Ini kisah babi hutan berwarna hitam, bertaring panjang.
Dia menyondol ubi kayu. Musnah tanaman milik petani beranak ramai.
"Tolonglah babi, kasihani aku. Andai kau sondol semua ubi, bagaimanakah anak aku nak makan nanti," rayu petani.
Babi terus menyondol tanpa belas kasihan.
Anak petani menangis, perut kosong dan hampir kebuluran.
Babi berkawan karib dengan sekawan gajah. Gajah bertubuh besar dan bergading panjang, dianggap raja berkuasa di hutan belantara.
Kuasa gajah, kuasa aku juga, ujar babi.
Sesekali gajah baran turut serta memusnahkan ladang ubi kayu malah sanggup memijak petani berikutan dihasut dek babi hutan.
"Engkau besar, gagah dan digeruni. Engkau berkuasa! Buatlah apa sahaja, biarkan petani mati," kata babi.
Babi berniat serong di dalam hati.
Biarpun mampu duduk dan membasuh berak sendiri menggunakan belalai panjang, babi melarang.
"Biar aku jilat, jangan gunakan belalai kau, tahi itu kotor," ujar babi.
Muncung berlumuran tahi, babi sanggup menggeselkan pula tubuh, mencuci dubur gajah.
"Asalkan, tanah ladang petani menjadi milik aku," bisik babi.
Kejamnya babi. Berkonspirasi dengan gajah dan bersatu hati.
"Kalau ladang ubi kayu musnah, lebih mudah aku memamah cacing tanah. Tiada akar, tiada pokok ubi kayu," kata babi.
Tiba-tiba semut merah menggigit muncung babi. Sakit! Sakit! Sakit! Teriak babi sambil berlari. Kegatalan, dia menyondol ke kanan dan kiri. Tanah disondol berulang kali, muncung merah dan kemudian berdarah. Mengalir air mata babi di pipi.
Gajah hanya berdiri, memerhati teliti, gelagat babi tidak sedarkan diri.
Sewaktu tunduk, babi terlihat betapa kecilnya kaki. Apa terajdi jika sekawan semut merah menggigit kaki?
Mungkin babi akan tersungkur, rebah ke bumi. Tidak mati tetapi mengakuri, berkawan dengan gajah tidak menjadikan dia kebal di muka bumi.
Gajah tetap akan berdiri, kakinya besar berkulit tebal tidak tergigit dek semut merah.
Assalamualaikum..SMTI..
BalasPadamGajah babi semut = semuanya menggunakan akal sama, akal binatang.
BalasPadamTapi ternyata semut lebih bijak, walau selalu kena pijak.
SMTI - menarik untuk direnung dan difikirkan. :)
BalasPadamTinggi nilai pengajaran kisah ni...terima kasih sahabat...
BalasPadammoral yang saya dapat..
BalasPadamsemua makhluk Allah ada keistimewaan tersendiri yang Allah kurniakan, gunakanlah keistimewaannya itu dengan betul supaya mendapat kerehaan Allah, jangan suka membanggakan diri dan jangan menggunakan kelebihan orang lain untuk kepentingan diri sendiri, serta jangan menghina makhluk yang lain..
As Salam Tuan Mazidul,
BalasPadamKisah yg "tersirat"dan penuh makna..
SMTI jugak...
BalasPadampadan muka babi... SMTI
BalasPadamsalam... SMTI...tengah pening nak faham apa maksud yang tersirat disebalik cerita tersebut.
BalasPadamGajah, juga boleh selsema kena gigit semut merah di mata...gajah buta, pijak Babi.. Kera bergelak atas pokok berangan.
BalasPadamdalam jugak tu. SMTI
BalasPadamdalam maksudnya...
BalasPadamsalam..SMTI..sangat menarik
BalasPadamcerita yg penuh pengajaran..
BalasPadamSMTI......penuh tanda tanya.....
BalasPadamSMTI
BalasPadamada yg tersirat disebalik cerita ni. andai yg faham mmg boleh dibuat pengajaran. mgkn boleh juga dikaitkn dengan situasi di nagara kita skrg ni..renung2kanlah..
BalasPadamSalam.saya anggap semut itu rakyat jelata. jgn pandang rendah pada semut bila sekumpulan semut masuk kedalam telinga gajah lalu digigitnya... matilah gajah itu dikerumuni Semut2 yang bersatu itu.
BalasPadamSMTI :)
BalasPadamMementingkan diri sendiri dan mengajak yang lain menghalalkan cara demi mencapai matlamat tidak akan kemana.
BalasPadamHidup ini satu perkongsian, saling perlu memerlukan - Yang kaya, berkuasa, bertenaga usah mendabik dada - Yang tidak berdarjat, tidak berharta, buruk rupa jangan merendah & menghina diri sendiri.
Kaya, ternama dan yang tidak punya apa-apa adalah sama - Yang membezakan adalah usaha, akal, iman dan ihsan.