Jumaat, Mei 06, 2011

Lebih Baik Putus Tunang Berbanding Merana Seumur Hidup

Saya percaya ramai telah membaca kes lelaki menikam tunangnya  sehingga mati di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan kemudian cuba membunuh diri.

Suspek dilaporkan meninggal dunia malam tadi di Hospital Seberang Jaya setelah dipercayai meminum racun paraquat.

Takziah kepada keluarga mangsa.

Khususnya kepada pembaca wanita bujang atau janda, saya ingin berkongsi pendapat.

Klise, waktu bercinta lazimnya hampir setiap perbuatan pasangan, indah. Saya yakin ramai pernah menempuh pengalaman sebegitu.

Setelah agak lama berkenalan, terserlahlah sikap sebenar pasangan, the true colors. Berbudi bahasa, manja, mengada, garang, kurang ajar, cemburu membabi buta, panas baran dan pelbagai lagi sikap ditampilkan.

Selalunya pada waktu itu, majoriti wanita sudah mampu mengenal pasti  antara sikap negatif pasangan mereka tetapi sukar memutuskan hubungan.

Mengapa?

Mungkin akibat sudah terlanjur, justeru tercetus persoalan, masih adakah lelaki sudi menerima mereka sebagai pasangan hidup sesudah madu dihisap kumbang rakus?

Kata orang tua, kelapa ditebuk tupai.

Lantas wanita terbabit menganggap mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali terus kekal bersama pasangan biarpun mula berasa terseksa berikutan sikap buruk teman lelaki.

Akibat tempoh terlalu lama bercinta, sebilangan wanita mencecah usia lewat 20 an. Pada usia terbabit, sebilangan mereka barangkali berasa  gentar untuk memulakan kembali hubungan dengan pasangan baru.

Mereka juga  mungkin bimbang jika lelaki seterusnya bersikap lebih buruk berbanding perangai pasangan terkini.

Itu antara jangkaan saya.

Dari alam percintaan, mereka kemudian melangkah ke alam pertunangan.  Lazimnya bertunang di antara 6 bulan dan setahun. Jika sikap buruk tunang semakin kritikal, sebilangan wanita hanya membisu kerana takut sekiranya ikatan pertunangan terputus di tengah jalan.

Sebab itu, sebilangan wanita sanggup menadah muka dan tubuh, dibelasah teman lelaki.

"Aku sayang dia sebab dah lama sangat couple"

Itu alasan lazim dikemukakan.

Jika wanita mengambil keputusan memutuskan pertunangan, mereka bimbang dipandang serong segelintir anggota masyarakat.

Persoalannya, wajarkah tindakan mereka itu? Membiarkan diri terseksa hanya kerana bimbang putus tunang? 

Pandangan peribadi saya, adakalanya memutuskan tali pertunangan lebih baik berbanding wanita terjebak seumur hidup dalam alam perkahwinan menyeksakan sekiranya tunang, kini suami secara berterusan bertindak ganas terhadap isteri. 

Bertunang hanya sekadar adat.

28 ulasan:

  1. saya pun rase camtu, lebih baik putus tunang drpd kite merana seumur hidup...nnti lebih banyak menyusahkan org lain..

    BalasPadam
  2. assalammualaikum..sy agt setuju dgn pendapat en.mazidul.

    BalasPadam
  3. nauzubillah..mintak2 saya n tunang dijauhkan dr perkara2 camtu..

    BalasPadam
  4. Manusia ni, kalau ada pegangan agama yang kuat, mesti tak jadi kes-kes macam ni :(

    Nama dari Felt. Berminat?

    BalasPadam
  5. setuju, tetapi kedua-dua pihak haruslah menerima keputusan dengan hati terbuka. kenapa perlu sampai emosi tahap kritikal sampai membunuh.

    BalasPadam
  6. yer betui tu cik mazidul,bg pompuan2 kat luar sana jgn le nak siksa diri kan..kalo dah tau tu cepat2 ler bertindak utk selamatkan maruah diri dan kena pandai jaga diri w/pun da bertunang.Bertunang bukanlah tiket utk menghalalkan segala2nyer..

    BalasPadam
  7. betul tu en.mazidul. pertunangan adalah tempoh untuk mengenali pasangan, adakah dia sesuai dgn diri dan keluarga kita atau tidak. jika tidak sesuai maka tidak perlulah diteruskan hubungn itu. ada jgk yg takut nant ditertawakan rakan-rakan jika putus tunang, sedangkn temph bertunang adalah sesuai untuk memberi kata putus sebelum ke peringkt yg lebih serius.

