Ahad, Mei 15, 2011

Suami Mabukkan Cinta Gadis Iran Tertipu

Berikutan pendedahan berhubung parcel scam dipaparkan di blog Journalis Maya dan blog ini, saya menerima emel daripada pembaca.

Saya kongsikan kisah duka dihadapinya.

'Assalamualaikum En.Mazidul. 

Saya ingin berkongsi cerita fasal suami masih berada dalam mimpi akibat dibuai cinta dengan  wanita dikenalinya melalui Muslimah.com.

Kononnya wanita itu pelajar dari Kucing berasal dari  Iran. Pada mulanya fasal cinta kemudian katanya ibu bapa pelajar itu mati di Iran dan meninggalkan harta. Harta itu perlu dibawa ke Malaysia. Panjang ceritanya. Tapi tiba-tiba ada wakil kedutaan Jepun pula membawa parcel kononnya mengandungi wang .

Suami saya mempercayai seratus peratus kisah kekasihnya. Dia sudah membayar RM50,000, itulah duit ganjaran pencennya, dia ambil opsyen awal. Duit itulah harapan saya untuk digunakan anak masuk ke universiti tetapi habis macam itu sahaja. Saya dan kawan-kawan nasihatkan, suruh dia tengok 999, TV3 tetapi dia kata saya terpengaruh dengan cerita bodoh sedangkan dia yang kena tipu. 

Saya sudah membuat laporan polis, siap membawa emel yang saya ambil secara bersembunyi kerana dia lupa untuk log out emel tetapi polis berkata, saya tidak mempunyai bukti dan bukan saya yang tertipu.  Saya ada nombor akaun warga Nigeria itu dan nombor kekasihnya yang dikatakan berada di Jepun. 

Polis menasihatkan saya untuk memujuk suami tetapi dia tengah mabuk cinta. Kami semua kena marah sebab katanya dia terlalu mencintai gadis itu biarpun tidak pernah berjumpa dengannya. Gambar di dalam Muslimah.com itu memanglah cantik tetapi saya rasa gambar terbabit palsu.

Terkini, mereka meminta RM20,000 lagi, saya pening kepala kerana dipaksa membuat pinjaman bank untuk membayar duit kepada mereka itu. Sampai hati suami membuat saya macam ini. Saya tidak akan memberikan duit itu. Lebih malang lagi, setiap hari mereka suruh top up duit handphone dia, RM50 sehari. Puas kawan-kawan saya menasihatkan dia tetapi tidak  berkesan sampaikan saya hendak ke pejabat agama dan balik ke kampung pada tahun hadapan kerana tidak tahan dengan sikap suami bak dipukau itu. 

Saya menghantar emel ini kerana sudah tidak tahan dengan keadaan ini dan sekadar meluahkan perasaan

Puan LIna'


Berikut komen saya.

Saya berasa amat yakin suami puan telah terjebak dalam sindiket penipuan parcel. Modus operandi mereka licik dan kelihatan begitu menyakinkan.

Dalam hal ini, ada baiknya andai puan mampu mempertemukan suami dengan pihak ketiga, individu dihormatinya sekaligus mampu menyakinkan dia sebenarnya tertipu. Lebih molek jika  orang ketiga itu dapat menjelaskan perkara sebenar dengan kehadiran pegawai polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil di daerah puan tinggal.

Membuat pinjaman untuk mendapatkan wang RM20,000 bukan tindakan bijak dan akan merugikan suami puan.

Polis hanya boleh menerima aduan daripada suami puan kerana dalam hal ini, dia menjadi mangsa biarpun dia tidak menyedarinya.

9 ulasan:

  1. kesiannya isteri itu, kan?
    suami dia tu.....siapalah yang boleh tolong gegarkan otak dia tuh?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Bro..

    Untuk kes Pn. Lina, suami beliau masih belum sedar ditipu. Saya menyarankan gambar yang digunakan oleh penipu tersebut didedahkan (err.. maksudnya disiarkan).

