Khamis, April 14, 2011

Melampau! Kaedah Membangunkan Tidur Kejam

Saya menerima aduan berhubung kelakuan pelajar remaja dipercayai berlaku di asrama.

Mangsa dalam rakaman You Tube berikut, pelajar lebih kecil, barangkali seusia dengan anak saya.


Saya percaya, tindakan dilakukan bukan kaedah sebenar untuk mengejutkan pelajar tidur. Barangkali ada pihak memandang perbuatan itu remeh.

Saya tidak.

Perlakuan menyakitkan itu harus diberhentikan dengan kadar segera. Jika pembaca tahu lokasi kejadian, kongsikan di sini supaya tindakan wajar mampu dilaksanakan.

Lihat juga klip video berikut.


Bisu atau tidak bukan persoalannya di sini.

Tindakan mereka itu dilihat terlalu kejam kepada anak kecil bukan tandingan tenaga mereka.

60 ulasan:

  1. salam semua
    Istighfar panjang saya melihat aksi ini. Tak padan dengan bisunya..:(. Terbayang saya kalau perlakuan itu terjadi pada anak saya..:( Nauzubillah..harap budak ini diberikan peringatan bahawa perbuatannya itu salah..

    BalasPadam
  2. Salam bro.

    Terpengaruh dgn dunia gusti..tolong bro dapatkan siapa mereka ni..perlu bt report..perlu diambil tindakan sebagai pengajaran pada pembuli-pembuli diluar sana.

    BalasPadam
  3. benci belalang lihat klip ini...
    hope ada campur tangan dari pihak yang sepatutnya...

    BalasPadam
  4. Macam @#$% je budak ni. Ini membuli namanya. Memang patut diambil tindakan sewajarnya. Patut hantar ke henry gurney. Tidak kira sama ada kurang upaya atau tidak korang ni memang patut kena tindakan.

    Aku tak puas hati dengan budak2 nie.

    BalasPadam
  5. kurang ajarnya...tak kisahlah bisu ke pekak ke...these videos are disturbing.

    BalasPadam
  6. Boleh patah pinggang bebudak tu... melampau betul.

    BalasPadam
  7. ya allah.. kesian nye budak2 tu.. ape hal ngan yg besar tu. masalah mental ke

    BalasPadam
  8. gile lah! senior pijak junior ke ni?

    BalasPadam
  9. Saya sangat kasihan dengan budak kecik tersebut yang kena buli ... Kalau ada mak bapak bolehlah dia mengadu ... kalau tiada, siapa yang nak diadu ? Lagi teruk siapa yang boleh faham kalau warden bukan jenis yang tahu bahasa bisu dan pekak ... Manusia, ada sahaja kesempatan, yang lemah ditindas ... mengapa, sebab mereka yang dibuli ini tiada yang mengambil kisah, mungkin mereka ini sudah anak yatim, sebatang kara dan tidak tahu hendak lari ke mana ... Saya mengajak semua memohon kepada Allah supaya nasib anak2 yatim yang tertindas mendapat pembelaan sejawarnya

    BalasPadam
  10. sakitnya hati tgk.. ape benda yg budak2 ni makan sampai mcm ni sekali perangainya..

    BalasPadam
  11. Salam Mazidul

    Tak sanggup nak lihat penganiayaan yang dilakukan kepada anak-anak kecil tu.

    Tindakan tegas seharusnya diambil segera.

    Dedahkan tempat kejadian untuk pengetahuan orang ramai.

    BalasPadam
  12. astaghfirullahal azim..
    kalau tgk kat channel you tube dr org yg sama banyak lg video2 yg menyakitkan hati bila tengok. budak yg sama juga yg membuli.
    geram sangat!!!

    BalasPadam
  13. Orang yang suka buli-buli orang ni pada saya pengecut, penakut dan busuk hati. Dia takut orang sekeliling pandang rendah kat dia. Mungkin juga nasib mereka yang bertubuh kecil. Mungkin sebab saya dikurniakan badan yang besar dan muka yang garang(ramai orang cakap muka saya garang kalau dah kenal baru nampak baik) hanya sekali sahaja. Itupun sebab senior yang juga fasilitator kolej tu tendang pintu semasa saya dan rakan sebilik solat, akhirnya kami satu dorm yang belasah dia, kurang ajar sangat dan dia tak berani report dengan warden walaupun cedera teruk sebab dia yang mulakan dulu.

