'Saya nak pergi ke banglo tinggal di belakang Tugu Negara'
Itu antara mesej dihantar kenalan, Rahmat Mokhtar melalui ruang sembang Facebook pada jam 11 malam tadi, ketika saya berada di rumah.
Hampir jam 1.30 pagi, saya menyertai Rahmat, 24 tahun dan 2 rakannya meninjau banglo terletak di pinggiran Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
"Just point sahaja alat ni, nanti ada titik cahaya laser, kalau bacaan meter kurang 70, maksudnya dipercayai wujud kegiatan paranormal," ujar anak kelahiran Klang, Selangor itu.
Pantas saya menghalakan lensa kamera Canon G12 ke arah rimbunan pohon dimaksudkan dan merakamkan gambar berikut.
Jika bacaan alat digunakan tepat, beberapa lokasi di sekitar banglo terbabit didapati bersuhu kira-kira 14 darjah Celcius biarpun tubuh saya berpeluh kerana mendaki bukit untuk sampai ke lokasi dan cuaca di sekeliling saya rasakan agak panas.
Selain banglo, struktur dipercayai garaj dan dapur turut ditinjau pasukan sama.
Jam 2 pagi, kami disertai 2 rakan lain sebelum menyusup masuk ke dalam banglo sama. Saya rakamkan beberapa gambar untuk dikongsikan bersama pembaca.
"Enam puluh, empat puluh tujuh, empat puluh empat ...," kira seorang daripada ahli kumpulan.
Tubuh berasa seram sejuk tetapi saya tidak melihat kelibat entiti tidak dikenal pasti di dalam banglo terbabit. Didakwa, sebelum ini, ahli kumpulan sama merakamkan gambar bayangan wanita dan anak kecil di dalam bangunan ala kolonial itu.
Jam 2.20 pagi, remaja saya anggarkan berusia lingkungan awal 20 an menyertai kami.
Sebaik tiba di lokasi, dia kelihatan sibuk merakamkan gambar sebelum kami berhenti berjalan dan kemudian berehat di halaman banglo tersergam di atas bukit terbabit.
Gambar di atas BUKAN aksi mengangkung.
Jam 3 pagi, tiba-tiba Ahmad Adam Aliff berlari ke arah banglo dan mengajak saya mengikutinya untuk merakamkan gambar.
Suhu dirakamkan di sudut banglo, kurang 20 darjah Celscius dan semua ahli pasukan, bersama meninjau ruang dipercayai bekas tandas di bahagian belakang banglo.
"Jangan takut, aku datang nak bertanya, apa membuatkan engkau tidak tenteram di sini. Ini semua kawan aku, dia orang bukan nak kacau engkau," ujar Adam sambil berjalan.
"Suhu semakin turun, enam puluh (Farenheit), empat puluh tujuh ...," jerit rakan Adam.
Saya melangkah lebih berhati-hati sambil merakamkan video kerana lantai banglo tinggal itu dipenuhi papan berpaku.
"Dia nak tarik seorang daripada kita ni, jom keluar, keluar, keluar!," jerit Rahmat.
Jam 3.18 pagi, sebaik berada di luar banglo, gadis menyertai kami berhenti berjalan. Dia kelihatan binggung dan mula muntah.
"Jangan cekik aku! Jangan cekik! Tak boleh bernafas," jeritnya sambil memegang leher.
Matanya berair, dia kelihatan penat sebelum kami beredar.
Lihat gambar berikut.
Ruang udara pada awalnya kelihatan kosong dipenuhi entiti majoriti bulat dan bercahaya bagaikan mengejar kami.
Pengalaman menarik.
berdiri bulu roma!!!...
BalasPadamwau, meremang bulu roma!
BalasPadammujur baca entry ini waktu petang.. kalau tak memang sy dah skip dah.. :)
BalasPadamalahai.... kalu saya siang2 hari pun dh meremang bulu roma tgk banglo2 tinggal gini
BalasPadamterbaik
BalasPadamPengalaman yg menarik...
BalasPadambest..next time abg mazidul masukkan lagi entry2 mcm ni ok
BalasPadamSurrender! Aku memang tak mampu nak harungi ni mcm korang.