    Sindiket penipuan ini biasanya menggunakan gambar2 drpd internet (model2 lucah). Pada awal perkenalan, gambar2 innocent model2 tersebut digunakan. Setelah beberapa lama memancing mangsa, mereka akan menghantar gambar2 yg lebih terdedah satu per satu (nie bearu betul dedah).

    Daripada gambar muka (x yah tunjuk badan pun x pe), facial recognition search lebih mudah dilakukan samaada secara automatic (features computation/analysis) atau manual identification. Maklumat/profile/resume/portfolio sebenar model itu mungkin akan membantu meyakinkan suami Pn. Lina bahasanya beliau sedang ditipu hidup2.

    BalasPadam
  3. Kesian sungguh pada puan ini, gara-gara suami, dia yang terpaksa bersusah payah menolong dan cuba membantu. Sedangkan suami begitu degil dan belum sedar.

    Memang kena libatkan polis, supaya dapat dibuktikan dan diselamatkan.

    BalasPadam
  4. Sedih betullah saya baca kisah ni..

    Pada pandangan saya, sebagai seorang suami atau ketua rumah tangga sepatutnya beliau memikirkan masa depan isteri dan akan-anak terlebih dahulu..

    RM50,000 bukan satu nilai yang kecil untuk diberi kepada orang lain walaupun orang yang rapat dengan kita termasuk juga adik-beradik, ibu ayah, anak-anak dan isteri..

    Biasanya orang boleh bagi RM50,000 sekiranya ada kenalan yang rapat dengan kita betul-betul terdesak akibat dilanda musibah seperti penyakit kronik yang memerlukan membedahan segera, rumah ahli keluarga terbakar dijilat api dan sebagainya..

    Dalam kes ini.. Dah lah bukan saudara terdekat atau adik beradik.. Sanggup bagi RM50,000 bagi saya memang tak dapat nak diterima dek akal.. Mungkin beliau kena ilmu guna-guna..

    Ntahlah dunia-dunia.. Begitu sukar untuk kita menilai setiap kejadian yang berlaku..

    Hanya Allah yang maha mengetahui..

    Pesanan saya buat si isteri.. Tolong sedarkan suami puan tentang tanggungjawab beliau sebagai ketua keluarga, suami dan seorang ayah.. Tanggungjawab tersebut terpikul di bahu beliau sehingga ke akhirat nanti..

    Jangan di layan perempuan yang belum tahu lagi asal usulnya..

    Entri Terkini Blog saya:
    Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menarik Trafik Ke Blog Anda??
    Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
    Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda

    BalasPadam
  5. ada juga manusia yg bodoh mcm ni..kesian si isteri..apa yg boleh buat? berpakat dgn polis, untuk tangkap nigeria yg buat tu..

    BalasPadam
  6. lelaki kalau dah mabuk cinta memang cenggitu..esok nanti bila dah tahu kena tipu barulah menyesal tak sudah2... last2 balik jugak ke pangkuan bini...

    BalasPadam
  7. Dengan teknolgi sedia ada..penipuan sudah jadi kerjaya profesional dan ber'class' tinggi. Lebih bijak dari orang bijak yang kena tipu...

    BalasPadam
  8. Boleh tak Abg Mazidul jadi org Ketiga tu. Hentak sikit kepala encik suami yg sedang hanyut di buai cinta ni (maksud saya ceramahkan sket, bukan hentak ke dinding. Masalah lain plak kang.. hehe) hmppp bila cinta menguasai, hilang jasa isteri berpuluh tahun di sisi. Kasihan. Harap akak tu tabah ler.

    BalasPadam
  9. kasihan pada si Isteri. Zaman skang nih tayah pakai bomoh... guna gamba pempuan cun and ayat2 power je dah leh wat suami mcm kena pukau, kena buatan org.
    kasihan isterinya... mungkin nih lah ujian rumahtangga mereka

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.