Selasa, Mei 10, 2011

Dia Pendek Mata Merah (Kejadian Lemas Di Ulu Bendul)

"Dia pendek, mata merah. Dua dia tak sempat, satu dia tarik ke bawah pokok besar, tertimbus empat kaki dalam"

Itu antara dakwaan dilontarkan lelaki berjanggut dan berseluar celoreng berdiri di sebelah saya sewaktu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, JPAM Negeri Sembilan giat mencari mayat Nur Syaza Sakinah Syed Ahmad, 2 tahun, jam 4.10 petang semalam.


Saya perhatikan kegigihan anggota JPAM berusia di antara 22 dan 31 tahun terbabit, memotong akar kayu dan cuba menggali pasir di bawah pohon besar di tebing sungai.

Hampir jam 5 petang, tiada mayat ditemui di kawasan sasaran.

"Bang, boleh ambil gambar?," pinta mereka.

Malangnya setiap kali gambar cuba dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, saya mendengar keluhan sama.

"Alamak! Gambar tak clear, goyanglah"

Hakikatnya mereka semua kesejukan, setelah berada di dalam air dalam tempoh lama lalu tangan menggeletar ketika merakamkan gambar. Akhirnya gambar berikut diabadikan penerbit 999, Shahnun Hanif Suhaimi menggunakan kamera digital, Canon G12 saya.



Saya tidak mengenali mereka secara peribadi tetapi menyanjung semangat jitu tersemat di jiwa anggota JPAM terbabit. Tujuh hari mereka menjalankan usaha mencari dan menyelamat 3 kanak-kanak perempuan mati lemas akibat fenomena luar biasa. 

Jam 5.05 petang, 3 Mei lalu sewaktu berkelah bersama ayah, Syed Ahmad Ibrahim, 28 tahun, 3 anaknya, Nur Syaza Alisa, 5, Nur Syaza Azira, 4 dan Nur Syaza Sakinah, 2 tahun dilapor dihanyutkan 'kepala air'.


( Nur Syaza Alisa (kanan), Nor Shaza Azira (kiri) dan Nur Syaza Sakinah (tengah) tidur bersama sebelum kejadian)

Saya berasal dari kampung dan tinggal berhampiran sungai sekian lama. Barangkali ramai pembaca keliru berhubung takrifan 'kepala air' biarpun berulang kali membaca phrasa itu di akhbar sejak awal bulan ini.

Sungai berair jernih dan cetek menjadi lokasi orang ramai berkelah dan bermandi-manda tanpa menyedari hujan lebat turun di bahagian hulu. Air hujan terkumpul kemudian menghakis tebing sungai sekaligus mengaut bersama antaranya kayu balak, batu, lumpur dan kelodak, mengalir deras ke hilir. Gabungan air hujan dan sungai dengan paras ketinggian berlipat ganda berbanding aras kedalaman air sungai sebelumnya kemudian menghayutkan mangsa. 'Kepala air', air deras terawal tiba di lokasi kejadian. 

Analoginya, jika sebelum kejadian, ketinggian air sungai hanya di paras lutut, ketinggian kepala air terbabit naik mendadak, melepasi aras kepala manusia.  

Lihat gambar Sungai Batang Terachi, Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, saya rakamkan semalam, kembali cetek dan mengalir tenang. 


Difahamkan, sewaktu kejadian, ketinggian air sungai terbabit melebihi aras kepala pengacara 999, Hazlin Hussain berdiri di atas batu.


Tiga mangsa dilaporkan mandi di kawasan sama sewaktu tragedi melanda. Mereka anak kecil, mustahil mereka berupaya menyelamatkan diri daripada dirempuh kepala air mampu mengapungkan dan menghanyutkan kayu balak bersaiz lebih sebesar pemeluk manusia dewasa.

Saya melihat air mata berjujuran di pipi ibu mangsa, Wan Azleela Wan Abdullah, 33 tahun sewaktu majlis membaca doa selamat berlangsung pada jam 1.30 tengahari semalam.


