Sabtu, Mei 07, 2011

Isteri Wajar Ada Pesaing?

Kekadang persaingan dilihat antara tuntutan dalam memburu kebahagian rumah tangga.

"Piah, boleh tolong buatkan air teh secawan untuk abang?," pinta suami.

"Awak ni, buatlah air sendiri, susah sangat ke?,"  balas isteri kepada suami.

Itu antara reaksi lazim, jika lelaki itu beristeri satu.

Senario berbeza boleh dijangka jika lelaki sama beristeri dua, barangkali layanan diterima tidak sama. 

"Biar Yah buatkan air bang," kata isteri pertama.

Madunya menjeling.

"Nah pun boleh buatkan air untuk abang. Abang duduk berehat, kasihan abang, sudahlah kerja teruk di pejabat, mesti penat," ujar isteri kedua.

"Tak apa, sayang, buatlah dua cawan, biar abang minum keduanya," balas suami.

Lumrahnya isteri dianggap sebagai permaisuri di dalam rumah tangga tetapi kekadang sebilangan mereka terlupa, suami itu rajanya.

Jika diperhatikan, tanpa persaingan, majoriti  isteri kerap melayan suami secara lewa.

Perlukah diwujudkan pesaing mereka?

19 ulasan:

  1. Idea yang menarik hehe. Elok jugak kalau diwujudkan pasaran persaingan sempurna. Kalau pasaaran monopoli,memang pengguna (suami) kerugian :)

    BalasPadam
  2. sebelum bertanya soalan itu, tanya dulu pada diri para suami. sanggupkah pula pesaing mereka diwujudkan? jika mampu jawab sanggup, soalan akhir tadi boleh ditanyakan kepada para isteri

    masalah layanan sepatutnya dijadikan perbicangan bersama. jika layanan kurang, mungkin isteri merasakan dia juga diberi layanan sebegitu rupa. disitulah wujudnya tolak ansur dan semangat kerjasama antara suami isteri. bukannya dengan hanya menunding jari pada sebelah pihak sahaja.

    BalasPadam
  3. Sorang kawan, punyai 2 orang isteri, tinggal serumah. Aidilfitri tahun lepas saya berkunjung ke rumahnya, dia seperti "Raja", order sahaja, si kawan minta isteri masak ni, masak tu, kawan abang nak makan, sang isteri buat seperti yang diminta.

    Bila tiba masa mereka buat kunjungan balas ke rumah saya, si kawan ni tadi guna sebuah kereta; masa sampai di rumah kita, sang isteri muda duduk kat depan, bila masa nak balik, giliran isteri pertama pula duduk kat depan, alahai harmoninya.....

    BalasPadam
  4. segelintir malaysia & singapore ...barat.... terlalu garang
    harimau betina ....

    BalasPadam
  5. Tak adil untuk wanita ...klu si jantan berbini banyak ...
    klu isteri terlalu malas ...dan garang ...pasangan tersebut perlu jumpa kaunseling ... bukan galakkan si jantan cari bini muda banyak 2.....jantan kena faham ... tak semua wanita rela diduakan o berkongsi kasih dengan jantan mereka ...

    BalasPadam
  6. suami raja, tapi isteri bukannya orang gaji, boleh disuruh itu & ini. Kalau dah namanya berkongsi hidup, kenalah buat kerja dalam rumah bersama2. Tak pudar sifat maskulin pun kalau suami memasak, buat air, mengemas, menjaga anak. Tak luak juga sifat feminin kalau wanita bekerjaya & bergaji besar. Yang penting tolak ansur & saling menghormati pasangan. Aman hidup sekeluarga. Ini cuma pandangan saya, kalau ada yang tidak bersetuju, saya minta maaf.

    BalasPadam
  7. ingatlah wahai wanita melayan suami menjadi tanggungjawab isteri manakala menolong isteri atas budibicara suami...kalau suami terpaksa melayan isteri `queen control` namanya...bila `queen control` iman suami tinggal separuh...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..

    Mmmm..Perbezaan ketara antara lelaki & perempuan,

    Antara keperluan & kemahuan.
    Antara logik & emosi.

    Saya cuma ada 1 wallet. Digunakan dalam satu masa. Tak ganti selagi tak rosak kerana yang perlu hanya 1. Logically, kenapa perlu ada banyak?

    Most lelaki, tak pernah menganggap diri sendiri sebagai raja. Tak pernah berharap orang kata "Hensemnya dia!", "Cantiknya baju! Beli kat mana?". Birthday sendiri tak ingat pun takpe. Hari lelaki, hari bapa pun tak tau bila.

    (Kisah benar) 3 tahun lepas, gie lunch kat rumah member..

    Laki: "Amacam? Power tak bini wa masak?"

    Aku: "Perghh! bini lu masak??? Sedap giler! Serius beb! Dulu tak pernah masak.. wa respect aa (nama bini dia)"

    (Kemabang kuncup hidung bini member kena puji)

    Laki: "Dulu pemalas! Terbongkang dpn TV. Hari2 aku makan mekdi. Skarang, lepas nikah sorang lagi, wa balik gerenti dia masak! Sedap lak tu.. time merajuk dulu sebulan balik kampung training masak ngan mak dia"

    Bini: "Hmm... orang dah masak penat2, jgn kat rumah sana je.."

