Pokok berikut antara tumbuhan di hutan hujan tropika tertua di dunia, dianggarkan berusia 130 juta tahun.
Gambar pokok di atas bukan saya rakamkan di hutan Amazon di Amerika Selatan tetapi di Pahang.
Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang.
Meniti kanopi dianggarkan berketinggian 45 meter dari tanah, sepanjang 500 meter, mengujakan.
"Selamat ke?," itu soalan awal saya kemukakan kepada Habli Basir.
"Kanopi sentiasa diselenggarakan baik, InsyaAllah," jawabnya yakin.
"Kanopi sentiasa diselenggarakan baik, InsyaAllah," jawabnya yakin.
Habli, 23 tahun, pemandu pelancong banyak membantu saya dan keluarga di sepanjang percutian di Taman Negara. Anak kelahiran Johor terbabit bijak menghormati tetamunya. Biarpun penat, dia tidak lekang dengan senyuman ketika melayan kerenah anak saya.
Pohon besar dan hutan renek mengelilingi kanopi. 30 minit, masa diperlukan untuk meniti kanopi terbabit sambil tangan memegang erat tali di kiri dan kanan.
Marikh, sanggup datang dari Poland semata-mata untuk menikmati keindahahan Taman Negara, mengapa tidak kita?
Pekerja syarikat penyiaran antarabangsa itu pada awalnya berasa agak hairan melihat beberapa pengunjung tempatan bergambar bersama saya tetapi setelah dijelaskan, dia faham.
"In Poland, we have a program like yours but we call it 997," ujarnya.
Saya bernasib baik kerana berpeluang bertemu 'Atan' atau nama sebenarnya Mohamad Tarmizi Abdul Rahman, 38 tahun, juga pemandu pelancong.
Tanya Atan fakta berhubung tumbuhan dan haiwan di Taman Negara, InsyaAllah dia sudi berkongsi ilmu secara bersahaja.
Anak kelahiran Kuala Tahan itu, peramah dan melaksanakan tugasnya diiringi minat mendalam.
Atan dan Habli membawa saya dan keluarga menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling sambil menikmati keunikan dan keindahan hutan hujan tropika.
Lihat kecerian wajah 2 'Tarzan' saya berusia 13 dan 10 tahun menikmati kesejukan air sungai dan bergayut di akar besar pastinya tidak dapat mereka saksikan di Petaling Jaya, Selangor.
Berikut gambar screen saver untuk pembaca, jika berminat sila copy.
Pelancong juga berpeluang melihat dan memberikan makanan kepada ikan Kelah di Kelah Sanctuary di Lubok Tenor.
Bersedia untuk basah kerana pemandu bot pelancong berkategori expert melaksanakan tugasan mereka untuk mencetuskan suasana gembira di kalangan penumpang.
Aksi 'ganas filem Hong Kong' ini dirakamkan ketika bermandi manda bersama ramai pelancong lain di Sungai Tembeling.
Kepada pembaca berminat berkunjung ke Taman Negara, sila hubungi sahabat saya, Muhamad Laili Basir (gambar bawah: kanan ) di talian 017 982 8538 dan dapatkan maklumat pakej ditawarkan di Facebook Laili Basir.
Laili juga blogger, klik Taman Negara.
InsyaAllah, kenangan di Taman Negara dan layanan diterima akan terpahat di ingatan. Lihat sahaja reaksi pelancong dari Lembah Klang berpeluang mengikuti pakej dikendalikan Laili.
Untuk melihat lebih banyak gambar di Taman Negara, sila klik Taman Negara Pahang.
huru hara huru hara...hahahahahaha....tq bang!
BalasPadamhuru hara bersama mazidul...hahahahah...thanks for coming bang!
BalasPadamwah bestnye...
BalasPadamxpernah smpai lg kt taman negara ni...xada kesempatan nk p lg... :)
Yahuuuu...suka bebenor teman kalu bercuti dengan alam ni....
BalasPadamDah try mandi dengan gajah di Kuala Ganda? you should try it too..
Izin saya copy gambar sungai-sungai tu semua bro......cantik...
xpenah smpai lagi ke sana...
BalasPadamrisau nk pegi sbb dgr mcm2 citer ngeri~~~
huhuhuhu
...kn main lg hepeningnye,, suka arr 2 tarzan tu masuk hutan n mandi sungai,,,
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamFuyoooooooooooooo cantiknyaaaaaa!
Gambar2 tu sangat cantik dan sesuai untuk dijadikan screen saver. Indah. Sungainya mesti sangat sejukkkkkk...best untuk mandi manda!
Sejuk tulen.
BalasPadamMemula berdiri di atas canopy memang gayat,kemudian akan ketagih bagaikan terbang...
saya penah berkunjung ke tmn negara nih awal thn 2007
BalasPadamada aktivit kanopi walk nih..
masa tuh mengigil masa naik kt kanopi tuh,time bjalan mulut duk kumat kamit istigfar n selawat...punyalah penakut heheheh
tp itu pengalaman yg tak semua org dpt rasa
assalamualaikum saudara
BalasPadamwah bestnya.tahniah abang mazidul dah ke sana.di Pahang ni memang kaya dengan flora dan faunanya.di belakang rumah saya ni pun...ada hutan simpan kekal.
Waahhhh... Memang Best Tmn Negara... Bile tengok gambar2 nie teringat kenangan d Tmn Negara Kuala Tahan... Jambatan Gantung kalau xberani jngan cuba2 nak naik.. memang gayat... mandi d Sungai Tahan... makan d atas restoran rakit... & kenangan yg terindah ialah mendaki Gunung Tahan... memang best
BalasPadam