Ahad, April 17, 2011

It Goes Round And Round

Kita semua bergaul bersama wanita setiap hari, tidak kisah siapa pun mereka. Majoriti mereka insan bersifat lemah-lembut sekaligus memiliki perasaan mudah terusik. Dalam perkataan mudah, mereka lebih sensitif berbanding lelaki.

Berikutan sifat sensitif itu, mereka terdorong menjadi lebih cemburu. Cemburu melihat pasangan lain kelihatan bahagia dan gembira.

"Tengok suami Jun tu, pergi pasar pegang tangan dia, romantik sangat"

Itu antara luahan hati wanita.

Mereka mengharapkan sifat romantis dimiliki pasangan dapat dipraktikkan, bukan sekadar omong kosong. Hati kecil mereka lazimnya tersentuh jika tidak menikmati keromantisan seperti dikecapi pasangan lain.

Mujur mereka jarang memberontak, jauh sekali berpiket untuk menuntut dilayan secara romantik dek pasangan.

Apa pun, ketepikan dahulu soal romantis itu. Semua lelaki bebeza, sikap juga tidak sama.

Perkara utama ingin saya usulkan di sini, sebilangan wanita gemar memperbandingkan sikap pasangan mereka dengan pasangan wanita lain samada teman lelaki atau suami.

Selalunya, pasangan orang lain dianggap lebih baik.

"Tengok suami Izzah tu, dia lelaki bertanggungjawab, selalu spend masa dengan famili, romantis, penyabar dan penyayang. Suka sangat tengok"

Begitu dakwa sebilangan wanita.

Perkara tidak diketahuinya mungkin, Izzah juga tidak berpuas hati terhadap beberapa sikap  dimiliki suaminya.

It goes round and round.

21 ulasan:

  1. every man is romantic in their own way~ membandingkan dengan orang lain itu bukan caranya, yang penting kena faham pasangan masing2~

    BalasPadam
  2. Mengikut sejarah, dah dpt semua kecuali satu yg dilarang.. yg satu tu jugak la yg nak sesangat..

    Manusia semamangnya tidak pernah puas dgn apa yg dimiliki.Kurangkan bercakap lebihkan usaha.

    Perkara yg diusulkan merupakan sifat standard ~ aka "gossip" / "berkongsi keinginan" / "meluahkan perasaan" / "cakap je.." / "nak bagi tau je.." / "sesajer je nak complain sbb x de topic nak bual.." (especially kalau kengkawan dah start citer) either with or without intention / tanpa motif jelas.

    Hal rumahtangga adalah private kerana ianya melibatkan individu lain (pasangan, dll) yg tidak perlu dikongsi dgn org lain ~ walaupun dgn alasan "tension..", "nak luahkan gak!", "sesajer je.."

    Selain drpd downgrading pasangan, lama kelamaan ia akan mendedahkan keburukan/kelemahan "pencerita" itu sendiri & memberi ruang kpd mangsa cerita memasang 2, 3 atau lebih ~ atau mengambil tindakan yg lebih drastic dlm diam without feeling guilty (most lelaki jarang bercerita mengenai hal2 peribadi)

    Main keywords: Tindakan/perlakuan tanpa motif yg jelas.

    BalasPadam
  3. pompuan yg selalu dipegang tgn tu pon mungkin lam ati berkata,laki aku ni..kat luar pegang tgn aku nk tunjuk romantik,kat umah selalu mkn penampar dia je!

    BalasPadam
  4. tidak semua manusia itu sempurna. sebelum meminta itu ini pada suami, baik perbaiki kekurangan diri dulu walaupun sukar. lelaki lebih bersikap berdiam diri, sekali bersuara..waduh sentap! sentap! Jadi, bersyukur saja apa yang ada. asal tak makan penampar terajang hari2 sudah.... Alhamdulillah...

    BalasPadam
  5. Ada orang hipokrit.
    Berlakun di luar untuk menjaga nama baik di mata masyarakat atau ahli keluarga lain.

    Cakap lembut dan romantis depan kerabat di kampung, cover line.

    Hakikat sebenar MUNGKIN berbeza.

    Kenapa tidak BERSYUKUR dengan apa yang ditentukanNYA kepada kita. Menerima seadanya dan membuka minda bahawa itu yang TERBAIK buat kita..

    BalasPadam
  6. rumput dipadang diseberang jalan memang selalu nampak lebih hijau...

    BalasPadam
  7. Atau mungkin juga suami si Jun tu macam dalam cerita Do Re Mi, takutkan bini.

