Isnin, Mei 23, 2011

Amukan Alam

Seluruh negara sudah tahu berhubung tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada jam 2.30 petang 21 Mei lalu.

Ajal di tangan tuhan, kita akur. Mati tidak boleh dipercepat atau dilambatkan. Apabila tiba saatnya kita semua akan meninggalkan dunia ini.

Seperti dijangka, selepas tragedi, pelbagai pihak mula bertindak mengikut bidang kuasa diperuntukkan.

Jabatan Kerja Raya akan menjalankan kajian samada kawasan terbabit stabil dan selamat untuk dihuni atau sebaliknya. Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, jika diputuskan tidak selamat, Majlis Perbandaran Kajang, MPKJ, akan meruntuhkan struktur dilapor didirikan lebih 10 tahun terbabit.

Manakala Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipetik berkata, rumah anak yatim terbabit tidak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Hakikatnya, kenyataan dan tindakan reaktif semua pihak, sudah terlambat.

16 mangsa, majoriti kanak-kanak terkorban dan 9  terselamat masih dirawat di hospital.

Apapun sekalung penghargaan kepada pemimpin kerajaan dan pembangkang kerana sudi menyumbangkan wang tunai kepada setiap keluarga mangsa tragedi terbabit. Bencana menimpa kekadang membuka ruang kepada pihak berbeza pandangan politik untuk bersatu membantu. 

Jika diteliti sejarah, struktur roboh, Highland Towers, banglo di Bukit Antarabangsa dan Ulu Yam, semua dibina berhampiran lereng bukit dan menyembah bumi akibat pergerakan tanah. 3 tragedi hitam, mengorbankan nyawa, berlaku dalam tempoh 9 tahun, di antara tahun 1993 dan 2002.

9 tahun kemudian, kejadian berulang lagi. 

Lihat 5 gambar berikut disiarkan blog dan akhbar.


Struktur terbabit didirikan di lereng bukit. Justeru, hairankah jika tanah runtuh? Kita tidak perlu mempelajari rocket science untuk memberikan jawaban logik kepada soalan itu.

Pelajar terkorban dan tercedera berusia di antara 7 dan 17 tahun terbabit tidak bersalah kerana bukan tugas mereka untuk berfikir berhubung status keselamatan struktur mereka huni. Mereka hanya menimba ilmu di lokasi itu.

Sewaktu melawat Memorial Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur pada 27 April lalu, saya terpandang deretan rumah kayu 2 tingkat di pinggir hutan tebal dan merakamkan gambar struktur terbabit.


Saya difahamkan, struktur kelihatan daif dibandingkan majoriti bangunan di ibu kota itu, sekolah tahfiz namun tidak dapat saya pastikan kesahihan maklumat diterima. Barangkali sebilangan pembaca blog ini mempunyai maklumat lebih tepat dan sudi dikongsikan di sini.

Kita harus akur, membina struktur untuk didiami manusia di lereng atau cerun bukit secara semberono, tindakan mencabar sekaligus tidak menhormati kuasa alam.

Terbaru, struktur ranap ditimbus tanah runtuh di Hulu Langat itu disahkan MPKJ  tidak memiliki Sijil Layak Menduduki atau CF.

Usah terperanjat jika alam mengamuk dan memusnahkan kita kembali.

22 ulasan:

  1. Salam...semoga kejadian menjadi iktibar kepada semua..tak perlu salahkan sesiapa Allah dah tentukan...

    BalasPadam
  2. Iktibar sebelum terkena diri.
    Lepas ini kawasan mana pula?, bersedialah, jika tidak pindah, sebelum Pasak Bumi Murka.

    BalasPadam
  3. Sesungguhnya ada hikmah disebalik tragedi ini..semoga menjadi pengajaran pada lain..janganlah berulang lagi..ia sesuatu yang bodoh kerana kita telah tahu akibatnya..tapi masih mahu mengambil risiko..

    BalasPadam
  4. bukan setakat perumahan atau penempatan..kawasan jalanraya dan lebuhraya juga perlu diperhatikan..

    BalasPadam
  5. Salam Bro Mazidul,

    Kalau boleh perkataan "Tangan tuhan" tu diganti dengan takdir tuhan atau perkataan lain yang sesuai.

    Tangan hanya untuk makhluk. Sedangkan Allah itu lebih besar dari sekalian alam. Tak tercapai akal hendak mensamakan sifat manusia dengan Sifat Allah.

    Cuma pendapat yang tak seberapa

    BalasPadam
  6. struktur bgnn yg dibina di lereng bukit dan banjaran batu kapur sebenarnya adalah time bomb yg menunggu masa sahaja kerana batu kapur akan mengalami luluhawa yg akan melemahkan struktur tanah dlm jangka masa yg lama. apatah lagi jika tapak bangunan ditambak dgn sampah sarap dan biodegrable waste yg akan mereput dan melemahkan struktur tanah yg sememangnya sedia lemah kerana asasna SAMPAH.

    BalasPadam
  7. Bro, saya membaca tampalan ini.

    (Taip guna iPad2...koh koh koh)

    BalasPadam
  8. SMTI...

    Terasa kesal, tapi semua sudah bernama tragedi

    BalasPadam
  9. Kita menyakiti alam, lalu bersalahkah ia apabila ia mengamuk? Tidak! Kita yang tak mengerti ataupun memang mengerti cuma tidak peduli akan kesakitan alam akibat tangan2 jahat kita sendiri.

    Manusia diberikan akal, jangan letak kat lutut. Kuasa ada, tapi jangan disalahgunakan.

    BalasPadam
  10. Yang lepas, yang datang kelihatan pembangunan atas bukit cerun bukit Di Sg Pencala , Damansara...pandan Indah Ceras, akan datangg., kita tengok nanti..

    BalasPadam
  11. walaupun tragedi ni pahit untuk diterima, tetapi tetap ada manis yang kita boleh lihat. betapa di tengah2 kehidupan urban yang semakin bersifat mementingkan di sendiri, masih ramai manusia yang masih berhati mulia saat tragedi menimpa. bertungkus lumus membantu menyelamatkan mangsa yg tertiimbus. Allah sahaja yang boleh membalasnya...

    dalam apa jenis situasi sekalipun, pasti ada sisi positifnya...

    BalasPadam
  12. salam. SMTI. innalillah wa inna ilaihi rajiun.

    BalasPadam
  13. salam,

    en. mazidul boleh tak siasat blog ini... tuan empunya blog menghina islam habis-habisan...

    http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/author/mhsaw/

    BalasPadam
  14. SMTI lagi...

    kali pertama tidak dapat komen, sebab slow.

    Baru kini: Saya Membaca Tampalan Ini.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.