Syed dilaporkan berpisah dengan ibu mangsa, kelihatan sugul di sepanjang majlis berlangsung. 


Akbar sebelum ini melaporkan, Syed berkunjung ke kawasan perkelahan popular terbabit bersama anak dan teman wanitanya, Alwani Abu Hassan, 19 tahun. Mereka juga turut dihanyutkan air deras namun berjaya menyelamatkan diri sebelum dirawat di hospital.

Dalam majlis sama, bapa saudara mangsa, Wan Adnan Wan Abdullah, 38 tahun, kelihatan sebak, tidak berupaya mengawal emosinya.


Majlis sekaligus menemukan kedua belah keluarga mangsa, secara aman terbabit antaranya dihadiri Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba (gambar pertama di bawah, kanan sekali) dan pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Roslan Ariffin.

Mereka antara pegawai kerajaan banyak membantu mengkoordinasikan operasi mencari mayat mangsa.


 Roslan Ariffin

"Lebih 150 orang terbabit mencari mangsa. Setakat ini tidak ada lagi perancangan untuk memberhentikan operasi," ujar Jaafar.

Tambah beliau, operasi mencari mangsa dibantu Pasukan Bomba dan Penyelamat, JPAM, RELA, SMART, polis, tentera, kakitangan Jabatan Perhutanan serta penduduk kampung.

Untuk rekod, mayat Nur Syaza Alisa ditemui pada jam 3.15 pagi manakala  mayat adiknya, Nur Syaza Azira pula dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada 10.20 pagi pada jarak di antara 300 dan 500 meter dari lokasi kejadian. 



Sewaktu ditemubual kru 999, ibu mangsa turut berkongsi cerita bersama Hazlin.

"Masa turun bersama mencari mangsa, emak dia terjumpa kain telekung di tepi sungai, dia angkat, kemudian letak di tebing. Seorang daripada anak dia, dijumpai di tempat sama. emak mangsa kemudian cakap, dia berasa pelik sangat apabila ada ahli keluarga terjumpa semula telekung sama di tempat asal," ujar Hazlin.

Saya dimaklumkan, usaha mencari mangsa turut dibantu ramai pengamal perubatan Islam namun sehingga jam 11 malam tadi, mangsa terakhir masih belum ditemui. 

Pelbagai cerita saya dengar selama kira-kira 6 jam berada di sekitar lokasi kejadian. Barangkali penduduk Kuala Pilah lebih arif berhubung dakwaan kawasan terbabit 'keras'.


 Saya doakan agar mayat mangsa ditemui dalam tempoh terdekat. Ya Allah,  izinkanlah jenazah anak kecil bernama Sakinah dikebumikan secara sempurna, Al-Fatihah.


50 ulasan:

  1. al fatihah buat semua mangsa,harap keluarga mereka tabah menghadapi unjian dariNYA

    BalasPadam
  2. saya juga kagum dengan kegigihan pasukan penyelamat yang bertungkus lumus mencari mangsa, berhari2 dan berjam-jam berendam dalam air

    syabas buat mereka

    begitu juga kepada orangramai yang turut serta mencari

    moga mayat anak kecil itu ditemui, biarlah tentu kuburnya..alfatihah

    BalasPadam
  3. Airmata saya tergenang tatkala melihat gambar yang terakhir. Semoga jenazah Allahyarham Sakinah dapat ditemui dan dapat disemadikan dengan sempurna.

    Kepada Wan Azleela, salam takziah dan semoga tabah menghadapi dugaan. Anda bertuah kerana nanti ada 3 "bidadari" menanti anda di sana.

    BalasPadam
  4. Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berwajib agar kejadian dirempuh Kelapa Air ini tidak terusan berulang.

    Salah satu tindakan perlu ada seperti Penggera atau Siren Keselamatan jika terdapat Kepala Air di muara sungai.

    Saya sering juga singgah di Ulu Bendul ini tak dinafikan memang ramai pengunjung di hari cuti santai di sini. Bayangkan jika kejadian rempuhan Kepala Air ini berlaku ketika padat pengunjung!.

