Dalam operasi mencegah jenayah membabitkan pegawai dan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah IPD Kota Bahru, Kelantan, warga Nepal berusia 25 tahun dilaporkan terjun melalui tingkap rumah tumpangan di tingkat dua.
Lokasi rumah tumpangan terbabit di Jalan Perdana 1, Kota Bahru.
"Saya mahu kahwin dengan dia, saya sayang sama dia," teriak teman wanitanya, warga Indonesia sambil menangis.
Serbuan terbabit dilakukan pada jam 10 pagi dan setelah pemeriksaan terperinci dijalankan ...
"Jumpa kondom, masih basah lagi di atas penutup tong sampah di dalam bilik sama," kata Arashy.
Muhammad Arashy Mohd Azim, wartawan pelatih 999.
Munurut Arashy, wanita Indonesia itu berusia 33 tahun, berasal dari Jawa. Dia bekerja di kilang sama dengan teman lelakinya dilaporkan berperawakan agak kacak.
"Pada wanita Indonesia tu mendakwa beragama Buddha tetapi selepas disoal siasat polis, dia mengaku beragama Islam," tambah wartawan terbabit.
Warga Nepal terbabit ditemui dalam keadaan terduduk dengan kaki terseliuh di belakang rumah tumpangan dan dia terpaksa dipapah polis untuk menaiki van.
"Masa saya tanya Nepal tu, dia senyap macam tak faham sepatah haram soalan saya. Hairan juga bagaimana dia berkomunikasi dengan girlfriend dia," ujar Arashy.
Hello bro, kekadang bahasa tidak penting dalam interaksi 2 warganegara berbeza.
Lihat sahaja apa terjadi sekian lama antara pelanggan dan tukang urut menawarkan body to body massage, mereka saling tidak memahami bahasa ibunda tetapi proses permintaan dan penawaran berjalan sempurna.
Pelanggan puas, tukang urut meraih habuan mereka.
Warga Nepal dan Indonesia?
Kondom basah, bukti 'interaksi' di antara mereka berjalan lancar dan amat memuaskan.
Kepada pembaca blog ini, jangan lupa menyaksikan kisah Romeo dan Juliet malam ini di 999, jam 9 malam.
Pasti tengok punyalah.. Semalam tengok bersamamu pun tersentuh.. Alfatihah buat arwah~
BalasPadamEntry Terbaru : Senarai Penuh Calon BN ; Pilihanraya DUN Sarawak Ke10
Bila ada kaitan dengan seksual binatang pun akan faham kehendak manusia. Sebab itu ada kisah mengenainya. Begitu juga dengan kisah lucah. Jika ada artikel mengenainya tanpa perlu disuruh malah ramai yang mencarinya. Mungkin ramai pelayar internet melayarinya kerana Lucah Jadi Pilihan
BalasPadamdah tengok iklan semalam..ingatkan kenapa..gerenti tengok malam ni
BalasPadambetul tu... nak buat yang tak bermoral tak perlu bahasa untuk berinteraksi, isyarat sudah memadai
BalasPadamkata hidup susah ditempat sendiri tapi datang ke negara orang buat maksiat pula
dah tengok iklan ..malam nie mesti tak lepaskan peluang tengok
BalasPadamTak habis-habis dengan seks, lucah, porno, bogel dan macam-macam lagi. Kalau tengok keyword search kat enjin carian pun itu keyword-keyword yang panas. Saya sendiri pun post Gambar Bogel
BalasPadamkat blog saya.
abg mazidul... ini kisah benar, fakta, bukan khabar angin...
BalasPadamklu ke kelantan, dlm jam 1 pagi, try berkunjung ke :
1. jln hamzah, blkg kedai kek muhibah
2. area bank muamalat dan SBJ, jln lundang
3. chalet sekitar gelora beach resort, bachok. kat situ ada karaoke haram, siap ada plaqeu perasmian dr timbalan polis klntan lg. dibuat cantik dr archylic perspek... heran2..
4. kwsan perumahan SBJ pasir pekan yg mana ramai pelajar pompuan kolej swasta masterskill dok kat situ....
dan byk lagi.....
hoaaa..tak dpt tgk sbb dok hostel...kat blok ni xde tv...huk2...
BalasPadamentry terbaru: TIPS MENGEMBALIKAN INGATAN
Jika disebut orang:
BalasPadamCinta itu Buta, kini kita sebut pula Nafsu itu Bisu...
dah tengok 999...
BalasPadamingatkan kenapa perempuan tu menangis.....
cane abg mazidul dh survey tempat2 yg mcm sy bgtau sblm ni... takde respon pun hehhehe....
BalasPadamyang tempatan pun ada yg mcm tu.. ditambah dengan warga asing lagi.. makin bertambah la kerja penguatkuasa kita.. sampai bila semua ni akan berlarutan!
BalasPadam