Jam 7.04 pagi semalam saya melintasi Taman Seri Makmur, Kerdau, Temerloh, Pahang dan berhenti merakamkan visual kemalangan maut.
Mangsa, Rosnizam Mohd Taha, 32 tahun, berasal dari Kampung Bukit Lada, meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.
Kereta jenis Toyota dipandunya dipercayai terbabas lalu melanggar paip air dan tembok longkang di tepi jalan.
Lokasi kejadian, 13 kilometer dari Temerloh.
Mayat mangsa dikeluarkan 6 pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat Temerloh diketuai Azman Talib.
Abang mangsa, Zulkarnain, kelihatan mundar-mandir di tempat kejadian, saya hampiri.
"Dah dekat 2 jam adik saya meninggal, tak ada polis sampai lagi, balai dan IPD bukan jauh," ujarnya.
Menurut Zulkarnain, balai polis terdekat, Balai Polis Kerdau manakala IPD terletak hanya 13 kilometer dari lokasi kejadian.
Jam 7.18 pagi, ambulan beredar dari lokasi.
Sebelum itu, orang ramai mula berkerumun untuk melihat mayat.
Saya ingin membantu tetapi Zulkarnain mendakwa telah berulangkali menghubungi pihak polis sebelum saya tiba.
Namun saya berusaha mendial 999, kemudian dihubungkan ke IPD Temerloh dan memaklumkan bilik gerakan berhubung kemalangan terbabit.
Zulkarnain memaklumkan saya, balai polis trafik terletak di Mentakab.
"Kalau ikutkan hati saya, nak angkat sahaja mayat dia untuk dikebumikan," keluhnya sedih.
Saya faham perasaannya sebagai abang, tidak sanggup melihat mayat adiknya terkujur kaku, terbaring berlumuran darah kering di tepi jalan.
Bagaimanapun, mengikut undang-undang, pegawai penyiasat trafik harus tiba di lokasi terlebih dahulu sebelum mayat boleh dialihkan.
Jam 7.26 pagi, pegawai polis tiba menaiki kereta Kancil dan bercakap dengan abang mangsa.
Setelah mengucapkan takziah kepada Zulkarnain, saya beredar ke Taman Negara di Kuala Tahan.
Innalillahiwainnailahirojiun
BalasPadamhuhuhu. polis tak masuk pejabat lagi kot. mana ada orang kerja pejabat masuk pukul 5-6 pagi. ke saya yang salah. tak tahu.
BalasPadamAl Fatihah kepada keluarga mangsa...eemmm apasal laaa cekap sangat dia orang buat kerja ni....
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamDariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Alfatihah.
Takziah kepada keluarga mangsa .
BalasPadamRest in peace
Al Fatihah dan takziah kpd keluarga mangsa.
BalasPadampolis keje ikut syif bkn ikut opis hour.ada 3 syif(kalau tak salah la).mungkin time tu ada kes lain gak kot...
innalillahiwainnailaihiraji'un..takziah..
BalasPadamalfatihah kepada waris mangsa..
BalasPadamhmm..kecekapan pihak berkuasa perlu ditingkatkan lagi
Hikayat Lubang Najis: Umat Melayu Islam Mesti Baca!!!!
Takziah kepada keluarga mangsa.
BalasPadamSemoga segalanya berjalan lancar.
innalillahiwainnailahirajiu'un.. kenapa la sampai mcm tu cekapnya pihak berkuasa kita.. ermmm
BalasPadamInnalillahiwainnailahirojiun...
BalasPadammmg mcm ni ke?kena terbiar dulu?npe tak mcm doc yg bole on call?
subahanallah sesungguh mati terlalu hampir dng kita tidak kira usia.
BalasPadamAlfatihah.
BalasPadamTumpang baca tumpang lalu, tumpang simpati
polis keje 24jam kan?
BalasPadamal-fatihah.
BalasPadamajal kalau dah nak tiba takkan lewat sesaat pun.
takziah.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.. Al-Fatihah.
BalasPadamP/S : Saya pon pernah tinggal di Kerdau suatu masa dulu..
Innalillah... Al-Fatihah kepada arwah dan takziah kepada keluarga arwah.. Moga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman..
BalasPadamDalam keadaan macam ni pon lambat nak ambil tindakan.. Ataupun mungkin polis tu fikir orang dah mati, tak kisah la datang lambatpun...
Baik buang je motto tu dari cekap kepada lembab...
salam, al-fatihah kepada arwah. baru-baru ni di changlun juga berlaku perkara yang sama kepada kawan saya. kasihan, terpaksa memayungi jenazah abangnya yg terbabit kemalangan jalan raya selama lebih 3 jam kerana nak menunggu ketibaan pegawai trafik. harap pihak terbabit lebih bertanggungjawab...