    BalasPadam
  5. semoga ibu tabah mengahdapi ujian dari Allah ini... kuatkan semangat... semoga adik Sakinah berjaya ditemukan dan dikebumikan dengan sempurna.. Amin.

    BalasPadam
  6. Sokong Idan, supaya tanda amaran musim hujan .
    Tahap redha dan kesabaran yg tinggi bila anak pergi sekaligus.

    BalasPadam
  7. ye... sy lelaki, tp airmata sy menitis bila tgk gambar mayat arwah yg baru dijumpai, serta tangisan dan ratapan si ibu tatkala melihat mayat kedua2 anaknya. seorg anak tiada bandingnya dgn harta dunia, apa lg kehilangan 3 sekaligus. terus teringat akan anak sy, iris, di rumah. semoga dijauhkan perkara ini dari berlaku lagi....

    semoga roh arwah dicucuri rahmat....

    BalasPadam
  8. salam takziah untuk seluruh ahli keluarga..sedih dan sayu bila No berada ditempat IBU malang tu kerana ketiga2 yang masih kecil..sesungguhnya ada himmah disebalik kejadian ini..KEPALA AIR hanya dijadikan PENYEBAB..Ingatlah kuasa ALLAH adalah segalanya..

    Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha pencarian ini..semoga mereka semua dalam lindungan ALLAH SWT hendakNYA..amin..

    BalasPadam
  9. Bro - Innalillah hi wainna lillah hi raji'un. Alfatihah untuk ketiga-tiga adik beradik comel tu. Sayu betul hati. tak larat nak komen dah.

    BalasPadam
  10. al fatihah..

    sekadar berkongsi pengalaman, ketika itu dalam perjalanan pulang turun dari mendaki Gunung Tahan. Masa singgah kat Kem Putih, sempat lah mandi manda kat sungai yg jernih dan bersih tu. Tp ada petanda awal sebelum 'kepala air' ni datang. Ada yang panggil 'ombak tiga beradik' dan selalunya yg terperangkap sukar nak selamatkan diri. Petanda awal adalah warna air (tiba2 air keruh) walhal takde hujan ketika itu dan sampah yang hanyut bersamanya. Mmg tidak lama selepas tu, 'ombak 3 beradik melanda', ruang masa tak sampai 10 minit.

    BalasPadam
  11. suami bersuka ria dgn awek umur 19 tahun sambil bawa anak2 piknik...
    kesudahan sad ending..tapi i lebih simpati pada ibu kepada 3 adik beradik tu...

    BalasPadam
  12. Bagaimanapun keadaannya, semoga jenazah si kecil Nur Syaza Sakinah itu akan ditemui dan dapat diuruskan dengan sempurna. Al Fatihah.

    BalasPadam
  13. Menitis airmataku membaca,menatap gambar tersebut.Terbayang wajah anakku yg sebaya dgn mereka.Buat keluarga mangsa,bersabar banyak2.Ini adalah ujian dari Yg Esa.
    Al-Fatihah......

    BalasPadam
  14. takziah...
    khusus untuk ibu mereka, bersabarlah anak-anak puan insyaAllah akan membantu puan nanti di akhirat.

    BalasPadam
  15. Alfatihah.. semoga jenazah Sakinah di temui. Takziah untuk seisi keluarga.

    BalasPadam
  16. Sangat menyayat hati. tak terkata. Allah benar2 menguji keluarga 'bidadari kecil' ini...

    Apalagi yang nak dikatakan, hanya sabar penguat iman. Semoga Allah memberikan ketenangan dan kebaikan yang berlipat ganda kepada mereka yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa.

    Buat anakanda ummi, Nawal Ashiqin & Nawal Insyirah... kasih ini tiada tolok bandingnya. Allah jua tempat kita berlindung dunia akhirat...

    BalasPadam
  17. Al-Fatihah...

