Khamis, Mei 12, 2011

Mazidul Ramas Kemas Kemas ...

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan tiba di Padang Tembak berhampiran Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh pada jam 3.26 petang semalam.

Menyambut ketibaan beliau, Ketua Jabatan, Ketua Polis 15 daerah, Pegawai Turus dan pegawai lain dari seluruh negeri Perak untuk pertandingan menembak.


Senjata digunakan, pistol jenis Walter dengan 10 peluru di dalam setiap magazine.


"Mazidul, betul ke ejaan nama ni?," soal anggota bertugas.

"Ya, betul sangat," balas saya.

Di sekitar saya, semuanya pegawai kanan, pegawai dan anggota polis. Hanya saya orang awam berada di lokasi terbabit bersama jurukamera, Mohamed Ali Othman dan pemandu, Yuhana Md Noh.

Gambar berikut dirakamkan Yuhana dan saya kongsikan bersama pembaca kenyataan Kopral Ayob dari Bahagian Persenjataan berdiri di sebelah saya di sepanjang acara menembak saya sertai.

"Pakai penutup telinga supaya nanti tak pekak"


"Ini pistol Walter P99 buatan Jerman"


"Pastikan senjata selamat sebelum masukkan magazine"



"Aim elok-elok di antara 2 pembidik di hujung pistol, tarik nafas, Mazidul ramas kemas kemas trigger dan tembak"


"Ops! Tunggu sekejap! Mana cameraman? Datang dekat sikit, ambil gambar close up"


"Uih! Steady, steady. Semua tembakan masuk target, orang sebelah pun ada missed"


 "Tu dia! Tengok di bawah tu, one bullet, one enemy"


"Ali, jangan lari, dia ni sharp shooter, tembakan dijamin tidak tersasar"


"Memang banyak masuk target. Bagus! Bagus!"


"Tak sangka, ingatkan wartawan tak pandai menembak. Di belakang tu ramai datuk tengah tengok"


"Ingat, jaga pernafasan, ramas trigger"


"You jangan risau, Datuk orang lama, memang dia menembak guna sebelah tangan"


"Saya memang puas hati tengok, amazing!"


"Tapi sayang kita tak boleh nak tunjuk kertas target kepada pembaca blog ini sebab ramai lagi peserta belum menembak"


"Mazidul nampak tak kertas di sebelah kanan, dia orang gulung dan kawal beramai-ramai"


"Terima kasih Kopral Ayob sebab menjadi trainer saya dan bekata 'jujur'," ujar saya.

Untuk tidak mengecewakan pembaca saya kongsikan gambar saya rakamkan di lokasi sama.


Pertandingan menembak dimenangi pasukan Datuk Mohd Shukri. Tahniah!

9 ulasan:

  1. Tahniah kepada pasukan yang menang. Seronoknya ada pengalaman begini.

    Pasti bleh la minta lesen. Buat menembak gagak ker... tembak tupai ker. hehe

    BalasPadam
  2. Mazidul, lepas ni bolehlah bertanding jadi wakil rakyat pulak, wakil rakyat pun tak macam ni selalu pi jumpa orang-rang macam ni!

    BalasPadam
  3. wow... syoknya... tak pernah lg menembak....

    BalasPadam
  4. dalam filem kita selalu tengok yg penjahat kalau menembak mesti tak kena walaupun menembak dr jarak yang dekat..
    tapi bila kita sendiri dah ada pengalaman, baru tahu sebabnya..bkn senang nak melembutkan jari dan 'meramas' trigger.. belum lagi nak jaga pernafasan disamping nak menstabilkan lengan.. hehehe

    BalasPadam
  5. cantik lapang sasar kat sini... bestnya menembak...

    BalasPadam
  6. Bro - kalau tak pegang/ramas kuat kuat, nanti pistol tu boleh melantun kena dahi atau kepala dan mungkin boleh menyebabkan kecederan atau kes berat lagi. Tapi RR tak pernah pegang pistol pun. Pistol air pernahlah. koh koh koh

    BalasPadam
  7. menariknya...
    pasni leh try apply for lesen plak eh...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.