Tahun 1997, ketika berjalan melintasi Kompleks Kota Raya di Kuala Lumpur, saya dipanggil.
"Pssst! Pssst! Datang sini sekejap," panggil lelaki tidak dikenali berdiri berhampiran pintu utama pusat membeli-belah terbabit.
Waktu itu untuk pulang ke kampung di Tanjung Malim, saya berjalan kaki dari Bus Stand Klang ke Hentian Puduraya.
Saya menghampirinya.
"Nak walkman?," tawarnya kepada saya.
Untuk rekod, ketika itu walkman mahal, berharga ratusan ringgit.
"Dua puluh lima ringgit," katanya.
Saya bayar. Ketika itu saya berusia 17 tahun, masih naive.
"Jalan cepat sikit, itu barang 'panas'," celahnya sebelum saya beredar.
Terus-terang saya katakan, ketika berjalan menuju Hentian Puduraya, saya keliru, tidak memahami maksud barang 'panas' dikatakannya.
Tiba di hentian sesak itu, saya membuka bungkusan 'walkman' dibalut kemas menggunakan kertas surat khabar.
Ya! Saya tertipu. Di dalam bungkusan hanya ada blok kayu sebesar saiz walkman.
Itu kejadian 23 tahun lalu.
Kini modus operandi penjenayah berbeza.
"Encik, saya dari Maxis, kita nak kemaskinikan akaun, minta encik tolong padamkan handphone 2 jam bagi memudahkan proses. Kalau tak dikemaskini, nanti encik tak boleh nak buat panggilan"
Itu panggilan didakwa diterima mangsa, pastinya bukan dibuat kakitangan Maxis.
"Then apa jadi?," tanya saya kepadanya.
"Itu orang kemudian called saya punya famili, cakap saya accident, mahu angkat saya pergi hospital, wanga tak ada. Dia minta famili kasi masuk wang dalam akaun, RM300," ujar mangsa.
Ahli keluarga cuba menghubungi mangsa tetapi gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan. Percaya kemalangan didakwa benar berlaku, keluarga mangsa tanpa berlengah mendepositkan wang diminta ke dalam akaun penjenayah.
"Lepas 2 jam, saya kasi on saya punya handphone, bila famili called baru tahu saya sudah kena tipu. Ini Cina jahat punya kerja," katanya.
Pelbagai kaedah digunakan penjeyah untuk meraih wang secara cepat dan mudah.
eee menakutkan... yang bes nya tu kreatif betoi la otak depa ni... memang terkena...
BalasPadamSalam Bro,
BalasPadamMemang sekarang penjenayah/ scam sangat pelbagai. Terima kasih kongsi dengan kami pembaca setia blog ini.
macam2 cara penjenayah sekarang. kadang2 yang x terfikir dek akal pun boleh terjadi..
BalasPadamkalau dah hotak penyamun...mesti cari jalan mau menyamun..!
BalasPadammmg banyak sungguh kes penipuan seumpama ni..smp kdg2 kita sendiri keliru mana penipu mana betul2 salesman/girl..aduhai
BalasPadamtakut dengan zaman sekarang..susah nak percaya kat orang..apa pun thanks a lot bro Mazidul
BalasPadamkalau tak menipu tu bukan cina la bang....
BalasPadamperangai depa sebijik macam yahudi!
Bro Dul,
BalasPadamMenurut kisah yang saya dengar satu masa dahulu, Kalau tak silap pada zaman pemerintahan Syaidina Umar. Masa tu banyak berlaku kecurian dan kes jenayah kecil. Apabila Syaidina Umar meminta pendapat penasihat beliau, penasihat baginda mengatakan "Jika nakal anak-anak, maka bapanya mungkin mengajar perkara yang salah atau bapanya sendiri pun nakal", maka Syaidina Umar pun terus memohon ampun kepada Allah S.W.T. dan menjalankan antara tugasnya sebagai khalifah, menjalankan kempen pendidikan ad-din dan sebagainya kepada seluruh rakyat, tidak kira yang beragama Islam ataupun bukan Islam.
Moral of the story is "The leader is responsible for everything"
Maaf jika tersalah fakta.
blm pernah kena perkara mcm tu..tp risau jugak kalau mak yg kena...
BalasPadamselalu dpt spam emel je merapu2 ckp menang loteri la..
yg paling nak gelak suruh update akaun maybank padahal akaun maybank pun tak pernah buka seumur hidup...mahu je bls emel balik ckp u bodo ke mahu tipu i yg cerdik ni?
Macam macam teknik penipu...
BalasPadamTips Elakkan Mabuk Darat
Salam bro.... betulke tahun 1997 bro berusia 17 thn....
BalasPadamMemang sekarang ada macam-macam jenis penipuan....baru-baru ini saya dapat sms mengatakan saya memenangi wang tunai RM 20,000 melalui peraduan Shell...yang lawaknya saya tak pernah mengisi minyak di Shell....!
Salam, Saye dh tkena tp bukan mamat cina...tp pakcik melayu...saya kena kat LRT Sultan Ismail..dia approach saya dlm keadaan kelam kabut nk wat something...pastu dia tanya saya.."Dik, hp bleh surf internet..?" saya jwb "bleh...knape?" pakcik, "saya kna rompak..skrg nk call bank utk block saye punya kredit kad.." jd saya pn tolong..masa sy tolong tren sampai..die ajak gi Mjd Jamek, gi ATM kat HSBC...masa kt HSBC saya bdiri laa kat sebelah die.."dik, duduk laa dulu...this will take time"..saya pn duduk kat area duduk kat bank tu...dlm 20 min, saya pandang kt tempat ATM..die ade lagi..jd saya mrayau2 tgk merchandise kat bank tu...pastu die HILANG!...saya trus lari gi public phone try call...trus tak bleh...Cilaka punya pakcik! - Saya masih ingat muka pakcik tu...Cover up die, die lecturer UPM...! Hari tu saya jumpa die dengan seorang budak kat KL Sentral..rase nak belasah je die kat Sentral tu...tp takut org pk sy plak yg problem...hope to meet this old man someday...Alone!
BalasPadam