    BalasPadam
  8. Kalau dah kahwin pun dan sekadar dijadikan 'punching bag' - lebih baiklah bercerai sahaja. Jangan bagi alasan itu ini lagi. Biar menjanda dari badan dan jiwa menderita.

    BalasPadam
  9. Bro - semua permasalahan tu dapat di kekang dan dapat dihindarkan dengan pengetahuan Agama Islam yang bagus, mendalam dan diamalkan. Dengan pengetahuan Agama Islam Yang banyak, ia dapat menguatkan tahap keimanan kita. Renung-renungkan dan selamat beramal (tiru ayat Ustaz Izzi)

    BalasPadam
  10. nak tambah sikit..

    perempuan2 dlm situasi mcmni dalam dilema, tertekan nak buat pilihan..nak putus salah, nak teruskan makan hati..tsk!

    kena ada 1 pihak lain yg berkecuali yg boleh membantu dlm kes2 mcm ni..

    BalasPadam
  11. Niat pada awalnya. Siapa ambil kesempatan ke arah siapa. BERAPA bulan perempuan dpt kenal panas baran lelaki. GADIS tutup mata dek support wang.. Berapa bulan?
    Bila dpt yg lebh baik, gadis beri sejuta alasan, setahun kemudian? Lamanya nak kenal sifat lelaki.

    Jangan salahkan lelaki jika berdendam kpd gadis pengikis.
    Alasan lama sgt untuk menolak cinta. Buta dek wang dan bantuan kereta dll.

    BalasPadam
  12. sy setuju ngan entry ni..sy penah putus tunang pas setahun bertunang..tp takde la buat benda tak senonoh tu..mula2 memang timbul perasaan takut nak mulakan hidup yang baru, nak berkenalan dan sbgainya..tapi lama2 baru tersedar, betapa beruntungnya saya putus tunang dulu atas sebab-sebab tertentu...sebab skarang saya dapat lelaki yang lebih baik.. =)

    BalasPadam
  13. Saya sangat simpati dengan nasib mangsa, tambahan lagi mangsa mempunyai anak kecil. Kesian sangat, anak itu dah kehilangan ibu mereka di usia yang amat muda dan masih memerlukan kasih sayang dari ibunya. Tapi itu lah, setiap kejadian ada hikmahnya.. Sekiranya wanita tu melangsungkan perkahwinan dengan tunang kejamnya itu, saya pasti nasib dia bertambah buruk, silap2 anak2 dia pon kena tempias. Apa pun, takziah kepada kedua-dua keluarga mangsa.. Kepada gadis yang masih mencari cinta, carilah lelaki yang boleh bimbing kita, bukan lelaki yang akan bunuh kita.. :)

    Saya ada update jugak.. Sesiapa nak tengok apa fesyen terkini atau x sempat nak ke shopping complex, boleh lah datang jenguk..
    Klik sini ye..

    BalasPadam
  14. jenis tak berani nak kata TIDAK.. itu yang sanggup diri dijadikan sebagai tempat pukul bantai dek pasangan..

    Biarlah putus tunang..

    pelik.. kenapalah sanggup biarkan pasangan buat sedemikian rupa..

    BalasPadam
  15. salam mr mazidul,

    SETUJU,,,
    salah dua2 pihak kan...nak kata pompaun sahja pun lelaki pun tak kurang hebatnya mnggoda..

    abis apa kia nak buat bila anak2 meningkat remaja...? mnghalang cinta sedangkan cinta itu yang mmbutakan mereka...fikir2kan apacara kta dpat mmbantu mereka sebelum berulang perkara yang sama....

    BalasPadam
  16. itu le pashal...sebab alasannye dah lame sangat..nak carik yg baru nnti nak kene back 2 basic diorg malas..xpn bile sume laki dh berpunye kene plak tekel abg nigeria..ops!hik3...kesimpulannye..janganler...once u saw his true color, don lie 2 urself, nak ke u idop lelame ngn org cm2..bg 1 chance je..klu x jadi gk chow sajerh...::))

    BalasPadam
  17. manusia berjiwa rapuh memang mudah ilang pertimbangan~~~

    BalasPadam
  18. Setuju. Namun dalam kes ini, sayang..begini akhirnya dia. Mungkin si lelaki dah dapat menangkap tujuan tunang yang berhasrat nak memutuskan tali pertunangan mereka. Al Fatihah...