    Baik kita jangan buli orang, sebab tak mustahil orang yang kita buli tu akan berdendam dan melakukan sesuatu kepada kita. Daripada buat musuh baik kita buat kawan, ramai kawan, banyak juga tempat kita boleh meminta pertolongan.

    BalasPadam
  14. That really worrying me as my son too stay in a hostel maz.Always pray for his safety.

    BalasPadam
  15. melampau sangat2 ni,kene ambik tindakan segere sebelum terjadi yg lebih dasyat....

    BalasPadam
  16. Tersentuh melihat anak-anak kecil tu kena buli. Cara kejut tidur begitu sangat bahaya. Tak padan dengan OKUnya..perbuatan ini tidak boleh dipandang remeh. TIndakan sewajarnya perlu diambil segera oleh pihak asrama (asrama barangkali, mungkin rumah anak yatim??).

    sendiri rakam, sendiri muat turun di youtube? Amboi...

    BalasPadam
  17. Salam. Moga sdr Mazidul dapat memberikan laporan terkini tindakan yg diambil terhadap budak2 tu.

    BalasPadam
  18. Kat mana ni?marah betul..apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni, megah sangat jadi samseng, jadi pembuli. Warden atau cikgu tak tau ke? bangga jadi orang rendah akhlak, rakam semua sendiri, upload lagi, nak tunjuk hero konon..melampau...budak -budak macam nilah yang bakal jadi sampah masyarakat nanti, nak bermegah dengan pelajaran, tak pandai, jadi bermnegah dengan jadi samseng...hish..panas betul hati saya...

    BalasPadam
  19. Dear Mazidul,
    This got to STOP, Their behaviour was indeed very SICK, they will grow to be become very SICK people in future if no attempt made to STOP this nuisance! What kind of value systems did these boys grown up with? Saya kalau marah sangat kena cakap Inggeris!

    BalasPadam
  20. tak padan dengan kecacatan yang tlh di kurniakan kepada mereka, tapi pekara yang dilakukan tidak boleh di biarkan, teramat tidak sepadan dengan apa yang mereka ada......

    tlg carikan mereka ini semua dan berikan hukuman sebagai pengajaran....

    BalasPadam
  21. kurang ajarnya...semua budak2 yg kurg ajar ni bisu juga ke?? kucing pun xde buat jahat sesama dorg tau..harus diambil tindakan pd dorg semua ni walaupun dorg juga bisu....

    BalasPadam
  22. gerammnya tengok budak tu..
    memang kurang ajar betoi.....
    tak kira bisu atau tak....
    budak tu harus diambik tindakan...

    BalasPadam
  23. perlakuan bully/regging atau apa saja yg dikatakan "budaya".."tradisi" di asrama, baik penuh atau tidak semestinya dihapuskan. Pihak yg bertanggungjawab dlm hal ehwal pendidikan perlu lebih tegas menangani isu ini. "budaya" atau "tradisi" ini hanya melahirkan mereka2 yg sadist. Mereka2 yg membuli adalah manusia yg perlu mendapat bimbingan khas kerana mereka kelak akan terbawa terus menjadi si penakut yg menindas anak dan isteri...pihak berwajib perlu tegas bertindak menghapuskan gejala buli

    BalasPadam
  24. Wah... kalau ada peluang aku rasa mcm nak wat balik kat budak tu.. cukup kot berat aku 120kg lompat kat tengkut budak tu time dia syok tido...

    BalasPadam
  25. Cilaka betul. mcm nk terajang je tukang buli tu.

    BalasPadam
  26. isshhh..membuatkan saya xde hati nak antar anak ke asrama kalau tgk perangai mcm ni...kesian mereka yg teraniaya...

    BalasPadam
  27. Salam bro mazidul, i have been following ur blog for quite some time but this entry is very disturbing. I hope this matter will be resolve ASAP, from the video clearly shown he is bullying the junior what right give him the authority to do that.

