Saya muat naikkan semula satu daripada komen dihantar pembaca berhubung tampalan Let us do it for the children.
Diperbetulkan ejaan untuk memudahkan pembacaan.
'Pengasas Tahfiz Amal ini adalah pengasas ajaran sesat dikenali sebagai Azhar Wahab. Maklumat ajaran sesat adalah seperti berikut:
- PENGASAS AL MANSUR HOLDINGS SDN BHD.
Azhar Wahab bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan - tidak mendapat pendidikan agama secara formal.
Pendidikan awal di Sekolah Kebangssan Kuala Sidim, Kulim, Kedah. menyambung pelajaran sehingga ke tingkatan 3 di Sekolah Menengah Padang Serai, Kulim. Selepas memperolehi SRP, Azhar Wahab berkerja mengambil upah mengait kelapa sawit di Ladang kelapa Sawit Padang Buloh, Kuala Sidim.
Berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pemandu kepada Pegawai Eksekutif di Ibu Pejabat Bank Simpnanan Nasional Jalan Ampang, Kuala Lumpur. emudian menjawat penjual kereta terpakai, ketika itu sudah berkenalan dengan Ustaz Hanapi, bekas orang kuat Al- Arqam. Mendakwa memimiliki keupayaan mengubat dan mengurut mengikut amalan tradisional, secara bersendirian dan juga berkhidmat untuk bekas ahli Al-Arqam. Dari situ bermula usaha mempengaruhi bekas pengikut Al-Arqam dan menubuhkan syarikatnya sendiri sehingga kini.
Dipanggil 'Ayah' oleh pengikut, staff dan kakitangan dan 'Tok Wan' oleh anak kakitangan tanpa mengira usia mereka. Kemudian 'Tuan', 'Yang Amat Mulia', 'Yang berhormat Mulia' dan terakhir sekali 'Yang Teramat Mulia Ayahanda Raja'.
Jika dakwaan di atas benar, pihak berkuasa harus menjalankan siasatan terperinci.
Orang kita mudah terpengaruh dengan perkara perkara dakyah ni. Padahal ramai ustaz di luar sana yang benar benar tulen dan boleh mengajar. Sebab tu Al-Arqam mudah mendapat pengikut.
BalasPadamTapi, satu lagi, ustaz ustaz pun janganlah sombong sangat. Kekadang, orang tak tahu bertanya, ditempelak pulak orang tu kata kita ni jahil lah apa lah. Mana orang nak belajar kalau camtu. Islam itu indah, yang burukkan ialah manusia.
Dan terkejut gak dengan nama Azhar. Nasib bukan Azhar kita di Melaka. Heh.
al mansor tu kalau tak silap awal tahun 2000 dah berkembang giat
BalasPadammacam macam produk yg di jual
semuanya mahal mahal, sya tahu sbb tahun tu masih duduk di Langkawi ada buat jualan di dataran lang
Ibu pejabat di Sg Petanai kalau tak silap, dan yang mengejutkan dari bangunan sehingga kenderaan semuanya seperti kerabat di raja / vvip
kalau tak silap sya di PKNS S.Alam ada lot kedai Al Mansor ni.
tak susah pun nk tipu org melayu nih. guna je "AGAMA". pakai serban, kopiah, baju sume kna putih sbb putih kn suci, simpan janggut sejemput dua, celak sket then letak "al" kat depan nama.
BalasPadamYa Allah, siasatn perlu dijalankan dengan SEGERA! Semoga Allah memayungi kita dengan hidayahNya.
BalasPadamBeginilah bila ada yang cuba ambil kesempatan dari sikap dermawan rakyat Malaysia. Bila ada insan ikhlas dan jujur ingin membantu, bersedekah dan menderma, tetapi hakikatnya mereka telah ditipu hidup2 ...
BalasPadamSeringkali jumpa manusia yang cuba ambil kesempatan atas kebaikan yang cuba diberikan.
Salam,
BalasPadamSaya baru saja beri derma kat pusat tahfiz amal ni tadi masa jalan-jalan kat carefour. Budak pompuan tu cakap derma untuk anak yatim. Alih-alih dia bagi resit tulis pusat tahiz amal la pulak. Konfius kejap. Jadi saya tanyakan nama budak ni dan juga ustaznya sekali. Dia lalu jawab "Nama saya Nur amira. Pengetua sekolah nama Cikgu Muslim". Nombor HP Cikgu Muslim ni 019-3893544. Saya amat berharap ada pihak yang boleh buat siasatan sebab saya kekurangan masa untuk buat siasatan sendiri.
Sekarang mereka mengaku kerabat diraja kelantan dan giat beroperasi di Semporna, Sabah. Berdakwah di pulau terpencil di daerah semporna. Guna kereta plat no kuning kononnya keturunan diraja. Org Bajau laut disana menggunakan "Daulat Tuanku" bila berbicara dgn boss al mansur.
BalasPadamSejak beberapa tahun kebelakangan mereka telah memindahkan operasi ke Sabah. Mula-mula di kota kinabalu dengan bisnes refleksologi dan jual ubatan herba, sekarang berpindah ke daerah semporna, sabah. Bergiat di kepulauan2 kecil dalam daerah semporna. Mengaku kerabat diraja kelantan, gunakan kereta besar dgn no plat kuning, dan orang bajau laut menunduk hormat dengan "Daulat Tuanku". Masih lagi mengutip derma di pusat2 membeli belah.
BalasPadamabg mazidul kasi gempur hingga habis.. selamatkan anak2 nie.. mereka tak sedar mereka di aniaya..
BalasPadamKena buat laporan baru boleh siasat ...
BalasPadam