Sabtu, April 09, 2011

Badan Panas Macam Terbakar

"Masa saya jumpa 'mak cik' tu di Damansara Damai, dia memang minta barang kita tak boleh dapat. Contohnya, burung gagak putih. Bila tak dapat, kita bayar pengeras RM69. Dalam tempoh 3 hari, mamat pecah rumah dan curi barang kemas isteri saya datang balik membawa barang tu semua, duduk depan rumah," itu dakwa kenalan.

Berikutan kes pecah rumah di kawasan rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, mangsa berusaha bertemu 'mak cik' sama.

Menurutnya, kejadian pecah rumah itu dilakukan 3 suspek, lelaki Melayu dan India. 

"Berikan tiga empat hari, InsyaAllah dia orang (suspek) akan datang balik untuk serahkan semua barang dicuri," tambah mak cik itu.

Saya difahamkan, sebelum ini usahanya menghasilkan kejayaan berulang.

"Bila saya tanya mengapa datang balik dan pulangkan barang dicuri? Mamat tu cakap, dua tiga hari dia tak boleh tidur, badan panas macam terbakar," ujar kenalan pernah menjadi mangsa terbabit.

Begitulah ilmu manusia, tidak dapat kita menjangka.

Tunggu, saya akan kongsikan kejadian bakal berlaku.

26 ulasan:

  1. macam tu juga la yang jadi dekat pencuri yg pernah curi duit makcik saya rm400.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Waaaaaah...sangat suspen!
    Lepas ni makcik tu akan lagi glamer dari balai polis ...semua orang pi serbu nak buat laporan rumah kena pecah masuk ;)

    BalasPadam
  3. Hurmmmm...takut ada konspirasi 'makcik' tu dengan bebudak tu...makcik tu kan dapat pengeras..ke pengkeras?

    BalasPadam
  4. ilmu manusia .. guna untuk menolong orang dalam kesusahan memang baik cuma jangan disalah guna

    BalasPadam
  5. wow..hebatnyer...tp mcm pelik je..mcm ade pakatan jer..

    BalasPadam
  6. Percaya yang ghaib, positif atau hasilnegatif..

    BalasPadam
  7. Wahhh hebatnya nyer makcik tu. Pakai tangkal atau azimat apa tu? Sampai boleh buat orang lain panas badan?

    hmmmm.... agak-agak kalu minta tolong dia cari sapa pelakon sebenar dlm video paling hot tu, apa “pengeras” yang dia minta ek?

    ops! kes tak sama eh?

    BalasPadam
  8. Kadang-kadang inilah alternatif terbaik yang kita ada bilamana pihak berkuasa tidak dapat membantu, namun setiap kejadian perlu dilaporkan kepada pihak polis terlebih dahulu dalam apa jua keadaan.

    Saya dulu kerap kena 'tindih' sewaktu tidur, jumpa doktor, mereka kata itu hnya perasaan kita sendiri atau dipanggil sleep numbness, akhirnya masalah selesai setelah bertemu dengan seorang ustazah di Kemaman.

    BalasPadam
  9. hebat kalau ilmu itu bergantungkan dengan Allah.tapi ilmu yang mencarik adat ini biasanya bergantung dengan makhluk lain..jaga jaga takot kita terjerumus lembah dosa

    BalasPadam
  10. Bimbang bila tak berjaya,
    cakap kita langgar pantang,pencuri ada pakai jin atau ilmu pencuri lebih hebat.Walau apa pun.saya tunggu...cer cerita baru.

    BalasPadam
  11. Salam.

    Senang hati saya bila mendengar ini. Ya! Bila mendengar tiada nyawa yang hilang.

    Baru tadi sy ke bank bayar duit kereta. Sy lihat seorang Mak Cik Berkerusi roda minta sedekah di kaki lima harta karun Ambank.

    Isteri sy kata cian dia. Sy kata harap bukan mangsa perdagangan manusia.

    Sayang kat Lap Top ni sebab leh tulis-tulis dan kongsi2 ilmu.