    (Mereka bahagia sehingga hari ini, semoga kebahagian mereka berkekalan)

    Kenapa tunggu ada pesaing?

    Pastu sambung makan.. siap ada dessert tu.. Perghh! Marvellous!

    BalasPadam
  9. Bro - memang wajar. Ada member tu, dua dua suami isteri berjawatan tinggi, sebelum siisteri tahu suami ada cawNgN lain, air sejuk pun malas nak serve, tapi bila rahsia dah pecah, barulah nak tunjukkan kasih sayang, orang gaji cuma menyapu lantai dan kerja lain. Kalau tak, semua makan minum semua bibik yang prepare, siisteri sibuk xengan kerjaya jek. Koh koh koh kisah benar ni.

    BalasPadam
  10. Semuanya atas diri sendiri. Selagi dibahaskan ttg isu gender, sampai bila pun takkan habis. Baik suami atau isteri, kedua2nya mahu dilayan istimewa oleh pasangan masing2. Tak guna wujudkan pesaing jika keburukannya lebih daripada kebaikan. Kalau kita hendakkan yang teristimewa daripada pasangan, kita sendiri kena istimewakan dia dahulu.

    Andai suami mahukan dirinya dilayan seperti raja, maka jadikanlah isterimu permaisuri. Jika suami mahu isteri berhias cantik bagai puteri, jadikanlah dirimu juga kacak seperti putera raja.

    Andai isteri mahukan yang terbaik daripada suami, maka jadikanlah dirimu yang terbaik untuk dirinya. Andai isteri mahukan yang indah2 dan romantis daripada suami, romantiskanlah dirimu untuk dirinya.

    Suami isteri perlu ada tolak ansur, saling memberi dan saling menerima. Jangan mengharap daripada sebelah pihak. Tak adil namanya.

    Semoga kita terus hidup dalam harmonis dan dilindungi Allah selalu.

    BalasPadam
  11. Salam..

    Dah kena kongsi....Terpaksa bersaing pulak..Kesian kat wanita..wanita kan kaum yang lemah...

    BalasPadam
  12. Beristeri lebih dari seorang itu hak seorang lelaki bernama suami. (Bukan saya kata).

    Walau bagaimana pun ikutlah kemampuan.

    Isteri saya jika saya suruh buat air tak kiralah siang atau malam! sukar amat saya berjaya menerima pesanan saya. Maka saya reda & faham... tak lagi mahu meminta sebab saya tahu itu mamak lagi cepat menerima pesanan saya.

    "Teh tarik kurang manis!" tak sempat panas punggung dah sampai.

    Jika isteri silap-silap panas segala... kan begitu!.

    BalasPadam
  13. hmmm terlpeas plak entry ni..panassss .... apapun kena tolak ansur... kalau isteri layan suami baik2 suami pun kna layan isteri baik2..sama2 keje sama2 cari duit sama2 penat...... so sama2 kna layan sama2..huhu fenin...

    setuju lelaki boleh kawin lagi satu kalau isteri pertama tak layan baik..tapi kenala adil... kena paham juga isteri pertama penat mcm mana...kalau dh penat seharian urus umah..pastu laki minta mcm2 plak susah jugak... buat isteri mcm org gaji...

    BalasPadam
  14. cari saingan sihat. InsyaAllah bahagia.. :)

    BalasPadam
  15. majoriti kaum hawa disini tidak bersetuju dgn artikel ini.ada juga alasan lelaki perlu bertolak ansur kerana mereka sama2 bekerja.tidakkah anda tahu bahawa lelaki bertanggungjawab keatas nafkah keluarga,bukan wanita.tanggungjawab isteri pula bukan kepada kerja,tetapi kepada suaminya.jika membebankan sehingga mengabaikan tanggunjwab terhadap suani,baiklah kiranya mereka menjadi surirumah sepnuh masa.kepada isteri juga,mereka tidak boleh mempertikaikan arahan suami kerana layanan kepada mereka atas alasan mahukan layanan yg sama.isteri wajib mematuhi suami tetapi suami tidak wajib mematuhi isteri.kamu jgn lupa yg kamulah yg menerima sebagai suami kamu.

    BalasPadam
  16. kepada NADIAH,pesaing kepada lelaki tidak perlu diwujudkan kerana wanita tidak boleh kahwin lebih dari seorang.tetapi,lelaki boleh.ada sebab mengapa lelaki dibenarkan kahwin lebih dari seorang.

    BalasPadam
  17. Al-Quran dah jelaskan hal2 sebegini....
    Maka terpulanglah pada diri masing2 untuk menghayati dan mengamalkannya. Kalau nak dicari sudut negatif maka hasilnya pun negatif, kalau dilihat dari sudut positif maka itulah natijahnya. "Law of Attraction".

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.