    Walaupun dah banyak kali baca kisah ni kat mana2 blog, namun airmata masih tetap gugur.. Sungguh besar dugaan yang diturunkan kepada keluarga mangsa..

    Saya mengharapkan agar mangsa ketiga dijumpai dengan selamat walaupun itu adalah perkara mustahil. Namun, kuasa Allah, siapa tahu, kan..

    Setiap yg berlaku, ada hikmah di sebaliknya yang kita tak tau..

    Al-Fatihah dan salam takziah..

    BalasPadam
  18. saya mendoakan agar jenazah si kecil ditemui segera...harap ia menjadi iktibar kepada kita semua termasuk saya agar berhati-hati apabila turun ke sungai...insyallah

    BalasPadam
  19. semoga mereka berada di syurga pada ketika ini, alfatihah buat mereka. dan buat keluarga mangsa, semoga redha dan tabah hati. saya rasa sedih membaca laporan ini dengan photo2 yg diambil, sayu rasa hati ini.

    BalasPadam
  20. Takziah....berat mata memandang...berat lg bahu memikul...sedih...

    BalasPadam
  21. cuba lihat tragedi kepala air di Sekayu, Terengganu 3 tahun yg lepas yang mengorbankan nyawa.. lihat tarikhnya.. sama!!

    mangsa adalah keluarga ipar adik saya...

    BalasPadam
  22. sedih. tu je dpt saya ungkapkan. sebagai seorang ibu, saya dapat faham perasaan bagaimana anak2 kecil itu pergi serentak :(

    BalasPadam
  23. Sebak bila melihat gambar arwah kanak-kanak tu. Semoga tenang mereka disana.

    BalasPadam
  24. Salam...tahziah pada keluarga mangsa. Sebak baca entry kali ni.

    BalasPadam
  25. Al-fatihah serta takziah...semoga keluarga tabah menghadapi dugaan

    BalasPadam
  26. Peristiwa yang menyayat hati.
    Semoga ibu bapa sabar menerima suratan takdir.3 anak tu dah dijamin ahli syurga.

    BalasPadam
  27. Mengalir airmata saya melihat si ibu...berusaha meredah sungai mencari anak...Ya Allah...permudahkanlah segalanya..biarlah anak kecil itu ditemui segera....

    Al Fatihah....

    BalasPadam
  28. sungguh.... sayu tak terkata.Sedih yang amat menatap wajah anak2 kecil ini dan kepiluan ibunya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    Saya pernah juga ke tempat ini mendaki gunung Angsi bersama pelajar2. Kali terakhir pergi beberapa tahun lalu, seorang pelajar cedera membuatkan kami turun dr gunung ketika matahari sudah lama terbenam. Di perjalanan turun, kelihatan batu2 berdiri dan bercahaya. Terfikir mungkin batu2 ini disusun oleh pelawat yang dtg berkelah tapi cahayanya kurang pasti dtg dr mana?

    BalasPadam
  29. Kelip-kelip ku sangka api
    Kalau api, mana asapnya
    Hilang ghaib ku sangkakan mati
    Jika mati, di mana kuburnya?

    Sesiapa yang sudah merasai 'kehilangan' akan mengerti gejolak hati Si Ibu.

    Kain putih itu akan ditemui, InsyaAllah.

    BalasPadam
  30. aku setuju dengan komen sdr Razak bin Ramli...takziah untuk keluarga. al fatehah

    BalasPadam
  31. alfatihah utk anak2 kecil itu. saya nih setakat membaca news nih pun dah mengalir air mata. sayu sungguh. kalau kita yang membaca nih pun boleh mengalirkan air mata, ini kan pula keluarga mereka...especially ibunya. Ya Allah... tabahkan lah hati ibu anak2 itu... tetapkan hati dan iman nya.

    BalasPadam
  32. Bro Mazidul,
    Saya amat terusik dengan foto akhir kanak-kanak malang yang tidur bergelimpangan. Saya seorang bapa, dan saya yakin bapa lain juga berperasaan sedemikian. Perasaan saya sebak dan saya tidak betah menatap foto itu lama-lama.

    Inilah yang dikatakan takdir, sesuatu yang pahit untuk ditelan tetapi perlu diterima.

    Moga syurgalah tempat mereka.. AMIN

    BalasPadam
  33. kita yang membaca sedih . apatah lagi si ibu yang kehilangan ketiga-tiga cahayamata ...



    al fatihah

    BalasPadam
  34. al-fatihah

    nak tahu jugak apa cerita keras tu

    mgkin dapat di ulas pada post seterusnya

    BalasPadam
  35. saya sarankan diadakan solat hajat beramai2 di kawasan kejadian & tempat tinggal mangsa..Hanya Allah Ta'ala shj yg Mampu membantu pd saat2 mcm ni..sebagai ibu,saya turut merasa simpati & bersedih..

    BalasPadam
  36. kejadian malang itu menimpa keluarga kami . Saya sepupu kepada ayah mangsa.. ayah mangs juga kehilangan .. trauma jadinya.. pohon agar mana2 pihak tidak mencerca sesiapa.. apa yg terjadi sudah ditentukan.. jika ayah mangsa bersama keluarga sekali pun & bkn teman wanita, jika telah ditetapkan terjadi perkara ini.. akan tetap terjadi.. doakan agar Nur Syaza Sakinah segera ditemui.. InsyaAllah..

    BalasPadam
  37. Sebak sgt saya tgk gmbr yang last tu,masa manaip ni pn air mata saya masih mengalir, saya pn ada 3 anak perempuan. saya harap keluarga mangsa terutama ibu, wan azleela tabah hadapi dugaan ini. Al fatihah utk 3 bidadari.

    BalasPadam
  38. tabahkanla hati ibu dan ayah mereka.. sy sendiri tak sanggup nak tgk gambo last tu.. mengalir deras air mata.. apatah lg ibunya yg melalui... moga allah temukan anak bongsu nya pada keluarganya...

    BalasPadam
  39. Rinaz... harap keluarga awak tabah menghadapinya. Jangan hiraukan apa kata orang walaupun ianya menyakitkan. Baik ayah mahupun ibu, kasih kedua2nya tidak dapat dibandingkan... Sabar ye...

    BalasPadam
  40. Betul UmmiLiN ..saya juga sebagai seorg ibu blm tentu sekuat ibunya & bapanya.. cuma harapan kami sekarang Nur Syaza Sakinah dpt dijumpai.. jika sudah tiada, biarlah ada 'tanda' kubur nya.. jika masih hidup, semoga adik dibawah Lindungan Allah hendaknya.. Makcu sekeluarga akan tetap berusaha & berikhtiar utk mencari adik..

    BalasPadam
  41. tgk 999 malam tadi.tak sedar airmata mengalir .takziah utk keluarga mangsa

    BalasPadam
  42. sewaktu membaca penulisan ini, air mata saya x berhenti mengalir.saya dapat merasakan betapa sedihnya ibu 3 beradik ini.saya harap mayat Syaza dapat ditemukan .Semoga Allah mamakbulkannya.Amin.

    BalasPadam
  43. Assalam mazidul...sngt sebak dan sedih membaca ulasan beserta gambar ni....saya mohon keizinan utk meletak entry ni di blog saya dan akan saya kreditkan kepada nama blog anda. Mungkin ramai yg belum melihat blog anda ni..tkasih...wassalam...

    BalasPadam
  44. salam takziah pada keluarga mangsa..saya pernah tengok kepala air ni live kag tempat saudara kat sungai Bil..kejap ja air tu jadi tsunami

    BalasPadam
  45. suami saya juga terlibat dengan operasi mencari mayat yang ketiga tu... khabarnya, ada perkara tak senonoh yang dilakukan sebelum kejadian...wallahualam... betul atau tak... tak tau la...

    BalasPadam
  46. syu... siapa yang buat tak senonoh tu ?? ni mesti bapak budak2 tu ngan gefren dia..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.