Sabtu, Mei 14, 2011

WPV 4963 Bukan Nombor Pendaftaran Motosikal (Kes Simpah Asid)

Saya terbaca maklumat di internet berhubung nombor pendaftaran motosikal suspek penyimbah asid mula dikesan awal Februari lalu.

Kini 23 wanita dilaporkan sudah menjadi mangsanya.


Jika benar suspek didakwa menggunakan motosikal bernombor pendaftaran WPV 4963, saya mempunyai maklumat untuk dikongsikan.

Melalui maklumat diterima daripada sumber boleh dipercayai, kenderaan menggunakan nombor penaftaran terbabit BUKAN motosikal Honda EX-5 tetapi kereta Proton Iswara 1.3 berwarna perak.

Pemilik kenderaan terbabit beralamat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan berbangsa Melayu.

Berikutan itu saya percaya suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Saya difahamkan, pihak polis kini bekerja keras mengesan suspek dan berusaha untuk memberkasnya biarpun sehingga kini motif perbuatannya tidak diketahui. Di daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, suspek dilaporkan kerap menyerang mangsanya pada hari Jumaat.

Mustahil untuk wanita di Kuala Lumpur tidak keluar bekerja. Cuma mereka harus lebih berhati-hati, usah berjalan berseorangan di lokasi sunyi. Jika tidak dapat dielakkan, bawa bersama sebotol air mineral untuk membasuh muka jika secara tiba-tiba menjadi mangsa.

Suspek mungkin individu sekadar ingin mendapatkan perhatian masyarakat, attention seeker atau menyerang mangsa bermotifkan dendam, itu cuma telahan saya tanpa dipastikan kesahihannya.

14 ulasan:

  1. salam abg mazidul,

    sy sbg wanita semakin takut dgn kejadian yg berlaku..

    jika kita melihat kes ini (seperti didalam cerita CSI channel 701), ianya seperti untuk melepaskan dendam pada manusia yg bernama wanita kerana mangsa semuanya wanita. harap pihak berkuasa segera memberkas penjenayah ini.. nyawa kita semua semakin terancam..peace!

    BalasPadam
  2. mungkinkah lelaki ini berdendam dgn wanita?
    disebabkan cinta?

    BalasPadam
  3. semoga penjenayah tersebut segera ditangkap, org sakit begitu tidak boleh dibiarkan lama2 berkeliaran.

    hati2 semua yer.

    BalasPadam
  4. Salam,

    Terima kasih untuk infonya, dah edit kat entry pasal no flat palsu tersebut.

    harap sgt cepat kena tangkap org tu, hiks...geram nie!!!


    http://yanmieonline.com/2011/05/simbah-asid-anak-polis-mangsa-ke-23/

    BalasPadam
  5. Mybe dia putus cinta kut.. sebab tu dia balas dendam kat pmpuan.. hee.. :)

    BalasPadam
  6. sanagt bahaya, lagi2 wanita melayu, apa masalah dia ni lah, susah ke nak tangkap orang ni, dah sampai berpuluh kes

    BalasPadam
  7. kalu dapat mamat tu, kita simbah ajer asid kat muka dia pulak,biar dia rase..

    BalasPadam
  8. Macam2 jenayah sekarang. x memasal je nak simbah asid kat orang. takut betul.

    Maybe he's reading all posts in the internet and laughing. *sigh*

    BalasPadam
  9. Harap dapat di berkas secepat mungkin,

    http://www.nextcubes.com

    BalasPadam
  10. Info yang baik bang... but apa perkembangan baru...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.