    ** Keep up the good work changing Malaysia 1 at a time :D

    BalasPadam
  28. mana perginya adap dan sikap yg baik..yang selalu diterapkan..
    adakah hanya sekadar pada kata-kata tanpa perlaksanaan?
    iskh3

    BalasPadam
  29. kurang ajar!!!! siapa yang ada anak, dia akan tahu apa perasan seorang ibu!!! walaupun anak saya tak pernah ditinggalkan di asrama, tapi perkara macam ni membuatkan saya lagi hilang kepercayaan terhadap kewibawaan warden

    BalasPadam
  30. Salam saudara Mazidul

    Kes ni berlaku pada tahun lepas. Menurut rakan saya tindakan telah diambil oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPK) KPM. Guru Besar sekolah telah ditukarkan.

    Murid dewasa ni menumpang di asrama sekolah rendah pendidikan khas kerana mereka bersekolah menengah berhampiran. Kes ni bkn mengejutkan murid bangun tidur tetapi kes buli murid kecil.

    Murid-murid dewasa ni mungkin terpengaruh dengan siri tv WWE...yg jd mangsa adalah murid-murid kecil. Kes ni berlaku disekolah pendidikan khas pekak perak.

    Itu saja makluman yg saya tahu...

    BalasPadam
  31. Semua ni patut disiasat. Siapa yg patut dipertanggungjwbkn dengan semua ni? tlg lah pihak yg berkaitan siasat dan pastikan semua ini dihentikan...

    BalasPadam
  32. KURANG AJAR!
    BIADAP!
    ADA OTAK TAPI TIDAK DIGUNA!

    KALAU BUDAK-BUDAK ZALIM TU ADA DI DEPAN SAYA, SAYA AKAN BUAT SEMULA APA YANG MEREKA SUDAH LAKUKAN ITU AGAR MEREKA RASA APA YANG ADIK-ADIK ITU RASA!

    BUDAK-BUDAK ZALIM, KALAU KAMU BACA APA YANG AUNTIE LIZA TULIS INI, SILA DATANG JUMPA AUNTIE! YOU ARE WANTED!
    SEBELUM DATANG, SILA SEDIAKAN 21 ALASAN YANG MUNASABAH KENAPA KALIAN MENGGUNAKAN KAEDAH KEJAM ITU.
    KALAU ALASANNYA KERANA SUDAH 10 KALI KEJUT DENGAN PENUH LEMAH LEMBUT & KASIH-SAYANG ATAUPUN SAYA DAH TARIK KAKI MEREKA 16 KALI ATAU SAYA DAH LAUNG AZAN 100 KALI & SEUMPAMANYA AUNTIE LIZA TIDAK AKAN TERIMA!

    SESIAPA BLOGGERS SETUJU DENGAN CARA SAYA SILA BAGITAU SAYA. KITA AJAR BUDAK-BUDAK KEJAM ITU BERSAMA-SAMA.

    BalasPadam
  33. ya allah..kesiannya budak2 kecil tu..apa salah mereka...

    bro mazidul..harap polis dapat siasat segera sebelum kemalangan buruk terjadi..in meantime saya akan siasat sekolah ni kat mana.. nampak mcm sekolah pendidikan khas.

    BalasPadam
  34. Menyirap darah tgk peranagai budak kunun 'besar' tu..haishh..cuba bygkan budak kecek yg diorg kunun tlg kejutkan tu anak2 kita..mau aku rase nak pelempang budak besar tu..

    BalasPadam
  35. tolonglah mereka... tolong beri maklumat siapa dan di mana mereka.. saya amat berharap ada pihak bekerjasama dgn En. Mazidul utk selesaikan masalah ni.. tak boleh dibiarkan

    -yeEn-

    BalasPadam
  36. Pelaku pelaku dalam kedua dua video ini adalah anjing.