BalasPadamSalam semua. Saya pernah menyertai Rahmat meninjau Banglo tersebut sebanyak 2 kali. Pengalaman saya di situ menyeramkan dan mengugat keberanian saya. Pada malam kali pertama pergi, suasana amat gelap. Tiada apa yg kelihatan tetapi sebelum kami segera beredar, 'penunggu' di situ mahukan salah seorang gadis dari ahli kumpulan kami. Manakala apabila pulang ke rumah, baru saya sedari lengan tangan dan peha saya lebam-lebam. Pada kali kedua saya pergi bersama Rahmat dan kumpulan EAG, malam itu kelihatan cerah dan terang. Saya ternampak kelibat hitam melintas sekelip mata di kawasan dapur, tinggi dan besar. Seorang ahli kami ternampak mata merah bersinar-sinar pada pokok besar spt paparan gambar. Sebelum beredar, sekali lagi'penunggu' tersebut juga mahukan gadis dpd kumpulan kami. Apabila pulang ke rumah, kesan lebam-lebam kelihatan di lengan tangan, peha dan betis saya. Saya terasa spt angin menyentuh lengan saya pada masa kumpulan kami duduk setempat. Begitulah pengalaman Paranormal saya bersama Rahmat & ahli kumpulan kami.
BalasPadamwah, pengalaman menarik nih...
BalasPadamWosh..membacanya saja sudah terasa 'sereemmmm'...
BalasPadamBeri RM 1000 pun, tak sanggup saya....
Memang pengalaman yang puas hati pada malam tersebut. Terima kasih kepada semua yang ada bersama dan atok atok yang membantu. Alhamdulillah
BalasPadamsmti.. ;-)
BalasPadam...perkara ghaib, syaitan, jin & roh yang tak aman memang ujud, cumanya bagaimana mahu menghubungi mereka...
BalasPadammemang menyeramkan...bukan calang2 orang boleh ketempat ini tambah2 waktu malam...
BalasPadamseram tp buat2 berani..
BalasPadamsaya nak join bole tak?
BalasPadamSekarang ni paranormal sudah menjadi suatu aktiviti yang semakin menarik minat ramai. Dulu orang semua sangka ini hanya kerja bomoh sahaja.
BalasPadamBagus. Menarik dan lain dari yang lain.
*Maaf tanya, Rahmat ni ker yang dulu join kita gathering di FRIM? Dia pernah citer, kena kejar lari tak cukup tanah. hehehehe bila ingat, saya tergelak...
Azie, jawabannya, ya!
BalasPadamterfikir knpa org nk kaji benda2 paranormal ni..
BalasPadamwow macam best sahaja
BalasPadamSehingga saat ini saya takkan join aktiviti cmni walaupun diberi peluang... hu3....
BalasPadamSdr Idan, Tak Payah menghubungi mereka, kiri kanan atas bawah ada,
BalasPadamkalau kena gaya, bermain dgn mereka, kesannya kpd anak atau cucu.
Kena gaya.
huhuh, new experience la!!! buat lagi tentang ni banyak2.. best nak tau semua makhluk ghaib ni..
BalasPadamBro Mazidul dah jadi macam Zainal Arifin pulak. Apapon, kita berkongsi dunia dengan makhluk-makhluk yang kita tak nampak.. Jangan biarkan diri anda DISELUBUNGI MISTERI...
BalasPadamsib baik baca siang hari...kalau malam, konfirm skip entry ni..
BalasPadamberani sungguh perempuan yang ikut serta tu...
perghhh! mmg seram la betol la abg baca entri cmni...nasib baik siang ari..kalau mlm? gamaknya tutup kain selimut la sy mlm ni..hohoho
BalasPadamsmti.:)
BalasPadambaca entri ni tepat 12:30 tgh mlm!
BalasPadamhuhu..rase seram pulak!
pengalaman ni mmg menarik!
btl ker kalau camera ada cahaya bulat2 gitu maknanya ada entiti?
BalasPadamkalau bulat2 tue, itu tandanya itu air atau embun....tak percaya???try dok bawah sprinkler and snap picture...akan ada banyak la gambr2 bulat bersinar mcm tue bawah sprinkler...so whats that means??? 'entiti' ngh mandi??? hehehe
BalasPadammcmna saudara rahmat tau entiti tu mahukan seseorng...gerak hati atau memang tahu buktinya...apapun..mmg menarik..
BalasPadamSalam bro. Menarik la post ini. Saya nak tanya tentang lokasi rumah di atas. Boleh x kongsi alamat banglo usang tersebut. Terima kasih
BalasPadamsalam.. sye pon nak tau lokasi rumah nie.. da lme sye n mmbr2 sye crik.. tp xde rezeki la.. klu bley kongsi la alamat rumah nie.. thanks.. :D
BalasPadamsalam, saya perlu kaji bangunan ni. boleh saya tahu lokasi rumah ni? email sy umairahalias@gmail.com
BalasPadamApa lokasi rumah nie, sbb kami round bukit tungku, bnyk sgt rumah yg terbiar. Ada clue lokasi rumah nie x,
BalasPadam