Isi kotak, US15,000, RM12,350 dan sejumlah mata wang asing.
Wang terbabit dirampas pasukan Operasi dan Risikan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam serbuan di Seri Kembangan, Selangor di rumah teres didiami pasangan suami isteri, warga Nigeria dan Melayu.
Suami, 39 tahun manakala isterinya berasal dari Perak, berusia setahun lebih muda. Wanita terbabit disyaki pemilik akaun untuk mangsa sindiket mendepositkan wang.
"What are you doing for living?," soal saya kepada suspek.
"Car rental bisness, we have 15 cars altogether," balasnya bangga.
Terbaru, mereka dipercayai memperdaya mangsa, wanita warga Taiwan lebih RM300,000 dengan bantuan lelaki Nigeria, penuntut kolej swasta di Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur. Mangsa, 43 tahun, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 2.20 petang semalam untuk membuat laporan polis berhubung kes penipuan terbabit.
Suspek ketiga diberkas di Apartment Alam Damai, Cheras pada jam 6.30 petang semalam. Mulutnya bising bak bertih digoreng sejak mula disoal siasat. Seperti lazimnya, dia mendakwa kononnya tidak langsung mengetahui sebab pasukan polis menyerbu rumahnya.
Komputer riba lelaki berusia 26 tahun itu dirampas namun dia berkeras enggan memberikan kata laluan untuk membenarkan polis mengakses maklumat disimpan. Bagaimanapun setelah dipujuk berulang kali, dia akhirnya bekerjasama.
Sewaktu tiba di pejabat JSJK, saya menghampirinya.
"Why do you keep all those pictures?," tanya saya.
Bukan gambar lucah atau gambar gadis ayu tetapi gambar lelaki berkulit putih, saya anggarkan berusia lingkungan 50 an. Berikut antara gambar lelaki saya maksudkan.
"I got those pictures from Tagged, I like them all," katanya.
"You like to keep pictures of unknown men, just like that? Are you gay?," soal saya lagi.
"Nope," balasnya ringkas.
Gambar lelaki kacak terbabit dipercayai digunakannya sebagai pengganti ikon diri sewaktu berinteraksi di laman sosial untuk memikat mangsa wanita.
Sewaktu dipertemukan, kedua suspek warga Nigeria diberkas polis mengaku mengenali di antara satu sama lain.
"He used to stay with me before," ujar suspek berbaju putih.
Dia dan keluarga didapati hidup terlalu mewah di negara ini tetapi agak menghairankan, mereka hanya tinggal di rumah sewa dengan bayaran RM850 sebulan. Setelah diperiksa, bil talian internet dan telefon bimbitnya didapati menggunakan nama individu lain.
Saya difahamkan, wanita Melayu, majoriti terjebak, ditipu warga Nigeria, diikuti wanita Cina, India dan wanita dari Filipina dan Indonesia.
bongkar lagi en mazidul! biar diorang rasakan!!
BalasPadambermewah2 di negara org dgn cara menipu dan ada pulak bini bangsa melayu yg bersekongkol - sungguh tak boleh dimaafkan!
Apa agaknya bentuk hukuman yg ada...
BalasPadamSupaya tidak rugi kos mahkamah dan duit beli beras? Masuk penjara nanti.
wanita kita juga patut lebih berhati2...mereka dah tentu dgn kerja kotor mereka....
BalasPadam~ticesu~
Lagi pendedahan tentang salah laku warga Nigeria..
BalasPadamSyabas saudara Mazidul dan pihak-pikak lain yang turut sama menjayakan operasi ini..
Entri Terkini Di Blog Saya:
Domain Laman Web Percuma di Lot.My??
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda??
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda