Gambar di atas dihantar melalui emel kepada saya. Pengadu meminta saya menyiasat mengapa Jalur Gemilang dipasang terbalik, lambang negara berada dalam keadaan darurat.
Berikutan itu, jam 10.30 malam tadi, saya ke masjid terletak tidak jauh dari rumah. Bendera sama masih dikibarkan terbalik.
Saya kemudian menemui 2 kakitangan masjid dan memaklumkan mereka berhubung aduan saya terima.
Beberapa minit kemudian mereka membuat keputusan menurunkan Jalur Gemilang lusuh dan koyak di hujung itu.
Mereka berdua mengakui menerima aduan berhubung kedudukan bendera terbabit sebelum ini, cuma barangkali kekurangan masa untuk memperbetulkan posisi bendera itu. .
"Siapa menaikkan bendera selalunya?," soal saya.
"Siak," balas mereka.
"Ada orang buat ni, tengok cara ikatan pun simpul mati," keluh lelaki berbaju kemeja.
Dia kelihatan sukar menanggalkan simpulan.
Apapun, saya menerima kenyataannya sebagai satu tanggapan sahaja berikutan ketiadaan bukti sahih berhubung dakwaan itu. Tambahan pula, manusia boleh melakukan kesilapan secara tidak sengaja. Sebaik diturunkan, mereka berbincang untuk menggantikan Jalur Gemilang uzur terbabit dengan bendera baru.
Hemat saya, Jalur Gemilang harus dikibarkan dengan kedudukan betul kerana bendera itu dilihat ramai jemaah masjid dan mereka melintasi kawasan sama.
"Banner direntang di pagar masjid tu, memang mendapat kebenaran ke?," soal saya lagi.
"Tak," balas mereka.
Saya kemudian keluar dari kawasan masjid dan merakamkan gambar banner direntang di pagar berhampiran jalan utama. Di kalangan penduduk Kota Damansara, Petaling Jaya, masjid terbabit dikenali sebagai 'masjid kuning' kerana warnanya.
Banner memaparkan maklumat berhubung program bual bicara bertajuk 'Islam Dan Perubahan'.
Majlis akan berlangsung di Masjid Taman Subang Perdana, 10 Mei, jam 8 malam.
Sewaktu saya merakamkan gambar masjid terbabit ...
Mengapa ditanggalkan?
NOTA
Terima kasih kepada semua pengiklan di blog ini. Sokongan anda, amat saya hargai.
Alamak!
BalasPadamTertungging pulak kepala bendera tu ke bawah!
Bijak sungguh si tukang pasang.
Alahai
BalasPadamcuai nyer memasang bendera
Tiada semangat kenegaraan langsung, panji/bendera dalam peperangan sekiranya telah jatuh bermakna sebelah pihak telah mengalami kekalahan, adakah kita hendak membiarkan panji/bendera negara kita terbiar/tertonggeng begitu sahaja.
BalasPadamBukan maksud nyer 'country in distress' ker? or sign of protest... tapi to me, it's a clear sign of the ignorance.. hahahah
BalasPadamBangla ka indon yang pasang?
BalasPadamsalam bro,
BalasPadami believe it was done deliberately. selepas lebih 50 tahun merdeka, takkanlah tak tau rupa jalur gemilang.
this people are getting to our nerves... actually!
btw, i've linked it to my latest posting.
tks
Assalamualaikum,
BalasPadamBarangkali sebab kita kat dalam negara, benda-benda macam ni anggap kecil sahaja. Ramai yang bersikap begitu
Bendera sangat besar maknanya. Lagi-lagi, kalau kita kat luar negara. Sangat bangga kalau tengok bendera negara kita berkibar. Jumpa orang malaysia kat mana-manapun dah rasa bangga.
apa yang masalahnye banner islam dan perubahan...should be its not about sentimen politik kan..
BalasPadamAssalamuaalaikum.
BalasPadamMereka tahu perkara tu salah cuma cuai dan malas membetulkan kesilapan. Lumrahla, ramai manusia memerlukan dorongan berbentuk paksaan baru melakukan suatu perkara.
maaf tumpang mempersoalkan juga... knp ye banner ceramah bob lokman tu di tanggalkan?
BalasPadam"ketidaksengajaan yang disengajakan".... noktah....
BalasPadambila Blogger Mazidul dah bertanya.... dan ingatlah, Mazidul bukan sekadar bertanya..... dia akan panjangkan macam2 hal lebih2 lagi apabila sesuatu itu berkaitan dengan Parti yg lain dari Parti Chap Keris.... siapa yg nak cari pasal dengan Mazidul... sebab tulah pekerja Masjid terpaksa turunkan banner tu.... cuba kalau Bob Lokman join Parti Chap Keris yg mazidul sokong tu, nescaya Mazidul tak tanya pun banner tu ada dapat kebenaran ke tidak...? Rasanya Mazidul pulak lagi yg tolong gantung banner tu...
BalasPadamMazidul = Blogger Double Standard... pilih bulu punya orang....
Peace bro...
Hubaya Gunung Semanggol, kalau setakat melontarkan komen tanpa berani menampilkan identiti, saya anggap awak blogger-tanpa-telur sahaja.
BalasPadamFull stop.
Lama tak mengulas di sini.. :)
BalasPadamcam pelik je bendera dipasang terbalik.. macam ada yang tak kena..
Bro, RR pun tak perasan pasal bendera tu, he he. Padahal seberang jalan je dari rumah. Nampak sangat jarang ke Masjid. Koh koh koh
BalasPadamas salam mazidul...selama ini aku adalah silent reader di ruangan mazidul...istilah bendera di pasang terbalik samada disengajakan atau tidak disengajakan tidak seharusnya berlaku...dari pagi mazidul menerima aduan hingga lah ke malam liputan di buat nampak sangat ajk masjid tidak peka hal ini...satu lagi maksud bendera di pasang terbalik ini... emmm....apakata hal ini kita biar kan kepada pembaca untuk memberi pendapat mereka...pembaca yang bijak mesti tahu apa maksud BENDERA MALAYSIA TERBALIK...
BalasPadamRampas kuasa melalui bendera..pun boleh.
BalasPadamtinggalkan dulu bab politik. kita bincang sejarah dan kenegaraan dulu. minta betulkan kalau silap
BalasPadamdarurat negara ini tidak pernah ditarik balik?
buka you tube dan type 'terang boelan' atau 'mamula Moon'
kemudian baru renung-renung balik bendera kita
kalau tidak peka segalanya mungkin terjadi..yang pegi tiap2 hari ke masjid pun boleh tak perasan..
BalasPadamni sudah kurang ajar namanye.... bendera adalah ibarat panji2 yg mana klau dalam perang walaupun dah kena potong tangan masih kita julang.
BalasPadamTerima kasih bro Mazidul coz tolong promote ceramah Bob Lokman... tQ.
BalasPadamsetuju dgn kenyataan abg mazidul mengenai post hubaya gunung semanggol...hehhee
BalasPadamSalam...
BalasPadamObjektif adalah tentang kesilapan mengantung bendera..Mengapa perlu di tambah pula dengan kes Banner..Sebagai perasa.. untuk menambah kesedapan berita..agaknya saje..
Salam
BalasPadamNampaknya masjid dah selalu disalahgunakan. Hai orang melayu... apa nak jadi?
Janganlah pula masjid digunakan untuk kutuk-mengutuk dan salah menyalahkan antara sesama Islam...
BalasPadamKalau tak mau pergi Majlis Ilmu, jangan hasut atau halang orang lain untuk pergi.
BalasPadamAtau MENGHALANG agar info mengenai Majlis Ilmu tidak dapat dihebahkan.
Masjid bukan sekadar tempat solat dan baca Yaasin.
Tetapi juga tempat mendapat Ilmu.
Melayu TANPA Islam akan terus layu...
Islam TIDAK perlu Melayu untuk terus hidup subur...
Dek kerana fahaman politik berlainan kalau boleh nak sekat Majlis Ilmu dan Dakwah orang lain?
Tahulah awak bernaung bawah media arus Perdana yang dikuasai mereka, tapi tak boleh kah rasional sedikit dalam memikir hal2 ugama Islam atau memang dah tergolong dalam puak yang telah ditutup pintu hati?
Ramai ummat Melayu berpegang teguh hanya kepada bangsa... Ugama dalam hal2 tertentu sahaja...
Hai orang Melayu.. apa nak jadi?
Manusia tak boleh lari dari melakukan kesilapan, tapi kalau lama sangat masalah tu terbiar macam tak logik atau mungkin mereka tak ambil peduli hinggalah ditegur.
BalasPadamIsu banner, tak salah berpolitik, tapi tak perlu sampai fanatik. Apapun parti yang kita sokong, yang baik kita terima yang buruk kita sama2 tegur. Jangan main telan saja tak kira baik buruknya hanya kerana kita menyokong parti tersebut.
apa kaitannya banner dengan bendera?...adakah nak mengatakan ia perbuatan atau sikap orang di parti X?..nampak macam tak fair lah...perkara yang tak di buktikan,,akan menimbulkan fitnah dan prasangka tak baik...kalaupun benar, ia hanya melibatkn segelintir manusia dan bukan mewakili satu organisasi...mereka angkat kerana bro ambik gambar banyak sangat kot..hehehe
BalasPadamCeria, saya menulis fasal fakta. Awak pula menulis mengenai TANGGAPAN.
BalasPadamItu bezanya.
Di bahagian mana dalam tampalan ini saya cuba menghalang sesiapa menghadiri majlis ilmu?
Ya, again, TANGGAPAN.
Orang bermain dengan tanggapan, tewas sebelum berjuang.
Bear that in mind dan sepertimana saya nyatakan di profil, blog ini tidak ada kena mengena dengan syarikat saya bekerja.
Anyway, banner terbabit telah direntangkan kembali di tempat asal.
Thanks.
Yusri, nampaknya awak bertanyakan soalan dan menjawab sendiri. So, that is your question and sekali dengan jawaban.
BalasPadamThanks
Bendera ini digantung terbalik ada dua kemungkinan sahaja. (Bendera Lusuh)
BalasPadam1. Sengaja: tanda protes atau ada sesuatu ketidakpuasan hati seseorang. = tak boleh diterima.
2. Tak sengaja atau nyanyuk: Macam tak percaya takkan dah gantung tak toleh lagi. = sukar diterima.
Di tempat saya semua poster, bena atau bunting serta papan tanda kena ada kelulusan dari Majlis Daerah, jika tiada wajar amat dilupuskan tanpa kompromi.
Salam
BalasPadamSetuju sgt dgn saudara iDan.
yang lawaknya pergi buang banner bob lokman...saya sayangkan malaysia..
BalasPadam