Jumaat, April 08, 2011

Penjenayah On The Loose!

Ya benar.

Penjenayah  on the loose!

Dalam tempoh 2 hari, 3 rumah dipecah masuk di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Kejadian dipercayai berlaku di antara jam 9  pagi dan 6 petang, sewaktu penghuni rumah keluar bekerja.

Jam 10.30 malam tadi, pemilik unit apartment di tingkat 4 menerima nasib malang.

"Kami keluar pagi, baru balik tadi. Bila tengok mangga kunci hilang, dah tak sedap hati," ujar mangsa.

Lihat gambar berikut.


Tombol pintu dipercayai dihentak kuat menggunakan objek keras dan berat.

Sebelum berjaya memasuki rumah ini, penjenayah terbabit membuka grill pintu.  Melalui pengamatan saya, dia mungkin menggunakan besi kuku kambing untuk mengumpil lubang kunci grill.


Menurut mangsa berusia 29 tahun, pintu dikunci menggunakan mangga jenis Solex, antara jenana mangga kunci paling sukar dibuka. 

Semua mangga kunci hilang. Hanya bebola dan gelang besi nipis, antara peralatan di dalam mangga, bertaburan di hadapan pintu.


Lebih menarik, dalam 3 kes berasingan, penjenayah dilaporkan mencuri komputer riba, wang tunai dan barang perhiasan wanita.

Lazimnya, rumah digeledah namun dalam kes ini tidak begitu. Firasat saya, penjenayah terbabit hanya berminat mencuri laptop kerana alat terbabit mudah dijual di pasaran gelap untuk meraih fast money.

"Dua tabung anak saya hilang, satu bentuk botol susu dan satu lagi tong gas, ada duit syiling dan kertas. Tabung satu tu kalau penuh, ada dalam RM150," ujar mangsa.

Fakta, kejadian pecah rumah setakat ini membabitkan satu blok sahaja, blok agak terpencil dan lengang. 

"Mungkin dia guna scanner untuk mengesan rumah ada laptop," kata penduduk.

Saya difahamkan scanner (alat pengimbas), pengesan bateri laptop boleh dibeli di Singapura.

Sebilangan pembaca blog ini mungkin pernah terdengar kes kereta dipecah masuk, laptop disimpan di but belakang kenderaan dilarikan. Penjenayah disyaki tidak beroperasi secara rawak, mereka memiliki scanner untuk mengesan bateri komputer.

Kejadian jenayah berlaku tanpa diduga tetapi saya masih percaya kepada kata orang tua, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Bimbang, sekali terjatuh, dia tidak akan mampu bangun kembali.

9 ulasan:

  1. Saya pun musykil,mengapa alat scanner berkenaan diwujudkan.Dinasihatkan kepada pembaca blog ini,walaupun anda telah menanggalkan bateri komputer riba anda,komputer riba anda masih boleh dikesan,MENGAPA? Kerana,di dalam laptop anda mengandungi sebiji bateri CMOS sebesar syiling 20 sen,dan ikuti tips ini untuk mengelakkan dari dikesan.
    1. Menutup laptop menggunakan periuk kuali stainless steel ( di cadangkan oleh pakar elektronik En.Zulkifli Haron atau lebih dikenali Zull Design )
    2. Gunakan produk keluaran Dicota (notebook /laptop case)

    dan anda juga perlu tahu bahawa alat ini merupakan detector yang boleh mengesan EMP (Electromagnetic pulse)

    BalasPadam
  2. Salam,

    Jangan pakai mangga jenis SOLEX (atau sepisis dia) sebab AMAT mudah nak kopek...cuma perlukan skru driver mata rata...KEBOOM!! bersepah isi perut mangga tu...

    TQ...

    BalasPadam
  3. betul jangan pakai solex. tak bagus. beli mangga yang harga RM100 ke atas tu. walapun mahal, tapi bagus.

    BalasPadam
  4. Salam hormat.

    Jika memilih mangga yang mahal, grill pintu dan tingkap usah dilupakan pada pelan kecemasan menyelamatkan diri dari kebakaran.

    Penjenayah menyumbang kepada tabung index jenayah, yang sambil lewa pula atau kurang prihatin menyumbang kepada musibah dan malapetaka.

    BalasPadam
  5. kejadian yang sama terjadi kat my shop ... saya mengunakan mangga jenis solex. pagi esok tengok terburai solex tu di kerjakan oleh pencuri.Alhamdulillah malam tu mereka tak dapat masuk ke dalam kedai saya ... kerana tersempak dengan penduduk ..

    BalasPadam
  6. Salam,

    @ Eri-Chan : Kalau jenis SOLEX mahal tak tahu lak....tengok gaya macam boleh jer..jenis kunci bergigi standard tu susah sikit...kena ketuk (bunyi bising) atau potong pakai cutter besar(nak bawak susah..sbb besar)..hehe!..apa2 pun tawakal kepada Allah..


    @Hafiz : setuju!!~

    Wassalam...

    BalasPadam
  7. apa kata lepas nie abang wat liptan dekat kedai yang ada jual scanner tu pulan..hehehe


    BlogSHOP : Frollic Shoe MURAH GILER

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum semua,

    Pada tarikh dan masa yang sama, rumah saya pun kena pecah masuk..Rumah saya dekat ukay perdana ampang..Dia pecah masuk waktu org gi bekerja..Gaya dia pecah masuk itu sama macam dalam gambar nie..Habis barang kecil seperti handbag, perfume, barang kemas etc kena kebas..Sedih sedih..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.