BalasPadamtakziah kepada keluarga mangsa~ diharap pihak polis dapat mengambil kejadian ini sebagai iktibar untuk meningkatkan mutu perkhidmatan~
BalasPadamtakziah pada mangsa...
BalasPadamsaya bukan nak memperlekehkan kerja mereka...tetapi itulah realiti sperti di kawasan kediaman sy beberapa minggu lalu dimasuki pencuri...kami sudah membuat panggilan telefon dan 1 jam kemudian baru polis tiba..
entahlah...
Salam. Saya yang selalu membuat liputan kes kemalangan maut di Lembah Klang, pernah juga mengalami kejadian sama, tetapi jika sampai dah hampir 2 jam, ia agak keterlaluan.
BalasPadamNamun ada beberapa faktor mengapa jadi begini- jika di Lembah Klang, kes banyak dan kadang2 berlaku hampir serentak kemalangan maut dan pegawai penyiasat bukanlah ramai utk sesuatu IPD, dan ditambah pula dengan kesesakan jalanraya yg kronik jika berlaku kemalangan. Biasanya, anggota tugas am (GD) akan sampai dulu kemudian diikuti anggota trafik bermotosikal utk mengsahkan kejadian dan disusuli oleh pegawai penyiasat.
Tetapi jika berlaku di daerah seperti di Temerloh ini, tidak akan/jarang berlaku sebarang kesesakan jalanraya seperti di KL menjadikan masa utk tiba di lokasi adalah amat singkat. Jika menggunakan siren, jarak 13 km hanya mengambil masa kurang 10 minit utk tiba.
Utk tugasan pegawai dan anggota trafik standby kemalangan, mereka bekerja shift 24jam (8pg-8pg), jadi mereka dalam keadaan bersiap sedia jika berlaku sebarang kes.
Di dalam kes ini, dan kes-kes kebiasaannya, jarang berlaku 2 kes kemalangan maut berlaku serentak membuatkan pegawai penyiasat tak menang tangan. 2 jam adalah masa yg terlalu lama, melainkan mungkin pegawai penyiasat mempunyai tugasan lain di masa yg sama (seperti mengendalikan operasi/sekatan jalanraya), tetapi biasanya , sekurang-skurangnya seorang anggota trafik bermotosikal seharusnya sudah tiba dulu di lokasi.
Di dalam foto juga, tidak kelihatan sebarang anggota tugas am (GD-General Duty)di lokasi- yg kelihatan agak janggal.
Ambulan pula perlu pulang segera ke hospital utk standby kes2 lain kerana mangsa telahpun meninggal dunia.
Anggota bomba juga sudah boleh pulang ke balai utk kes2 lain juga. Bagaimanapun, mereka perlu tunggu sehingga pegawai penyiasat sampai utk memberikan laporan kes dan sehingga mayat diangkat ke dalam van/landrover kerana mayat diletakkan di atas alat pengusung milik bomba.
Dan paling utama, mayat dan juga kenderaan terlibat, hanya boleh dialih, ubah, angkat setelah pegawai penyiasat selesai membuat siasatan.
Bagaimanapun, kita tidk mengetahui apa sebab sebenarnya kelewatan ini.
Takziah utk keluarga mangsa dan Alfatihah utk arwah Rosnizam
ini jenazah orang kampung... orang kampung berbeza dengan orang besar.
BalasPadamsalam takziah kepada keluarga mangsa. semoga keluarga mangsa tabah dan bersabar.
BalasPadamterima kasih en mazidul kerana menyiarkan tampalan ini.
salam...
BalasPadamtakziah buat arwah dan keluarga..
kalau saya lah, sy akan angkat mayat tu. ye, negara kita ada undang2. tp kita juga kena jaga adab dan maruah. kesian mayat dok situ lama2. pedulik apa undang2. ni soal mati. klu mati kena bunuh ke, jenayah ke, lain cerita. ni kemalangan jlnraya. mentang2 la anak org kg. klu anak YB, tak dan eksiden polis dah sampai huhuhuhuh.. bermuka2 betul...
kalau cite bab aduan kat polis ni, mls la sy nk crita. nnti org kata sy fitnah la, tuduh tp xde bukti la, mudah give up la.... tp try la klu sume benda gini jadi kat diri sendiri. hangat membara hati dibuatnya.... nk sy listkan? errmmmm....
takziah pada keluarga mangsa
BalasPadamKalau berlaku kemalangan kat kwsn highway....lambat dari masa yg telah ditetapkan ..pegawai PLUS akan kena buat surat tunjuk sebab..napa lak Pegawai yg bertanggungjawab lambat datang...KENA TUNJUK SEBAB .....
BalasPadamApakah tindakan ?...
smti-alfatihah
BalasPadamalfatihah... agaknya kalau sedara dia mesti cepat sampainya.
BalasPadam