    Namun sayangku pd anak isteri lebih la dari Lap Top ni. Syukur pada ilahi atas segala nikmatnya.

    Tak sabar2 nak tunggu episod "barang dikembalikan".

    Kembalikanlah yang hilang itu? Anak2 hilang, orang2 hilang ...huk...huk...

    BalasPadam
  12. salam, en mazidul, ada no utk contact makcik tu ke? hari tu ada orang pecah masuk rumah curi rantai arwah mak..kalau betul nak cuba..

    BalasPadam
  13. Terror Makcik tu - Bomoh?

    Saya pernah dengar cerita ada pencuri yg terperangkap tdk dpt keluar membawa hasil curian kerana 'tdk nampak pintu rmh' padahal depan mata dia shj. Dgr khabar tuan rmh 'pagar' rumahnya dgn ayat Kursi shj.

    BalasPadam
  14. ada orang berilmu boleh terangkan hukum pengeras?

    BalasPadam
  15. .: Terbaeklah. kalau brg penting dpt jumpa balik mmg syukur Alhamdulillah. kuasa Allah juga yg bantu temukan. kira oklah, blh hanta pesalah terus masuk jel, takyah susah2 suruh polis cari. biar dia sampai kiamat serik tak mencuri lagi, kahkahkah~~ X-D :.

    BalasPadam
  16. Salam
    Saya tinggal kat damansara damai..tapi tak pernah dengar pun psl makcik tu..tapi walau macam manapun, kalau ilmu itu untuk kebaikan, alhamdulillah..:)

    BalasPadam
  17. hebat tu... boleh bantu selesaikan byk kes curi, ragut, rompak, culik dan r...l

    BalasPadam
  18. menarik... jika tahu awal boleh jejak komputer riba si afiz yang hilang...

    BalasPadam
  19. dulu nenek sy pernah jampi org yang curik kereta arwah bapa..jadi lebih kurang kes ne la..

    BalasPadam
  20. ilmu apakah itu?

    adakah ilmu yang menyalahi norma tatasusila kemanusiaan seorang insan yang normal??

    BlogSHOP : Frollic Shoe MURAH GILER

    BalasPadam
  21. Utk umat islam eloklah memagar rumah dgn ayat ayat alquran insyallah kejadian curi boleh dihindari. Pernah rumah aruah ibubapa saya dimasukki pencuri tapi pencuri tak dapat bawa keluar barang dari rumah. Kesemua barang yg hendak dicuri diletakkan di atas meja makan. Semasa kedua ibu bapa masih hidup, pernah seorang pencuri masuk rumah dan masuk kebilik ibu bapa saya. Pencuri tak nampak ibu saya yg duduk tepi katil dan ayah saya yg sedang ambil wuduk dibilik air utk solat tahajud. Dia geledah beg tangan ibu saya, lepas tu ibu nampak pencuri itu buka pintu bilik adik adik saya tapi dia cuma jenguk lps tu tutup balik. Barang berharga dlm beg ibu saya tak diambil melainkan jam tangan tiruan yg murah harganya.

    BalasPadam
  22. salam en. mazidul..van mak saya baru dicuri semalam di area taman sri gombak..mohon jasa baik beritahu cara nak contact makcik tu utk kami dapat semula van tu..walau macam susah tapi tetap kena usaha kan?

    BalasPadam
  23. wah bagus ni... Takde no contact ke?
    Mmg nak sgt ni, keta br kena pecah 2 biji laptop hilang yg paling sadis gambar kawen aku pun ade softcopy jek... tolong r share...

    BalasPadam
  24. Assalam. Mohon saudara Mazidul berikan nombor untuk menghubungi makcik tu. Laptop dan handfon kawan baru sahaja dicuri. Terimakasih banyak sudi berkongsi

    BalasPadam
  25. Salam- mohon cara untuk hubungi Mak cik ini - untuk bantu mencari kereta saya WRV7186 Toyota vios yang di curi di Cheras - minta tolong saudara maZidul untuk sebarkan kepada followers dalam membantu saya

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.