Jumaat, April 22, 2011

Tidak Perlu Menjejakkan Kaki Di Menara Gading Untuk Mengetahui Perbuatan Meletakkan Dua Kaki Di Atas Meja, BIADAP

Berikut gambar pos pengawal keselamatan.


... dan berikut pula gambar pengawal keselamatannya.


Sikap sebilangan syarikat membekalkan pengawal keselamatan kekadang amat mengecewakan.

Apabila saya kemukakan masalah ini di wall Facebook, timbul komen mengatakan ...

'What do you expect, mereka tidak bersekolah tinggi'

Hey! Sebenarnya kita tidak perlu menjejakkan kaki di menara gading untuk mengetahui perbuatan meletakkan 2 kaki di atas meja ketika bertugas di pos pengawal,  biadap. Tambahan pula aksi itu dilihat ramai orang lalu-lalang di pintu masuk kawasan perumahan.

Syarikat dibayar setiap bulan tanpa sebarang masalah tetapi didapati menggaji dan membekalkan pengawal keselamatan secara tangkap muat.

Majoriti pengawal keselamatan kelihatan berpakaian selekeh dan bersikap tidak mesra masyarakat. 

Saya dimaklumkan, pendapatan purata pengawal keselamatan lebih RM1000 sebulan dan majoriti mendakwa jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan kehidupan khususnya di bandar atau bandaraya.

Sebelum ini, pernah dibincangkan isu berhubung penetapan kadar gaji minina pengawal keselamatan di Malaysia. Setakat ini, saya tidak mendengar sebarang perkembangan positif mengenai isu terbabit.

Jika dilihat, syarikat pembekal pengawal keselamatan terus bertahan  di pasaran dan meraih keuntungan sedangkan sebilangan pekerja dibekalkan tidak berkualiti.

Tanpa disiplin, bagaimanakah mereka mampu melaksanakan tugas secara sempurna?

Kru 999 pernah menemubual Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berhubung pengawal keselamatan.

Banyak pengetahuan bakal ditimba jika semua sudi membaca keseluruhan kandungan temubual berikut.

13 ulasan:

  1. Manyak cucah woo..malu.
    Undang2 lembut sgt kot.

    BalasPadam
  2. Ayah saya juga seorang pengawal keselamatan, tapi tak de pulak saya pernah tengok dia letak kaki atas meja, jgn kata di ofis, di rumah pun tak pernah. Alhamdulillah, mungkin berkat kerja dengan ikhlas akhirnya dia dinaikkan pangkat dengan gaji yang lebih baik, tapi ada pulak orang yang dengki.... agaknya yang dengki tu jenis letak kaki atas meja ni kut, expect nak sesuatu lebih baik dengan attitude macam tu....

    BalasPadam
  3. Salam, tabiat meletakkan kaki diatas meja nie mmg best agaknya. Bukan Pengawal keselamatan sahaja orang lain pun sama.
    New Entry "Hanya mulut si dara dibenar petik daun teh"

    BalasPadam
  4. mungkin syarikat yg terbabit tak tahu perlu nya OJT~~~

    BalasPadam
  5. semuanya dari didikan awal dan dari dalam diri dan hati mesti mau ikhlas mencari rezeki insyallah berkat dalam kehidupan dan juga pekerjaan

    BalasPadam
  6. bro mazidul, saya lg sanggup buat OT jadi guard dari mengadap drawing construction malam2 kalo dapat lebih rm1k sebulan...kalo berjaga malam ni mmg dh biasa...bezanya pakgad mcm diorang di bayar gaji untuk tido.

    BalasPadam
  7. tmpt aku sblm nih guard nepal..mmg menghormati dan bijak dlm mengawal trafik sbb laluan keluar msk hanya muat sebijik keta..skang dah diganti dgn pengawal melayu..keje dier tgk tv dlm post pengawal dan tak reti nak senyum biler org angkat tangan...skang nih sy usha panas ajer..nak cari pasal kang tak pasal2 keta kene calar plak...susah nak cari org yg keje btol2

    BalasPadam
  8. Saya mmg tak paham, xde ke garis panduan untuk menjadi seorang pengawal keselamatan? Bagi saya mereka perlulah yang berkualiti kerana diorg kn nk jaga keselamatn di sesuatu tmpat tu. Antaranya :

    1. sihat tubuh badan
    2. mendapat latihan professional sbg pengawal keselamatan
    3. sopan santun dan budi bahasa

    Hal kewarganegaraan juga perlu diteliti kerana saya tengok ramai sangat dah org asing jadi pengawal keselamatan. Boleh percaya ke diorang ni?

    Tapi, saya sangat respect kepada seorang pengawal keselamatan di kawasan rumah saya, setiap kali orang keluar masuk dia akan angkat tangan, senyum dan memberi salam :)

    BalasPadam
  9. kadang2 cam tak yakin nak hire security guard ni..

    memang main tangkap muat... jangan kata yang da tua2 yang muda2 pun mcm mat fit la.. rasa kalau bahaya datang diorang boleh ke handle?

    Hikayat Lubang Najis: Orang Melayu Mesti Baca!!!!

    BalasPadam
  10. teringat plak zmn keje sementara jd pak gad dulu..tapi x boleh ltk kaki atas meja sbb jaga bangunan Kastam Putrajaya..

    BalasPadam
  11. assalamualaikum..trime kasih en mazidul masukkan blog saya dalam sahabat blogger 11..saya sangat menghargainya

    BalasPadam
  12. Bro Dul

    Lepimpinan melalui teladan. Jika Kapten Kapal beri arahan yang tidak betul, silap silap kapal boleh karam. Mungkin Ketua Pengawal keselamatan tak memberi arahan mengenai adap sopan kepada seluruh pengawal. BUkan susah sangat. Cakap je "Semasa awak kerja, kaki jangan naik atas meja, kalau di rumah, suka hati korang lah"

    Kadang-kadang ada yang nampak, tapi malas bercakap.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.