    *Manusia semakin ramai sakit jiwa*

    BalasPadam
  19. Memang betul...saya sendiri pernah juga mengalaminya...setelah berubat dengan rukyah...ayat-ayat Al Quran dan mendekatkan diri dengan Allah, maka saya beranikan diri untk memutuskan relationship .....waktu bertekad...biarlah tak kahwin pun tak pe...asalkan kita rasa dekat dengan Allah daripada bergelumang dengan maksiat....

    Kemudian tak lama dalam 6 bulan, Allah ketemukan dengan lelaki yang jauh lebih baik...saya terima lelaki tersebut (sekarang suami) hanya kerana Allah...bukan kerana nafsu dan takut pd pandangan masyarakat....alhamdulillah bahagia

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum.
    tak ramai perempuan berani untuk ikut rasional bila libatkan hal begini. Bila dah bertunang merka kena jaga nama keluarga kemudian rasa takut dengan masyarakat. Takut digelar andartu. Lagi takut kalau dah terlanjur. Tambah-tambah takut kalau mereka tidak ada sumber pendapatan tetap yang boleh buat mereka mandiri.

    Nak tak nak, bagi yang tak berani dan tak mampu berdikari, tadah ajelah apa yang ada.

    Bagi perempuan yang berani untuk jadi andartu, mereka juga dilema. Bila umur dah meningkat, lelaki dah tak ramai lagi yang solo. Berlaku pula tragedi bermadu.

    Bagi saya; kalau sebelum kahwin pun dah bermasalah, baiklah undur diri. Bukan mudah nak terjun cari masalah. kalau boleh, bila kahwin akan selesaikan banyak masalah. Lagi pula, percayalah pada Allah yang dah tetapkan jodoh buat kita. Dah usaha cari tak jumpa, DOA lah pula...

    BalasPadam
  21. sy sangat setuju dgn pendapat sdr Mazidul... lebih baik putus sebelum menanggung azab dan derita yg berpanjangan selepas kahwin

    rasanya semakin lama kenal kita semakin tahu perangai sebenarnya

    saya juga pernah memutuskan hubungan selepas dia mula menunjukkan sifat2 yg negetif ... mula2 memang sukar namun akhirnya rasa amat bersyukur

    BalasPadam
  22. bang.. rupanya ada blog eh.. baru tau.. lama tak datang opis hobart kat shah alam..

    BalasPadam
  23. hmm..btul tu. kalau dh time bercinta atau tunang pn tak boleh nak control, ni kan pulak time dah kahwin nanti. lagi lah banyak dugaannya. mintak dijauhkan la smua tu... huhu

    jemput baca entry terkini: MANUSIA YANG DIMURKAI ALLAH

    BalasPadam
  24. Nak tambah sikit, anak anak gadis bila mula berkawan dan berpacaran kenalkanlah pasangan awal awal kepada keluarga kita biar ibu bapa boleh menilai sama. Biasanya mak dan ayah akan memberi pandangan yg berguna utk kemudian hari kelak samada teman lelaki sesuai atau tidak utk anak gadisnya. Insyaallah selamat.

    BalasPadam
  25. "cinta itu umpama kurap, semakin digaru semakin sedap".. hehhe

    BalasPadam
  26. Bagi saya Putus Tunang di zaman kini perkara biasa sahaja; hatta dalam isu ini sy memihak Bro. Maz.

    Sementelah orang perceraian kini pun dah macam bukan kemurkaan Dia nan Esa... apa sangatlah malu jika putus tunang.

    Masalah kelapa ditebuk tupai ini selain ianya satu keruntuhan moral ianya amat aib kini. Pun ianya menjadi antara faktor perceraian selepas bernikah.

    Percaya atau tidak ramai kalangan perempuan kini ingin sangat menjadi janda lantaran sejarah hitam semalam; maka mereka sering mencari lelaki yang jujur & simpati jadi Pak Sanggup lepas itu kembali buruk laku agar dilepaskan nak kejar lelaki macho lagi mewah.

    Pelik sikap lelaki kini tak sanggup terima kelapa ditebuk tupai tapi ramai tergila-gila janda berhias!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.