    BalasPadam
  37. Astagfirullah....naik darah tinggi saya melihat perlakuan budak budak senior ni...Kalau saya ada di situ mau saya hambat diorang dengan penyapu atau mop, biar padan muka mereka.
    Maizidul...cepat ambil tindakkan perkara ini sebelum ada yang cedera atau lumpuh melihatkan tempat yang dituju adalah tempat yang sensitif...

    BalasPadam
  38. saya tak nak adik2 saya duk asrama! x smpai ati nk tgk video ni smpai abis.

    BalasPadam
  39. ya!allah kejamnya...tak ada hati perut langsung buat macam tu..mana akal fikiran orang yang mengejutkan org tido seperti itu..kejam..cari kat mana tempat tu..bongkar kekejaman mereka...

    BalasPadam
  40. sekolah mana lah ni dan anak sapa lah tu... buruknya perangai

    BalasPadam
  41. saya rasa saya tahu lokasi ini... tapi saya x mahu beri tahu di sini... encik mazidul ada email??? saya pernah berpraktikum di sekolah ini... saya kenal muka yg membuli itu... sila email saya ambestla@yahoo.com

    BalasPadam
  42. hmm..sentap jantung saya..siyes..
    nk je ckp..
    mmg patut bisu.subhanallah..
    hurm..
    napela diorang ni..
    mcm xde nurani..
    sy rase marah.hurmmm

    BalasPadam
  43. En. Mazidul,
    You have the power to create awareness that indirectly leads to solve this issues i.e. through media. I can't watch the video till the end. Bayangkan lah jikalau ianya anak2 kita. Masya Allah.

    BalasPadam
  44. budak yang buat tu dapat kat aku tau la langit tinggi rendah... muntah darah aku balun.... cari sat info dia nama dan dok di mana?

    BalasPadam
  45. sakit hati saya melihatnya.
    terbayang bagaimana anak2 sendiri diperlakukan sedemikian.
    masih tak dikenalpasti lagi ke.. siapa dan dimana kejadian ini??
    tindakan sewajarnya patut diambil. bisu bukan lesen untuk mereka berkelakuan sebegitu.

    sekarang,
    saya rasa hiba.

    BalasPadam
  46. sedihnya!!benci tengok second vid!!hate it!!!!!

    -bella

    BalasPadam
  47. Hisham, terima kasih di atas maklumat dikongsikan di tampalan ini.

    Thanks again.

    BalasPadam
  48. Saudara MAS,

    Mungkin maklumat dari saudara hisham adalah betul. Walau apa pun keadaannya, mungkin wajar perkara ini dipanjangkan kepada agensi berwajib di bawah pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan yang seharusnya mengambil tindakan sewajarnya.

    Sekiranya tindakan tegas telah diambil, orang ramai harus dimaklumkan agar tidak berlaku salah tafsiran bahawa agensi kerajaan yang berwajib adalah tidak bertanggung jawab.

    Sekadar memberikan sedikit cadangan, terima kasih.

    BalasPadam
  49. Pada Isnin 11/04/2011 yang lalu, saya ada menghubungi aduan ke talian 0377237070 pengurusan aduan dan khidmat pelanggan dan komunikasi korporat (KPKPM) tetapi malangnya diberitahu bahawa kes ini diluar bidang kuasa mereka. Operator bertugas menyarankan supaya saya membuat laporan polis.

    Namun hasrat membuat laporan polis di IPD Seberang Perai Tengah pada Rabu 20/04/2011 tidak dapat diteruskan oleh kerana saya diberitahu oleh pegawai polis yg bertugas:
    1. pengadu tiada kena mengena dengan pelaku/pembuli/mangsa
    2. lokasi, masa dan bila kejadian berlaku tidak diketahui

    BalasPadam
  50. Dapat kat aku budak ni aku balun plak...baru dia ada akai..

    BalasPadam
  51. sy skolah menengah kt sekolah menegah + khas (utk bdk pekak n bisu) dulu.jmpe mereka "berdua" dlm 1 bilik air.dah byk kali.report kt cekgu(ustaz), diorang xamik tndakan sbb mereka istimewa.. plus pernah sebilik ng mereka, duit n harta karun kena sorok betol2 klau x,lesap..itu lah hakikatnya..maybe sesetengah kot..husnuzann...:)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.