    Atau mungkin juga suami si Izzah tu "terpaksa" duduk di rumah...

    hehe..

    BalasPadam
  8. YA ALLAH YA TUHAN KU,
    KU POHON KEBAHAGIAAN BERSAMA ANAK ISTERI KU, KU POHON KEBAHAGIAAN TERHADAP SEMUA RAKAN DI BLOG MAZIDUL INI< KOPOHON AGAR HUBUNGAN KEKELUARGAAN DIRI KU DAN RAKAN2 YANG LAIN BERKEKALAN SELAMANYAAAA..
    amin amin ya rabbal alamin..
    al fatihah...

    BalasPadam
  9. Segala kelebihan & kekurangan pasanganku, aku terima dengan redha.

    Syukur Alhamdulillah.

    BalasPadam
  10. Pada saya perempuan ni kadangkala pelik, kalau kita kawan dengan dia, then kita mesra dengan kawan perempuan lain, mereka kelihatan cemburu atau bad mood walhal dia sudah berumahtangga dan kita sekadar berkawan baik, tak de hubungan apa2, sifat cemburu tu memang naluri biasa bagi mereka tapi tak semua.

    Tapi terus terang saya lebih suka berkawan dengan perempuan dari berkawan dengan lelaki yang berlagak macho, hisap rokok berkepul-kepul tapi mulut suka mengumpat, mengata dan memperlekehkan orang lain. Asal duduk semeja, tak de cerita lain, asyik cerita pasal orang saja.

    BalasPadam
  11. br jer terkenang pasal ni....suami sy jg bkn jenis romantik..ttp sy ttp merasakan dia adalah jodoh yg terbaik untuk saya...alhamdulillah

    BalasPadam
  12. suami saya pon tak romantik, tapi saya tak pernah pon komplen...terima seadanya.. tak dapat satu, tapi mungakin dapat 10 yg lain.

    BalasPadam
  13. Bro Dul

    The moral of the story is 'we must be thankful for what we have, must be thankful'.... pergh tu dia, orang kerja jaga tulis omputih. koh koh koh

    Betui ka cek?

    BalasPadam
  14. suami sy pon xromantik..tp sy berusaha mempe'romantik'kan hubungan kami suami isteri..:)

    BalasPadam
  15. kadang-kadang perempuan tak sedar cara lelaki ni romantik haha

    BalasPadam
  16. Setuju, dan yang terbaik, menerima pasangan seadanya, kena berpegang pada hakikat, manusia tidak sempurna, semuanya ada kelebihan dan kekurangan. Kata orang, kalau nak buat perbandingan, bandingkan dengan orang yang jauh lebih tidak bernasib baik dari kita. Kalau kita sekadar berjalan kaki, banding dengan orang yang tidak berkaki,jangan bandingkan dengan orang berkereta mercz, kerana membandingkan diri dengan orang yang luarannya lebih dari kita ( tanpa mengetahui yg tersirat )makin lama semakin tidak nampak kelebihan diri sendiri atau pasangan kita itu. Bersyukur dengan apa yang diberi Allah, kalau mahu terus bahagia...wallahua'lam.

    BalasPadam
  17. Jangan terlalu mudah menunding jari kepada perempuan. Kalau takde silapnya, mesti takde comparison macam tu.

    Lelaki dan perempuan ni mempunyai pemikiran yang berbeza. Masing-masing kena cuba memahami sifat masing-masing. Jadi, cuba fahami dulu apa yang si isteri maksudkan jika dia dah start compare suami dgn lelaki lain. Bukan sesuka hati tu.

    BalasPadam
  18. kalau saya terus-terusan bagi komen pasal lelaki, takut nanti takde sapa nak masuk meminang saya.

    BalasPadam
  19. jiran sebelah rumah saya hari2 bergaduh, kedengaran jeritan/pekikan dalam bahasa yang tidak saya fahami (bangsa lain)... sering juga dengar si wanita menagis, bunyi barang dilempar, & pintu dihempas... satu pagi saya bertanya kepada wanita tersebut, adakah mereka mengalami masalah besar... dan jawapannya sungguh di luar akal saya : "saya cemburu tengok suami awak sentiasa ada di rumah selepas balik dari kerja. suami saya selalu keluar malam, kadang2 mabuk, balik rumah tengah malam, ada pompuan telefon tengah2 malam etc... Hakikatnya wanita itu tidak tau memang suami saya jenis yang suka memerap di rumah (dan tak romantik lagsung)... he..he..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.