu jodoh , maut dan ajal itu menjadi pertaruhan kita di dunia. Yang kekal itu Allah.

    Dan sebagai perempuan untuk kita terima hakikat semua itu adalah pinjaman amatlah payah, sebab iman dan keikhlasan kita itu masih belum sampai ke tahap yang sepatutnya.

    Saya sendiri berpendirian begini, tahu apa yang saya tulis tu, tapi jauh di sudut hati. Saya masih belum ikhlas untuk menerima perkongsian ini. Maknanya masih jauh jalan untuk saya mendidik diri menerima qadha dan qadar.

    Semoga Allah permudahkan. Aminnn

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.