Isnin, April 11, 2011

Blessing In Disguise

5.30 petang, 10 April 2010, Kampung Tambak, Slim River, Perak.


Perhatikan gambar di atas secara teliti. Anything interesting about it? Pembaca tidak perlu menggunakan mati hati, mata kasar sudah mencukupi untuk mengesan kejadian berlaku.

Hujan lebat sebelum kejadian. 


Perhatikan  jarak kesan tayar kanan kereta dengan tiang elektrik sebelum terbabas.


"Air berkumpul di atas jalan, bila aku lalu, steering tak boleh control," kata Fuad.

Fuad Baharudin, 48 tahun, penduduk Kampung Sawa, Slim Village,  senior saya sewaktu di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Slim River.

"Tuhan masih sayangkan awak," ujar saya.

Dia tersenyum.


Lima belas minit selepas saya tiba di lokasi, kereta Fuad kemudian ditarik menggunakan trak penunda.


"Fuad, ada bawa duit ke? Selalu dia orang (pemilik tow truck) charge RM200, ini RM150 sahaja," ujar Sarjan Mejar Yaacob Samsudin, 56 tahun.


Yaacob, Ketua Balai, OCS, Balai Polis Slim Village. Beliau bertugas di balai terbabit sejak 3 tahun lalu. Menariknya, di kampung, OCS dikenali masyarakat dan lazimnya beliau turun padang membantu orang ramai jika ditimpa musibah.

"Kekuatan balai saya 13 orang, saya, seorang Kopral dan 11 anggota," ujarnya kepada saya.

Biarpun beliau tidak dikenali di seluruh Malaysia, saya kagum melihat usahanya membantu Fuad. Berikut antara gambar beliau saya rakamkan.


Di bandar, hubungan masyarakat dan OCS, selalunya tidak begitu rapat. Sebilangan kita barangkali langsung tidak mengenali identiti OCS di balai polis terdekat.

Biarpun ditimpa malapetaka, Fuad sempat berkongsi maklumat menarik dengan saya.

"Dekat depan tu, ada tempat pelupusan sampah Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM). Tempat pelupusan tu terlalu dekat dengan rumah orang, busuk," dakwa Fuad. 

Pantas kami bergerak ke lokasi, kurang 100 meter dari lokasi kemalangan.


Close up shot.


Baca secara teliti maklumat dipaparkan di papan tanda. 'Sebarang pencerobohan ... sila hubungi Bahagian Kebersihan Dan Perkhidmatan Bandar Majlis Daerah Tanjong Malim ...'

Mengapa nombor telefon MDTM tidak disertakan?

Barangkali tidak penting, maksudnya jika penduduk kampung di sekitar ingin mengemukakan komplen berhubung keadaan kawasan pelupusan sampah terbabit, mereka terpaksa menaiki bas atau kenderaan persendirian untuk ke MDTM di Tanjung Malim, lebih 20 kilometer.

Sebelum saya membawa pembaca meninjau kawasan pelupusan sampah itu, lihat dahulu papan tanda berlapis berikut.


Pelik.

Sewaktu memasuki kawasan terbabit bersama OCS dan Fuad saya dapati jalan dilalui kotor. Perhatikan pula jarak di antara rumah terdekat (kiri) dan kawasan pelupusan sampah (hujung kanan).


Sebelum tiba di kawasan pelupusan, kita lihat dahulu sampah dibuang sewenang-wenangnya di di sekitar jalan masuk.


... dan berikut gambar kawasan pelupusan sampah milik MDTM ...


Dengan mata kasar, saya dapat melihat, kawasan terbabit tidak dikendalikan secara teratur. Kegiatan pembuangan sampah dilakukan secara tangkap muat, asalkan sampah dilupus, mencukupi.

"Bila orang kampung berdekatan ada kenduri, lalat dan langau punya lah banyak. Bau busuk, kotor," kata Fuad.

Apakah kegiatan terbabit diketahui Yang Dipertua MDTM?  Beliau dilaporkan individu  berilmu dan sangat menitikberatkan hal berhubung tuntutan agama.

Kebersihan daerah dibawah kendalian beliau?

Saya bersyukur, rakan terselamat dalam kemalangan berlaku. Pada masa sama, saya terfikir, jika tidak berlaku kemalangan, saya tidak berpeluang bertemu Fuad  dan dibawa meninjau kawasan perlupusan sampah terbabit.

Blessing in disguise.

13 ulasan:

  1. Sipi-sipi je nak hentam tiang lampu, nasib baik pemandu tak apa-apa.

    Pasal tapak pelupusan sampah..... hmmm memang selalu kerja dibuat ala-ala kadar saja.... terlalu banyak...

    BalasPadam
  2. Aman Negara, kalau ada penjawat yg baik..nama baik..

    BalasPadam
  3. Salam,

    aku ado lalu maso trak tu tarik kereto. Dr kg otw ke taiping. Tak perasan pulak kau ado di situ.

    MK

    BalasPadam
  4. alamak.. mcm tmpt sy pnah excident je...

    BalasPadam
  5. Salam.

    off topic sket...apa perkembangan komplen pemandu teksi biadap dlm trip klia - kota damansara tempohari bro??

    BalasPadam
  6. Bro Dul

    Kesian Encik Fuad, malang tidak berbau.

    Malas nak buang signboard lama tu kot? Klau buang pun kat situ jugak dia duduk kan?

    BalasPadam
  7. Malang mmg tak berbau..TAPI sampah2 tu suma mmg amat azab baunya...nampaknya kerja2 mmg dilakukan asal boleh jer..kesian org kg yg terpaksa menanggung akibat.....

    BalasPadam
  8. skrg sy tinggal di slim river..mmg kawasan slim ni bahaya, jalan lopak sane sini, jalan kecil, bahaya utk org bawa motor..tp jalan depan mdtm lebar mcm ada 4 lane..cane tu..dah la selalu je ada accident bila masa hujan..ngeri..

    BalasPadam
  9. Sesuatu mesti dilakukan. Bukan lagi harus, tetapi MESTI...!

    BalasPadam
  10. 1kaki je lagi nk hentam tiang tu.. alhamdulillah selamat.. pasal tapak pelupusan sampah tuh... no komen lah.. yg kat JB jalan seelong tu org kata yg termoden.. kata xde bau lah ape lah.. bersih lah... tp dari jauh da bau.. jalan raya pulak bersepah sampah yg tercicir dari lori..

    BalasPadam
  11. ok gak si Fuad tu..dok kg pun bole pakai Honda..hehe..
    tempat buang sampah tu dah lama ada tp aku ingat dah x guna lagi...rupanya masih d guna utk buang sampah...tak kan lombong tu x penuh2 lagi...sejak 80an mdtm dah buang sampah d situ...staff2 asal mdtm tu pun dah xder cam pak akop sireh..muniandy..kalaisam tp tempat buang sampah tu masih ada..tak penuh2...heran gak...hehe

    BalasPadam
  12. OCS itu memang berjiwa rakyat.. hehehe

    tapi yang tak syok tu sampah main buang je macam tu sahaja..

    kebersihan itukan sebahagian daripada Iman..

    Pendedahan Exclusive : Adakah Ini Islam Dimata Dunia?
    Buku YellowPages Hancur Guna Woofer
    BlogSHOP : Jana Wang Tambahan

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.